Thursday, May 12, 2011

Sepotong Roti Berinti Mentega Kacang Oleh Ibu

Assalamualaikum...

Dua keping roti gandum dibentang sama
dibakar, dilapis mentega kuning
kemudian, mentega kacang
dipotong dua, sama sama
dihidang atas piring, garing


Nampak simple, picit pimple
Apalah sangat, makan pengat


Tengok balik, dalam dalam
inti sebenar kasih sayang
bukan sekadar main peranan
itu juga pengorbanan

Belajarlah rajin-rajin

jangan main-main
dengar elok-elok
bukan olok-olok


Untuk sebuah legasi perniagaan baru
dan sebuah kereta sport model Subaru
juga penthouse mewah berwarna ungu
bermula dengan sepotong roti mentega kacang
oleh ibu...


Nikmatilah!

Tuesday, May 10, 2011

Euphoria

That comes once in a blue moon
That feeling of contentment
And joy. 

Like...

when the team is winning...
when a dream is fulfilled...
when a proposal is accepted...

as for me...every time when you put a smile on that face...
E.U.P.H.O.R.I.A!

Sunday, May 08, 2011

Mak, Minta Maaf Untuk.....

Assalamualaikum...

Untuk MAK, ibu, umi, mama, ma, amma, mother, mom, mommy, maman, madre, moder.....

Maaf mak...
sebab bebankan mak membawa saya dalam kandungan lebih sembilan bulan. Sebab saya, mak mual. Sebab saya mak kena memilih makan. Sebab saya, mak tak larat ke sana sini. Sebab berat. Apa yang saya tahu...

Maaf mak...
bila kesabaran mak teruji di kala membesarkan saya. Bila saya meragam terjaga tengah malam. Bila saya lapar mahukan susu. Bila saya tak mahu tidur. Bila saya menangis tak tahu sebab. Bila sakit saya susah sangat nak makan ubat. Memang saya kurang tahu...

Maaf mak...
bila mak kena bangun awal pagi untuk kejut dan sediakan sarapan untuk saya sebelum ke sekolah. Kena gosok baju sekolah saya. Kena kapur kasut sekolah saya. Kena sedia duit belanja. Kena hantar saya pergi sekolah. Kena panggil dengan cikgu datang sekolah sebab saya nakal. Kena sabar bila saya tak cemerlang dalam peperiksaan. Saya dah tahu sikit, tapi saya tak sedar...

Maaf mak...
kerana mak menangis untuk melepaskan saya keluar rumah buat pertama kali untuk sambung belajar, mencari erti berdikari. Saya tahu saya banyak silap. Kerana jarang-jarang telefon rumah dan cakap dengan mak. Kerana asyik minta tambah duit elaun. Kerana bila balik cuti saya asyik berkurung, tidur. Kerana saya tak menolong di rumah. Kerana internet dan facebook lebih menarik minat saya. Saya tahu, tapi kurang sedar...

Maaf mak...
kerna harus menghadapi masa remaja saya. Masa hormon saya mula bergolak. Masa saya mula memberontak. Masa saya ikut suka hati nak buat apa. Masa saya tak pernah lekat di rumah dan mula keluar malam. Masa kita menghadapi pertengkaran pertama kita. Masa saya kurang ajar. Saya tahu, saya sedar mak, tapi saya kurang peduli.....

Maaf mak...
saya kurang luangkan masa dengan mak bila saya dah bekerja. Saya lebih sibuk dengan kerja dan lambat pulang ke rumah. Saya lebih suka makan di luar walau mak dah masak dan tunggu saya balik. Saya lebih rajin dengan aktiviti luar saya. Saya lebih banyak bersuka ria dengan kawan-kawan.Saya lebih penuhi keinginan materialistik saya dan tak pernah beri pada mak duit gaji saya. Untuk saya lebih. Untuk mak kurang. Saya peduli tapi saya lupa...diri.

Maaf mak...
saya mula beralasan bila dah berumahtangga. Alasan untuk melebihkan isteri. Alasan tak balik kampung. Alasan tak kirim duit. Alasan tak mahu baby lagi. Alasan keadaan dah tak macam dulu. Alasan untuk ambil mudah kasih sayang mak yang dulu. Saya tahu, sedar diri dan peduli. Tapi saya sombong...diri.

Mak...
ucapan maaf mungkin sangat mudah. Terlalu murah. Tak semenggah. Tak cukup indah.

