Showing posts with label Financial. Show all posts
Showing posts with label Financial. Show all posts

Thursday, May 05, 2011

Cara Bazir Duit

Assalamualaikum.....




Aku bukan orang yang 'ahli' untuk bercerita tentang pengurusan kewangan. Walaupun  seorang accounting graduate, being prudent mungkin, tapi tidak 100% praktikal atau sempurna. Tapi apa nak kisah kan, apa salah berkongsi a tip or two pasal benda yang boleh jadi panduan semua =)

Dalam kehidupan kita seharian, kalau korang sedar, banyak sebenarnya ketirisan(leaks) yang berlaku pada wallet dan purse masing-masing. Selalunya kita overlook small changes or petty cash  yang ada pada kita padahal yang sikit tu, kalau kumpul-kumpul boleh jadi banyak kan?! Jadi benarlah kata orang 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit 'tu. Jom kita tengok apa contoh-contoh ketirisan yang kita dah buat!

1. Keluar duit kat ATM bank lain

Biasanya kita kalau nak shopping, mesti dah sampai malls barulah nak cari ATM warna kuning. Pastu kena beratur panjang pula. So, sebab malas beratur, kita resort to guna ATM yang warna merah. Nasib ada MEPS! Tapi harus diingat bila kita guna servis interbank giro ni, walaupun charges nya sikit, dalam singgit atau dua ringgit, tapi masih lagi duit. So, advisable kalau kita keluarkan duit siap-siap kat bank then tak perlu sibuk nak beratur.

2. Perihal kereta 

Sekarang kan isu petrol ni sensitif sikit. Tapi masih ada yang isi RON 97 (walaupun mahal nak mam...) instead of RON 95 yang biasa. Ada yang kata takut kereta cepat rosak. Hal itu aku kurang periksa, tapi tak salah kalau tanya orang yang expert sama ada boleh atau tidak guna petrol regular. Pasal tayar pula, kadang-kadang asal boleh jalan, sampai nak kiamat la baru isi angin balik. Tayar yang well inflated akan pastikan best petrol per milage. Hal minyak hitam  (engine lubricant) pula, selalunya best practice: lepas 5,000 km kena tukar. Tapi apa salahnya stretch sikit sampai 7,000 km @ 10,000 km for optimum use. (disclaimer: do check with your mechanics dulu. Nanti salah aku pula kereta korang rosak =s)

3. Cuppa 

Kalau korang ada habit selalu berkunjung ke stabak, enche Dome atau mamak hanya untuk menikmati secawan kopi atau teh, di situ dah banyak ringgit anda terbazir. Let say kalau anda invest untuk coffeemaker atau belajar buat air sendiri yang sedap (jangan harap mak aje!), kat situ dah boleh save. Malah lebih terjamin kebersihan dan kualiti~

4. Gi shopping grocery tak bawa kalkulator

Mungkin tak cool bawa kalkulator gi shopping. Either nampak berkira atau nampak cheapskate (sama la tu). So kita lebih suka leisurely walk around kedai runcit atau hypermarket dan main sumbat je barang-barang dalam troli. Aku dah try cara ni. Lebih kurang dan lebih baik daripada prepare shopping list. Maklumla, barang-barang sekarang kan banyak yang jenis RMx.99. Kalau masuk 10 barang dah tergeliat otak nak congak. Kalau bawak kalkulator, bukan aje korang boleh monitor expenses, tapi boleh juga elak 'bajet lari' come end of month sebab overspending. Ala, sekarang kan handphone ada calculator function, tak perlulah bawa kalkulator saintifik SPM korang!

5. Beli apa yang tak digunakan

Senang cerita, subscribe cable channels tapi tak tengok selain EPL (aku la tu), langgan monthly magazine tapi tak baca pun, jadi gym member tapi tak pergi. Kalau korang tergolong antara seperti yang di atas, maka lebih kurang korang bersedekahlah pada service providers tu. Baiknya! Jadi tiba masa untuk trim your expenses by evaluating apa yang korang perlukan, boleh beri komitmen, dan apa yang korang tidak perlukan. It will save you some extra cash for something more beneficial.

6. Belanja ikut hati

Kata orang putihnya, impulse purchase. Asal nampak nak beli, pastu terus beli. Kalau pergi satu kedai OK lagi, tapi kalau dah masuk 20 kedai, nak beli semua? Itu kalau satu kali, cuba pergi malls lima kali seminggu, mau tak bankrap?! Praktis yang terbaik, apa kata korang usha dulu, then compare harga dengan tempat lain, cuba tawar-tawar harga. Lepas tu balik, and sleep it over. Fikirkan kalau betul-betul korang perlukan barang tu. Kalau perlu, beli lah. Kalau tidak, mungkin boleh beli lain kali when the need arise again.

