Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah.....Hujan Baby!

Assalamualaikum...

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Di permulaan 10 Zulhijjah 1433H ni, aku nak mulakan dengan sesuatu yang baik. Syukur ke hadrat Allah, dengan keizinan dan Inayah-Nya, kami telah menerima seorang ahli keluarga baru....


My sister safely gave birth to a baby girl named Alya Zafeerah Aizuddeen, tanggal 29 September yang lalu. Everyone at home memang excited giler waiting for this cutie pie since ini adalah cucu pertama mak dan abah.

Tapi disebabkan dia dilahirkan jauh nun di tanah orang, makanya everyone at home, kena tunggu dulu lah sebelum dibenarkan menggomol sesuka hati (boleh kan?!)

Comelness~
 
As for me, kehadiran Alya buat aku naik pangkat jadi Pak Long. Insha Allah ini adalah complimentary title sebelum banyak lagi 'pangkat' untuk digalas selepas dua minggu ni.

Kadang-kadang bila tiba kegembiraan seperti ini, kita mencubit lengan sendiri beberapa kali, mencari kebenaran antara fantasi dan realiti. This is really happening!

Hobi baby = tido~
Isn't she lovely?
The proud parents. Selamat berjaga malam!
Semoga Alya akan membesar dengan sihat, riang ceria dan menjadi orang yang berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara, okay. Cepat-cepat balik Malaysia. Kaum kerabat di sini menantikan kepulangan kamu!

...................................................................................................

Alya ada kakak sedara. Nama dia Ayra.

Nama lain dia = pipi labuh =p
Nur Ain Umairah  ialah anak kepada cousin aku, Jep & Fifah, kebetulan juga menyambut kehadiran cahaya mata yang pertama tanggal Mei lalu.

Boo chak!

Terlalu banyak kecomelan! Hujan baby!

Taraa.

Tuesday, October 23, 2012

Seruku Sudah Sampai (3S)

Assalamualaikum....

"Bila lagi Along? Kawan-kawan dah ramai yang lepas..."

"Tak tahulah. Kalau ada nanti, ada la kot..."



Waktu tu, it seemed so distant. Takde klu. Ntah ada, ntah tidak. Pertanyaan seperti di atas, dilayan acuh tak acuh je. Perasaan masa tu.....vague. Rasa nak pun tak, rasa tak nak pun bukan.....

Habis tu?

Merancang ke arah itu, bukan macam beli tiket bas. Beratur je, pastu dapat beli. Kalau tak dapat naik bas, cari tiket keretapi ke, tiket flight ke. Bukan senang macam tu. It comes from within. Satu perasaan yang tidak dapat diungkap lengkap dengan perkataan. Ada sebahagiannya yang hanya boleh difahami dengan merasa sendiri. Betul. Wa tatak bohong punya.

Benarlah. Jodoh pertemuan itu di tangan-Nya. Kadang-kadang sangkaan kita jauh meleset daripada apa yang kelihatan di depan mata.

"Dorang ni dah couple lama. Dah faham isi hati memasing...tak lama lagi kahwin la tu..."
They didn't.

"Mat bunga macam kau ni, mesti first sekali kahwin bila dah besar nanti. Ayat power, awek senang cair..."
He's still single and available to this very day.

"Kau tak tahu ke dorang dah putus tunang. Sebab sorang sokong dacing. sorang lagi sokong bulan..."
They're happily married with two kids, with one more on the way...

How bizarre the way destiny works.  

Kepada yang masih tercari-cari, janganlah terlalu risau. Akan dibukakan jalan sekiranya niat ke arah membina masjid tu ada. Yang penting, caranya kena betul, avenue nya juga kena betul. If you're looking at the wrong place, you'll only find the wrong person. 

In a way, pencarian itu satu perjuangan yang harus kita menangi. Kesian pada pasangan yang sedang menunggu tu. Lama dia tunggu untuk bersama kita. Carilah. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Untung kita, jumpa.

Doakan yang baik-baik untuk aku. Moga-moga penempuhan alam baru ini menjanjikan 1001 kebaikan untuk aku dan pasangan.



Jemput datang =)

Taraa.
 

Thursday, September 20, 2012

Anticipation

Assalamualaikum...

 “Well," said Pooh, "what I like best," and then he had to stop and think. Because although Eating Honey was a very good thing to do, there was a moment just before you began to eat it which was better than when you were, but he didn't know what it was called.....” 
-  A.A. Milne






and.....