Dalam meniti kedewasaan ini, saya dah tahu. Saya dah sedar. Dan saya sangat peduli. Izinkan saya menebus kesalahan dan dosa ini. Izinkan saya membalas jasa, budi baik dan penat lelah mak selama ini. Izinkan saya semarakkan rasa sayang yang tidak berpenghujung dalam jiwa ini. Izinkan saya megahkan pada dunia yang saya punya mak yang budiman dan penuh dengan kasih. Dan sayang. Dan cinta. Dan empati. Dan saya.

Izinkan saya untuk terus menjadi anak mak. Kasih bawa ke Jannah!

Lelucon untuk mak...credit: MatLuthfi~



titipan istimewa: Cikgu Roslina =)

Friday, May 06, 2011

Captain Marvel's Secret!

Assalamualaikum.....

Epitome of Inspiration; Steven Gerrard

This going to be brief. Recently, Steven Gerrard @ LFC's Captain Marvel was interviewed by Daily Mail (UK's daily newspaper). The questions revolving on Stevie's career as footballer and his private life. And he was generous enough to let slip a secret about his family!

Let's take a look on the other side of this Reds' living legend...

Favourite karaoke song?
I've got a few Oasis and Beatles songs but I'd go for Use Somebody by Kings of Leon. I got a standing ovation when I did that at a 30th birthday party recently. 

The most-listened to songs on your  i-pod?
Dark Days Are Over, Florence and The Machine; Use Somebody, Kings Of Leon; Take Me Home, Phil Collins. 

Last film you saw? 
Due Date. I loved The Hangover and, as Due Date was produced by the same people, I thought I'd give it a watch. I'm glad I did because it was really funny.

Your favourite holiday destination? 
Portugal, as I love the golf courses there, and Dubai. The people there are fantastic and you are guaranteed good weather.

...and the BIG SECRET part:

Tell us a secret...
I'm playing second fiddle to Justin Bieber - Bieber Fever is sweeping our house and my girls (referring to his daughters-Lilly Ella & Lexie)  have made it clear I'm no longer their favourite man.
- LOL!
Doting father

Adorable Lilly Ella & Lexie
 Source: Daily Mail

Cerita Pasal Hantu

Assalamualaikum.....



Dalam dunia moden dan penuh dengan kemajuan teknologi, kita masih lagi tak dapat menghindarkan minda dari dimomokkan dengan hal-hal mistik... 

...jangan kata aku tak bagi amaran!

Lori Hantu

Kebanyakan jalan di Malaysia ni dibina selepas pokok ditebang, hutan diterang, bukit ditarah dan banjaran ditebuk...yang asalnya bukan tempat kita. Maka tak hairan kalau ada  penunggu yang masih tinggal dan kekal di tempat asal, mengganggu manusia yang menceroboh tempat mereka! Di awal tahun '70an heboh tentang kes ini. Sebuah kereta memuatkan seisi keluarga dalam perjalanan ke utara. Tiba di satu tempat, kelihatan sebuah lori yang berjalan perlahan. Mahu tak mahu, kereta tu terpaksa membontoti lori tersebut kerana kehadiran kereta-kereta dari arah bertentangan yang bergerak agak laju. Selepas beberapa ketika,si ayah yang bawak kereta dah tak senang duduk, masih lagi mencari peluang untuk memotong. Masalahnya, bila saja dia cuba untuk memotong, lori itu bergerak laju seolah-olah tak mahu dipotong.


Perkara itu berlaku beberapa kali sehingga akhirnya, si ayah yang sudah geram, nekad untuk memotong sampai boleh kali ini. Pada kesempatan yang dirasakan sesuai, pedal minyak ditekan rapat ke lantai. Dengan rasa yang marah, sewaktu melintasi kepala lori itu, sambil membunyikan hon, dia memandang ke arah pemandu lori tersebut. Alangkah terkejutnya dia bila didapati, lori itu tiada pemandu!


Dan esoknya terpampang di dada akhbar, satu keluarga terbunuh dalam kecelakaan jalanraya.


Hantu Duplicate!

Cerita ni terjadi pada seorang kawan aku. Sewaktu cuti semester, dia lepak rumah abang dia. So, satu pagi tu, on weekdays, macam biasa time dia layan tv kat hall yang membelakangkan pintu utama. Mula-mula kakak ipar dia dulu keluar. Abang dia keluar lambat sikit pasal tempat kerja pun lain-lain. So, bila abang dia turun, abang dia cakap "abang gi kerja dulu..." Dia tak pandang pun, tapi balas..."ok"


Tengah syok tengok tv tu, dia dengar orang turun tangga. Tapi dia tak ambil pot pun pasal tengah layan tengok tv. Sekali lagi dia dengar...." abang gi kerja dulu...". Dia pun jawab la.." ok" lagi sekali, dan dengar pintu kena tutup. Pastu, lepas beberapa saat, baru dia perasan. "Eh, bukan ke abang dah keluar tadi...yang keluar tadi siapa?"