"...dalam menanti, ada ruang untuk berfikir. Waktu merancang masa depan, cara merai kegembiraan, menduga kerugian, dan juga memasang impian. Masa menunggu yang lazat..."
- AlonGarcia

Sedang dinikmati.

p/s: anxious.

Monday, September 17, 2012

Merdeka Raya!


Assalamualaikum...

"...dan tibalah masa keraian yang menggembirakan, yang mengikat hubungan ini bertambah erat, menyaksi kawanan menjadi sahabat, yang jauh menjadi dekat, dan rapat. Semoga semua peroleh manfaat..."

Tak pernah lagi aku lalui sambutan majlis hari raya di office of this scale. Selalunya ada makan-makan sikit, pastu sambung buat kerja. Yang ini tidak, mula-mula breakfast, (makan), pastu join main event (makan), habis event sambung beraya di floors lain (makan), lepas tu beraya lagi (makan) dan barulah selepas itu bungkus makanan (makan lagi!).

Maka, no wonder lah orang Malaysia lebih banyak mati sebab makan.

To cut long story short, tengok gambar jelah ye. Di kala meniti ketuaan ni, maka bilangan sel otak pun menyusut, menyukarkan aku mengait bait perkataan untuk kupersembahkan buatmu. Ewah. Enjoy~

Bayangan arkitek yang giler tengok Naruto!

 Ia bermula dengan niat murni untuk mendirikan sebuah masjid. Dek kerana keterujaan, yang seinci menjadi sedepa. Dan hasilnya.....

Due to time constraint, maka arkitek memutuskan untuk membina apa yang sempat je~
Buruh-buruh kasar dikumpul dan dibayar dengan cucur udang serta kopi muar 434 untuk tiupan semangat. Alhamdulillah, floor kami siap dihiasi oleh masjid biru dan beberapa kereta mini yang parking di hadapannya. Siap gated lagi, hokkay! It was a collective efforts, really. If you work together, you can't imagine what you might achieve.

Ikat jangan tak ikat!
Ini proses akak-akak mengikat batang sate supaya manusia-manusia lapar tidak cekau ikut suka berapa batang depa nak amik macam perut orang lain allergic sate =p

Deretan makanan yang terhidang sebelum 'disapu' ke dalam perut. Kelihatan masjid dipinggir sana yang belum diimarahkan.
Kalau cakap pasal makanan, memang mewah sangat lah untuk haritu. Macam-macam ada. Tapi pick of the day ialah trifle yang aku rase di satu tingkat tu. Just nice. Tapi aku takde la amik gambar. Simpan dalam memori dan tunas rasa paling dalam!

Staf-staf yang gembira menerima duit raya dari majikan. (hurmm...harapan-tinggi-sangat)
Sebelum mulut comot dengan kuah kacang @ rendang, posing dulu!
Kak Ina tahun ini beraya bersama baby baru. Gambar post pregnancy yang melets~
The Jejakas. Bakal muncul dengan album raya tahun depan. Tak sempat keluar tahun ni sebab bz buat fail.
Barisan juri yang bakal menghakimi makanan-makanan untuk dilahap. Motip muka ketat? (mode:lapar)
Thumb up from Chef Joe =p (lompat tikam tu nampak sedap)
Sesedap sate di unit sendiri, sedap lagi sate di unit orang. Pulun sate di unit orang!
Kerusi tak cukup, bentang tikar pun jadi. Sedang menunggu untuk diijab qabulkan =p
The Srikandees: dikenalpasti sebagai rival kepada Al-Thalita. Akan keluar album Disember depan~
Bentuk hidupan lain yang wujud di office. Agak2 lapar boleh makan sandwich tuna =p~
Sempat ber gangnam raya di unit orang. Rosak rosak.
Beauty queens: Sorry guys, all are taken~
Gentlemen: Two taken, one free agent, one status vague. Take your pick!
Pekerja berdedikasi: orang lain sibuk beraya, dia buat fail. Terbaek!
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami. Jumpa lagi tahun depan!
 Begitulah sedikit sebanyak corat coret sambutan hari raya office yang tersurat melalui gambar-gambar yang sempat dirakam. Kalau rasa nampak ada individu-individu yang mukanya keluar lagi banyak dari yang lain, tandanya itu tuan punya kamera. Yang kedua hingga kelapan terbanyak, itu kawan-kawan tuan punya kamera. Berbaiklah dengan orang yang ada kamera. Haha.