Cepat-cepat dia pakai lebih kurang terus cabut....~


Hantu.....           

Kisah ni terjadi sewaktu aku duduk rumah sewa di satu daerah ni. Dalam rumah ni, kami berempat. Satu weekend tu, dua orang daripada kami balik kampung. Jadi tinggal kami berdua. Malam tu kawan aku ni keluar. Aku pulak takde plan so duduk rumah je la. Boring punya pasal, aku tutup lampu, masuk bilik dan terus tidur.


Tengah malam tu aku terjaga sebab terdengar bunyi-bunyi dari arah dapur. Aku tengok tempat tidur kawan aku, kosong. Means dia belum balik. Ah, sudah! Siapa pulak kat dapur? Kalau bukan perompak, sah.....


Tak lama selepas itu, hidung aku menangkap satu bau. Alamak, ni yang lemah malam-malam ada bau-bau pulak ni. Dalam berani tak berani tu, aku perlahan-lahan melangkah ke dapur, sambil di tangan tergenggam raket badminton yang aku sempat capai. Bunyi-bunyi di dapur tadi tak reda malahan semakin galak. Selepas mengumpul kekuatan dan semangat, aku sergah apa juga yang ada di dapur tu...


"Woih! ko ni buat orang terkejut je. Kalau nak join sekali cakap la, ni main sergah-sergah lak.."


"La, mana aku tahu ngko. Tula, makan durian tengah-tengah malam. Mana orang tak suspek. Dah, bak sebijik..."


Tu dia, hantu durian =p~

Thursday, May 05, 2011

Cara Bazir Duit

Assalamualaikum.....




Aku bukan orang yang 'ahli' untuk bercerita tentang pengurusan kewangan. Walaupun  seorang accounting graduate, being prudent mungkin, tapi tidak 100% praktikal atau sempurna. Tapi apa nak kisah kan, apa salah berkongsi a tip or two pasal benda yang boleh jadi panduan semua =)

Dalam kehidupan kita seharian, kalau korang sedar, banyak sebenarnya ketirisan(leaks) yang berlaku pada wallet dan purse masing-masing. Selalunya kita overlook small changes or petty cash  yang ada pada kita padahal yang sikit tu, kalau kumpul-kumpul boleh jadi banyak kan?! Jadi benarlah kata orang 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit 'tu. Jom kita tengok apa contoh-contoh ketirisan yang kita dah buat!

1. Keluar duit kat ATM bank lain

Biasanya kita kalau nak shopping, mesti dah sampai malls barulah nak cari ATM warna kuning. Pastu kena beratur panjang pula. So, sebab malas beratur, kita resort to guna ATM yang warna merah. Nasib ada MEPS! Tapi harus diingat bila kita guna servis interbank giro ni, walaupun charges nya sikit, dalam singgit atau dua ringgit, tapi masih lagi duit. So, advisable kalau kita keluarkan duit siap-siap kat bank then tak perlu sibuk nak beratur.

2. Perihal kereta 

Sekarang kan isu petrol ni sensitif sikit. Tapi masih ada yang isi RON 97 (walaupun mahal nak mam...) instead of RON 95 yang biasa. Ada yang kata takut kereta cepat rosak. Hal itu aku kurang periksa, tapi tak salah kalau tanya orang yang expert sama ada boleh atau tidak guna petrol regular. Pasal tayar pula, kadang-kadang asal boleh jalan, sampai nak kiamat la baru isi angin balik. Tayar yang well inflated akan pastikan best petrol per milage. Hal minyak hitam  (engine lubricant) pula, selalunya best practice: lepas 5,000 km kena tukar. Tapi apa salahnya stretch sikit sampai 7,000 km @ 10,000 km for optimum use. (disclaimer: do check with your mechanics dulu. Nanti salah aku pula kereta korang rosak =s)

3. Cuppa 

Kalau korang ada habit selalu berkunjung ke stabak, enche Dome atau mamak hanya untuk menikmati secawan kopi atau teh, di situ dah banyak ringgit anda terbazir. Let say kalau anda invest untuk coffeemaker atau belajar buat air sendiri yang sedap (jangan harap mak aje!), kat situ dah boleh save. Malah lebih terjamin kebersihan dan kualiti~

4. Gi shopping grocery tak bawa kalkulator

Mungkin tak cool bawa kalkulator gi shopping. Either nampak berkira atau nampak cheapskate (sama la tu). So kita lebih suka leisurely walk around kedai runcit atau hypermarket dan main sumbat je barang-barang dalam troli. Aku dah try cara ni. Lebih kurang dan lebih baik daripada prepare shopping list. Maklumla, barang-barang sekarang kan banyak yang jenis RMx.99. Kalau masuk 10 barang dah tergeliat otak nak congak. Kalau bawak kalkulator, bukan aje korang boleh monitor expenses, tapi boleh juga elak 'bajet lari' come end of month sebab overspending. Ala, sekarang kan handphone ada calculator function, tak perlulah bawa kalkulator saintifik SPM korang!