Last but not least.....


Setiap kesilapan, tidak akan ada satu alasan pun yang benar-benar mampu menerangkan mengapa ia berlaku. Namun, akan ada seribu alasan untuk memaafkan. Tepuk dada, tanya selera.

Taraa~

Tuesday, August 21, 2012

Hari Ini Hari Raya!

Assalamualaikum,

Raya datang lagi. Biasalah, kalau raya siapa yang tak seronok kan. Orang kebanyakan seronok la. Tinggal lagi yang kena kerja di hari lebaran. =p

Rutin raya tahun ni macam biasa. Balik kampung, makan-makan, salam-salam, ziarah menziarahi, makan-makan lagi, bagi duit raya, lagi-lagi makan, balik rumah. Makanan paling 'champion' tahun; lemang...coupled with kuah kacang. My fave. 

'Cycle' ni tak habis lagi sebab part beraye dengan geng-geng belum lagi. Tengokla esok macam mana.

Lain-lain; dua malam sebelum raya, pakat-pakat dengan 'siblings' buat kuih raya. Kunun-kunun nak buat dua, tiga jenis. Baru siap 1, lenguh tangan weh. So, buat satu je la. Bolehla kalau nak rasa. Sedap tak sedap tu....dot dot dot.

UK clan tak dapat balik this year. Jadi beraya bersama thru' FB jelah. Insya Allah, tahun depan boleh.

Tahun ni dapat mercun KLCC. Huhu. Tak KLCC sangat la. Biasa-biasa je.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, tradisi yang baik-baik masih terkekal. Di sebalik keseronokan dan kegembiraan, yang paling penting apa yang terukir dalam hati. Semangat aidilfitri dan maaf memaafi, itu yang penting.

Aku tengok tv Al-Hijrah semalam. Menurut sorang correspondent tu, sebenarnya Aidilfitri ni patut dirai dengan semangat kemenangan (kemenangan melawan hawa nafsu). Tapi yang di'promote' di kaca-kaca tv, yang lebihnya suasana kesedihan dan kesayuan. Takbir pun dilaungkan dengan nada sayu. Tak kena. Noted.

Iklan raya yang paling 'champion' tahun ni ialah iklan yang kat bawah ni.....



Memang epik la...

Dalam kegembiraan, aku pun turut tersentuh. Ramai lagi orang yang kurang bernasib baik... jangankan baju baru, mende nak makan pun takde. Jadi kita yang bernasib baik ni, mohla kita bersyukur, berkongsi dengan bersedekah dan memberi sedaya termampu. Biarlah tulus dan ikhlas tu ditentukan oleh Yang Maha Esa. Hanya Dia yang maha mengetahui. Insya Allah.

Begitulah serba sedikit cerita raya. Tak habis lagi ni. Esok merencana cerita lain.

Psstt....probably my last raya as bachelor too....ehem ehem.

Taraa!

p/s: 2:44 - 'mak Ahmad, mak Fizi jugak' (mode:berderai air mate) T.T


Saturday, June 16, 2012

Complete

Assalamualaikum...

Apa definisi sempurna bagi kalian?

Untuk aku. Ini.


Ini adalah gambar family 'full corum' after some times. It's hard to believe that we have to wait this long for another of this. Usually masa raya, we'll have this photo session among families lepas sesi bersalaman. Since adik aku kahwin dengan a Scottish guy (haha) and live abroad, jadi peluang tu kurang. Apatah lagi mereka tak dapat balik last raya kerana beberapa kekangan.

Most of the siblings dah punya haluan sendiri. Away from home. Tinggal lagi seorang Liverpool die-hard fan yang masih belum cukup umur nak meninggalkan rumah. Tapi siapa tahu tahun depan he'll be. So far, all of the siblings had had the opportunity to further studies in schools with hostels.

Don't mention about homesick. We all experienced it. Coz we love our home,heartily.

It's surreal, really. Putaran ini akan berterusan. Masing-masing akan punya kerjaya dan forte sendiri. Berkahwin dan punya keluarga sendiri. Masa mungkin saja menjadi 'musuh' kerana berlawan dengan kami, antara mengejar impian dan peluang untuk bersama-sama menjalani hidup. Hidup perlu terus.

Hubungan ini takkan putus. It's an unspoken pact. Maka kamilah yang akan menjaga dan buat apa yang patut untuk memeliharanya. Keluarga mana pun. Mesti mahukan yang terbaik dan bahagia...sentiasa.