5. Beli apa yang tak digunakan

Senang cerita, subscribe cable channels tapi tak tengok selain EPL (aku la tu), langgan monthly magazine tapi tak baca pun, jadi gym member tapi tak pergi. Kalau korang tergolong antara seperti yang di atas, maka lebih kurang korang bersedekahlah pada service providers tu. Baiknya! Jadi tiba masa untuk trim your expenses by evaluating apa yang korang perlukan, boleh beri komitmen, dan apa yang korang tidak perlukan. It will save you some extra cash for something more beneficial.

6. Belanja ikut hati

Kata orang putihnya, impulse purchase. Asal nampak nak beli, pastu terus beli. Kalau pergi satu kedai OK lagi, tapi kalau dah masuk 20 kedai, nak beli semua? Itu kalau satu kali, cuba pergi malls lima kali seminggu, mau tak bankrap?! Praktis yang terbaik, apa kata korang usha dulu, then compare harga dengan tempat lain, cuba tawar-tawar harga. Lepas tu balik, and sleep it over. Fikirkan kalau betul-betul korang perlukan barang tu. Kalau perlu, beli lah. Kalau tidak, mungkin boleh beli lain kali when the need arise again.

7. Makan di luar terlalu kerap

Kalau korang jenis yang suka makan di luar atau yang type asyik telefon mcdelivery, itu adalah resepi untuk menyusutkan akaun bank dan wallet korang. Tak cukup dengan itu, sekali makan mesti nak Scampi Shrimp Pasta Tony Roma's @ KRs' quarter chicken. Nak tempat yang kelas aje. Apa salahnya belajar masak dan practise simple recipes untuk makan sorang. Paling tidak pun at least untuk breakfast. Make self-made sandwiches dan bawak 3-in-1 ke ofis daripada beli kat kedai atau gerai setiap pagi. Record the saving and you'll know how much this petty money will benefit you for something else that more appropriate.

8.  Procrastinating

Boleh beli barang murah masa YES atau di kala raya menjelang. Nanti dulu sebab undecided. Boleh invest for future on savings and properties. Nanti dulu sebab nak tunggu timing yang lebih sesuai. Last-last masa berlalu dan kita tak start apa-apa atau ambil peluang yang tak datang dua kali. Siapa rugi? If the time fits and right, don't waste your time on pondering whether to proceed or not. Ambil aje peluang yang ada dan get the best value for your money. Terutamanya dalam hal simpanan. Simpan seawal mungkin dan akan datang, korang akan nikmati hasil disiplin yang tinggi dalam menyimpan.

9. Jadi pelancong yang tidak bijak

Ini relevan pada yang suka berjalan-jalan. Gi melancong masa peak period. Tak book bilik penginapan atau penerbangan in advance. Tak rajin check kat internet atau iklan for best deal available. Itu adalah antara contoh-contoh yang boleh keluarkan lebih banyak ringgit dari poket. Jadilah pelancong yang fleksibel. Pilih tarikh atau masa yang offer best rate for air fare and accommodation. Look for best possible deals from the internet and various advertisement channels. Mesti ada yang terbaik dan lebih jimat dari common prices. Last but not least, bercutilah dalam Malaysia. Macam-macam ada hehe.

10. Jadi kelam kelibut (baca: kelam kabut)

Bil dan resit bersepah-sepah. Tanggungan bulanan macam duit kereta, maintenance  charges rumah dan insuran lupa bayar then kena penalties or additional interest. Semuanya lupa, lupa, lupa. Semua serabut, serabut, serabut. Apa salah jadi organise sikit. Buat jadual pembayaran every month. Set up automatic bill payment and salary deduction for saving and dues. Monitor accounts balances and keep all receipts and bills for future references and for record. Dengan cara ini, kita boleh nampak ke mana duit pergi, berapa yang keluar dan berapa yang tinggal. Over time, kita boleh adjust perbelanjaan mengikut masa dan kemampuan.

Susah-susah sangat try gi Mint.com untuk pengurusan wang yang lebih teratur dan bijak!