Sekian.

p/s: No offense, Izu. You're very much part of the family now, scottish boy! peace.hehe~

Monday, June 11, 2012

Selari

Tak mudah
Mencari titik yang indah
Yang bebas dari gundah
Mahupun rebah

Sentiasa ada resah

Tak senang
Melurus yang meyilang
Mencari yang hilang
Mengulit sayang

Sentiasa ada perang

Maka terpulang
Apa yang kau cari
Destinasinya
Atau kembaranya

Titik koheren pasti ada
Yang menyatu dua pendapat
Yang berseli dua adat
Yang bercantum dan sepakat

Perhatikan
Indah nian dalam lainnya
Segar dari perspektifnya
Maju dalam fikirannya
Pasti ada istimewa

Dalam itu
Sit back and relax
Wait for what you gonna get
The world is your oyster
The ground is your starter
Think through
My boo...


Sunday, February 19, 2012

600 Hari Mencari Cinta

Assalamualaikum...

Another hiatus. Another comeback. Bukan tak nak 'menaip' dah. Tapi agaknya hati tak lagi di sini. Setiap kedatangan dan 'lawatan' tak lagi seseronok dulu.

Time has changed. Man too.

Tapi di hari yang baik ni aku nak berkongsi satu cerita. First and foremost, selamat pengantin baru buat sahabat karib aku, Adib Md. Jusoh bersama pasangan jiwanya, Siti Hajar Yashin.


Orang kata jodoh pertemuan di tangan Allah. Memang betul sangat. Tak kira betapa hebat kita menafikan, macam mana pun kita mengelak, love will find its way to unite two souls.

Cerita cinta Adib dan Hajar panjang ranjaunya. Kalau dibuat novel mau best seller. Kalau dibuat filem mau box office. Kalau dicerita di kedai kopi orang akan cakap tipu...

Ada drama. Ada air mata. Ada marah. Ada senyum. Ada rindu. Dan bahagia. Dan aku kira elemen-elemen yang lengkap inilah harus Adib dan Hajar 'usha' kembali untuk hubungan yang mendatang, yang bisa menguatkan dan menambah sayang di hati masing-masing.

600 hari (genap) adalah tempoh waktu Adib berperang dengan situasi dan perasaan untuk mendapatkan suri hatinya, Hajar. Aku tahu pun sebab aku kebetulan berada di tengah-tengah cerita ni. Menjadi sumber Adib melampiaskan segala yang terbuku di hati, menceritakan kekalutannya dan akhirnya berkongsi kegembiraan.

600 hari bukan sekejap. Kalau tak sabar, mau pecah. Kalau tak tenang, mau jatuh. Tapi aku sentiasa yakin, ada hikmah di sebalik kejadian. Kita tak pernah minta yang buruk, tapi kadang-kadang terjadi juga. Itu semua ketentuan. Sebagai orang Islam, sebahagian dari rukun Iman kita percaya pada qada' dan qadar. Pasti ada sebab musabab terjadi sesuatu. Sama ada untuk kebaikan akan datang atau sebagai kifarah dosa kita di masa dahulu.

In a way, I feel glad that Adib has found the love of his life. Asalnya kami dah merancang untuk menamatkan zaman bujang setelah menyaksikan geng kami, Bagak melangkah terlebih dahulu ke jinjang pelamin. So, dalam tahun 2010, dengan semangat membara, kami ikut kursus pra-perkahwinan. Seriously talk, once you join such course, the eagerness to get married become stronger. Mungkin disebabkan kerana ustaz-ustaz dok cerita pasal keindahan-keindahan yang datang dengannya dan kenapa kita harus kahwin (bila dah cukup syarat).

Tapi panas kadang-kadang tak sampai ke petang. Tengok-tengok ada ribut di tengah hari. Apa nak buat. Walaupun sijil dah dapat, perancangan dah dibuat, duit dah keluar dan perasaan membuak-buak, kalau Allah kata belum masanya, maka kita harus redha.

Sifatnya Dia penyayang terhadap hamba-hambaNya.

600 hari kemudian, tanggal 27 haribulan Januari, 2012 Adib selamat diijab kabulkan dengan Hajar. Alhamdulillah. Maka segala kegelisahan, perasaan tak menentu dan resah berakhir tatkala saksi-saksi berkata SAH! Terpancar kelegaan di wajah Adib sewaktu Hajar sah menjadi miliknya. Maunye tidak, sayang giler kot. (hehehe)

To Adib and Hajar, there's no word could describe my happiness to see you guys finally be together, safe and sound in each other's arms. Once more, love has prevail. Semoga kalian sentiasa diberikan kesabaran dalam melayari kehidupan berumahtangga, dimurahkan rezeki dan dikurniakan 'juniors' yang sihat dan comel.

Dan tolong juga doakan si bujang ini akan menjejak langkah kalian! Geng karok dah takde woo =p~


All the best, brother~

p/s: "Have patience with all things, but chiefly have patience with yourself. Do not lose courage in considering you own imperfections but instantly set about remedying them - every day begin the task anew."


  

Saturday, December 31, 2011

2011 - post mortem

Salam...

Nothing worth to share.

Sekian. =p~

p/s: hoping that 2012 will be kinder~ 

 




Sunday, December 04, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Kebahagiaan Dalam Memberi - Sumpah Tak Tipu

Assalamualaikum...

1st of all - sorry for being away all these while...i'm busy exploring a greener pasture~

2nd of all - selamat hari raya.maaf zahir & batin.selamat hari merdeka ke-54 tahun~

Raya tiba lagi. Dan selepas sebulan berpuasa, alhamdulillah kita sama-sama dapat merayakan aidilfitri dalam keadaan yang paling baik, Insha Allah. Selalunya, yang paling excited sekali masa raya ni adalah golongan budak-budak. Sebab dapat collect duit raya! Diulang, collect duit raya! 

(Yang lain pun excited juge. Kaum ibu excited dengan perihal langsir dan perabot raya, kaum bapa excited tengok anak-anak kaum ibu yang seksi meksi datang beraya-erk!)

Aku, sebab dah tua, tidaklah layak lagi nak collect duit raya. Kalau buat 'muke seposen' pun, orang dah tak layan dah. Jadi,dengan sedikit kemampuan yang ada, maka aku meneruskan kitaran hidup dengan kali ini, memberi duit raya lah pula. Lagipun, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, kan? (Tolonglah cakap iye-isk isk isk)

Walaupun memberi, tapi ia memberikan kepuasan yang berlainan. Aku masih boleh recall kegembiraan menerima duit raya dari abah RM30 sebab lulus puasa sebulan (tanpa curi-curi makan) jadi aku boleh katakan kepuasannya sama.

Maksud aku, bila tiba masanya, jika memberi itu boleh mendatangkan kegembiraan pada orang lain, maka kita pun boleh berasa gembira. Kuncinya, ikhlas.

Ikhlas, seperti yang aku pernah terdengar di suatu masa dulu, bukan satu ketentuan kita. Ia ketentuan Ilahi. Sering kali kita mendengar, "Ambillah, saya ikhlas ni". Ikhlas benarkah kalau kita sebenarnya mengharapkan suatu masa di waktu mendatang, kebaikan itu dibalas dalam bentuk lain?

Pada aku ikhlas yang sebenar adalah kereta mercedes yang ada lambang macam hippies tu (read: E Class - ok sori lawak raya). Serius balik, ikhlas yang sebenar adalah kebaikan yang diberi tanpa mengharapkan balasan dari manusia, tapi dari-Nya. Dia lah yang lebih layak menilai keikhlasan dan menganjarkan apa yang ditentukan tepat dengan pemberian kita.

Sebab itu, ringankanlah tangan untuk memberi. Percayalah, pemberian yang baik tak akan mengurangkan harta kita sebaliknya menyucikan malah menggandakan apa yang kita ada, Insha Allah. Lagipun, bukan semua yang kita earn from our pay are truly ours. Sebab tu ada zakat, sedekah yang dianjurkan dalam Islam. Ewah, aku ni dah bunyi macam ustaz separuh masa pulak lagaknya.

Tapi betullah.

Jadi di kesempatan hari mulia ni, aku mulakan dengan pemberian dalam lingkungan keluarga dulu. Mungkin untuk orang lain, di kesempatan yang lain @ dalam bentuk yang lain. Kalau kemampuan kita lebih, apa salahnya infaqkan harta pada yang lebih memerlukan. Aku buat perbandingan begini selalunya. Ada orang, di kala raya ni dok bajet, ape brand seluar jeans nak beli tahun ni. Tapi ada juga insan lain yang dok fikir, berbuka hari ni dapat makan ke tak. Begitulah.

Memberilah dari segala apa cara yang baik. Senyuman ke, sedekah ke, pertolongan ke, kasih sayang ke (i loike!) nescaya, kita akan jumpa apakah kepuasan yang terselindung di sebalik memberi =)

Oklah, aku nak 'memberi' kucing makan sebab dorang dah buat bising kat belakang rumah tu. Bubye~



p/s: mabuk lemang.





Friday, March 18, 2011

Untuk Mereka Di Timur Jauh

Assalamualaikum...

29/01/2011 - Japan National Team winning the AFC Asian Cup final - mood: jubilation~

11/03/2011 - A magnitude 8.9 earthquake strikes off the northeast coast of Japan, followed by a tsunami - mood: devastation...


Inilah hidup. Suratan yang telah diatur oleh Yang Esa. Suka dan duka silih berganti. I really feel sorry to Japanese people as they have to endure this difficult period in their life. Tak cukup dengan gempa bumi, tsunami datang and swept away everything on its path and to make the matter worse, they are now struggling to contain the radiation coming off from their ruined nuclear plants.

Gamanshite kudasai, Nippon!


Hopefully, they will be able to pick up themselves again and start over. There could be a silver lining outta this catastrophe.

Dalam kita bersimpati dengan nasib orang2 Jepun, rasanya adalah lebih afdal sekiranya kita kekal bersimpati atas nasib rakyat2 Palestin, saudara2 Islam yang masih kekal ditindas dan dinafikan hak di tanahair mereka sendiri dek kerana kekejaman dan kezaliman Zionis laknatullah. Bersempena hari Jumaat ini, kita panjatkan doa semoga dipelihara saudara-saudara kita daripada terus dizalimi dan akhirnya berjaya dalam perjuangan mereka mempertahankan tanahair.

Free Palestine!

Avec vous, Le Japon & La Palestine!

p/s: tak pasal2 BH masuk CNN.....=p~


Wednesday, March 02, 2011

Benda2 aku tak buat lagi

Assalamualaikum...

Lama rasanya dah tak memblog. Bukan apa. Lately macam tiada apa yang nak dikhabarkan. Nway, here I am again. 

ALERT: Bace tajuk di atas dalam konteks perkara yang aku dah tinggalkan, bukannya belum buat..hehe~

Baru-baru ni berkesempatan gi belek-belek diari lama (yes,i'm a pretty sentimental guy.i admit that~) Bukan apa, di kala kehidupan tidak berapa gembira, kita harapkan pada kenangan lalu yang gembira untuk cover kesedihan. Setelah belek-belek, senyum sorang2, gelak dan fikir2 ape jadi pada orang2 yang ada namanya dalam diari tu, I've come to a conclusion: banyak perkara-perkara yang dulu aku suka buat, sekarang tidak dah.

Firstly, of course aku tak rajin dah menulis diari. Dulu2 pun aku taklah sepenuhnya gunakan diari sebagai tempat luah perasaan. More as my planner and to record my accomplishment. So that bila aku target nak buat something,i'll make sure it does happen. Tapi mestilah ada jugak kadang2 aku catatkan jugak cerita2 yang made my day pada waktu2 itu.

Secondly, dulu aku cukup suka kot contact kawan2 esp. through the telephone. Dulu2, zaman aku belum pakai hp, selalunya telefon rumah la jadi mangsa. No wonder la kalau mak abah mengamuk kadang2 sebab bil melambung. Yang aku surprise betul, orang2 yang aku tak berapa rapat pun aku telefon. Ntahla, probably sebab naluri keremajaan yang suka bersosial agaknya masa tu. Thank God parents sekarang tak perlu risau pasal bil telefon. Dah ada facebook, twitter etc. (duhh~)

Di masa tak wujud lagi atau exposure belum banyak pasal download movies/songs from internet @ rumah aku belum subscribe Astro, aku cukup suke kot beli VCD & kaset. Maklumla, dulu belum ada dvd blue ray @ mp3. Budak2 dulu dubbing kaset je sampai ade kedai yang buat service tu. Yang aku peliknya, mane la aku dapat duit beli all those stuff (owh,lupe. duit parents...haha) Dan confirm la kot music and movie are really my stuff cuma don't overindulge la k.

Kenangan yang manis akan buat kita senyum dan gembira. Kenangan yang pahit akan buat kita belajar. Jadi, setiap satu ada kepentingan sendiri. Kenangan lalu adalah semalam, janganlah difikirkan terlalu dalam. Pusing ikut mana pun dah tak boleh ubah atau tukar. Please don't get yourself too obsess with Back To The Future thingy. If it possible then we will waste our time of life correcting mistakes and we will never learn from anything.

Jadi, apa yang aku suka buat sekarang?Bola sepak dan...cari gadis untuk buat calon isteri. Yes, yes....dan yes.Hehe~

p/s: last sunday was....huh.scary~

Sunday, February 13, 2011

Untitled

Assalamualaikum...

Di masa-masa keadaan menjadi sukar, dan aku mendapati diri terperangkap dan mencari jalan keluar yang xjumpe. Rasa macam susah sangat, penat sangat. Seolah-olah semua jari sedang menunding kepada aku dan aku cuba lari dari kenyataan ini for the sake of running away from the problem. Tidak bijak.


Dan tanpa diminta, berbagai pula soalan membenak dalam kepala. Mengapa yang lain boleh, hidup teratur, maju melangkah, berevolusi, sedangkan aku masih menakuk di ruangan yang sama? Kekadang, moving backward...really. Sedihnya melihat kemajuan yang lain mempamerkan kegembiraan dalam senyuman yang asli serta menari menuruti kebanggaan mereka tapi aku struggling to prove myself to the loved ones, let alone the world!


Di masa yang tenang dan lebih rasional, aku pasti ini tidak lebih dari sekadar hiccups, ketentuan Qada' dan Qadar yang telah tersurat buatku, demi proses kehidupan yang kehadapan, agar aku belajar dari sini, agar aku mengambil antipati dari kepahitan ini menjadi punca kesedaran dan rendah diri tatkala dijulang melangit dan everything is on your side. Really?


Macam lagu U2, 'stuck in the moment'(u can't get out), that could conclude my predicament. Mencari seribu alasan untuk justify apa yang berlaku. 90% bermula denganku, dan 10% lagi ku sandarkan pada persekitaran. Tak mungkin aku sanggup menelan semua pertanggungjawapan ini seorang. Boleh hilang waras! Lemas!

 
Aku mencari dan melihat inspirasi dalam berbagai bentuk dan jenis. Kadang kala semua lagu yang kedengaran berlambangkan jalan hidupku. Hanya kebetulan. Mendengar kenyataan dan luahan hati seseorang yang mirip frustration aku. Hanya kebetulan. Nasihat dari yang lebih makan garam dan rakan-rakan yang bersimpati. Terima kasih. Walau hanya dari sebuah buku yang menceritakan tentang kesedihan dan bagaimana untuk melenyapkannya. Begitu terdesak, No?!


Aku mengerti dan faham sepenuhnya bahawa hidup ini ade jatuh bangunnya, resam roda, ade kala di atas, kala jengking, di bawah. (duhh~) Itu kenyataan klise. Dah selalu dengar dan diulang-ulang. Tapi sebab betul kan, orang ulang la. Manusia mudah lupa. Terutama orang Melayu macam aku.


It's no denying aku menerima setiap detik takdir hidupku sebagaimana terjadi, meski terdetik dalam hati andainya aku mampu ubah dan menyempurnakannya dalam cara yang lain. No chance! Rasanya apa yang tertulis xperlulah difikir lagi. Kelak merana badan dan mental. Dalam mengumpul segenap kekuatan yang masih berbaki sementara masih mencari inspirasi untuk terus berusehe dan bernafas, aku merancang dan melangkah untuk episod yang depan. Apa lagi yang menunggu agaknya?



Ibarat sungai ini, begitulah diri ini. Tenang di permukaan, tapi lebat dengan persoalan, dilema, perjuangan dan bermacam lagi di dalam hatinya. Ibarat sungai juga, aliran dan hidupnya perlu terus. Tidak kira betapa hopeless. Tak kira betapa hina dan gagal. Kerna resam manusia berfikir itu, berikhtiar. Maka, aku turutkan apa yang benar. Sambil berharap agar nasib dan takdir akan mengunjur ke arah aku dalam bentuk yang lebih hebat dan baik.

Ini bukanlah lelaki yang mencari simpati. Tidak pula bercerita dan menangis tentang kesusahan dan putus asa.

Bukan.

Aku hanya memberi perspektif dari bawah sini. Agar kau yang di atas sana beringat dan bersyukur...

=)