7. Makan di luar terlalu kerap

Kalau korang jenis yang suka makan di luar atau yang type asyik telefon mcdelivery, itu adalah resepi untuk menyusutkan akaun bank dan wallet korang. Tak cukup dengan itu, sekali makan mesti nak Scampi Shrimp Pasta Tony Roma's @ KRs' quarter chicken. Nak tempat yang kelas aje. Apa salahnya belajar masak dan practise simple recipes untuk makan sorang. Paling tidak pun at least untuk breakfast. Make self-made sandwiches dan bawak 3-in-1 ke ofis daripada beli kat kedai atau gerai setiap pagi. Record the saving and you'll know how much this petty money will benefit you for something else that more appropriate.

8.  Procrastinating

Boleh beli barang murah masa YES atau di kala raya menjelang. Nanti dulu sebab undecided. Boleh invest for future on savings and properties. Nanti dulu sebab nak tunggu timing yang lebih sesuai. Last-last masa berlalu dan kita tak start apa-apa atau ambil peluang yang tak datang dua kali. Siapa rugi? If the time fits and right, don't waste your time on pondering whether to proceed or not. Ambil aje peluang yang ada dan get the best value for your money. Terutamanya dalam hal simpanan. Simpan seawal mungkin dan akan datang, korang akan nikmati hasil disiplin yang tinggi dalam menyimpan.

9. Jadi pelancong yang tidak bijak

Ini relevan pada yang suka berjalan-jalan. Gi melancong masa peak period. Tak book bilik penginapan atau penerbangan in advance. Tak rajin check kat internet atau iklan for best deal available. Itu adalah antara contoh-contoh yang boleh keluarkan lebih banyak ringgit dari poket. Jadilah pelancong yang fleksibel. Pilih tarikh atau masa yang offer best rate for air fare and accommodation. Look for best possible deals from the internet and various advertisement channels. Mesti ada yang terbaik dan lebih jimat dari common prices. Last but not least, bercutilah dalam Malaysia. Macam-macam ada hehe.

10. Jadi kelam kelibut (baca: kelam kabut)

Bil dan resit bersepah-sepah. Tanggungan bulanan macam duit kereta, maintenance  charges rumah dan insuran lupa bayar then kena penalties or additional interest. Semuanya lupa, lupa, lupa. Semua serabut, serabut, serabut. Apa salah jadi organise sikit. Buat jadual pembayaran every month. Set up automatic bill payment and salary deduction for saving and dues. Monitor accounts balances and keep all receipts and bills for future references and for record. Dengan cara ini, kita boleh nampak ke mana duit pergi, berapa yang keluar dan berapa yang tinggal. Over time, kita boleh adjust perbelanjaan mengikut masa dan kemampuan.

Susah-susah sangat try gi Mint.com untuk pengurusan wang yang lebih teratur dan bijak!

 

Wednesday, December 08, 2010

Moolah part. II

Salam...

Sedikit lagi tips pasal saving... 

Korang sedar x every day korang spent singgit @ due hengget on petty things like kacang² @ buah potong. Dan korang keep on spending every working days as if it's your ritual/routine.

The amount memang nampak xbanyak kalau korang spent sekali sekala. Tapi what if hari²? Sebagai contoh la: RM2 on Roti Boy every day after lunch untuk sendal² perut yang xmengenal erti kenyang. Kalau X 5 hari bekerja = RM10. If sebulan,katekan working days, 22 days x RM2 = RM44/month, it is now a fairly significant amount of money for most people. Dan andaikan kite forgo the temptation of Roti Boy dan ganti dgn bekal biskut gula bawak dari rumah, kat situ sahaja kita dah boleh save around RM500!

Untuk tujuan ini, first and foremost you have to identify your own petty expenses. Be it kos beli asam masin kat kedai Ah Chong @ air kotak Dutch Lady perisa coffee kat 7E etc. To do this, write down every expenses you've made for a month or so and then trace back things that you can live without atau kat mane boleh do any cutbacks.

Aku kinda pernah cuba cara ni cuma ia memerlukan disiplin yang maha hebat. As for me, aku tengok berapa banyak aku spend on bfast, lunch & dinner per day. Misal kata, RM10 lah. So, if untuk hari tertentu,aku spend less than RM10, katakan RM6 (sebab malam makan megi & pagi bawak bekal isk...isk...isk) so RM4 yang aku save tu,masuk dalam kotak saving aku. By end of month tengok la berapa banyak boleh save.

Tapi satu la pesan aku, don't be a cheapskate...esp. to your own self. Sekali sekala of course OK je to treat yourself some Aunty Anne's pretzels @ Gelato Fruity's pistachio's ice cream. Terpulanglah pada pertimbangan masing².

Selamat mencuba!

Later... 

Wednesday, November 24, 2010

Moolah!

Salam...

Moolah = moo·la or moo·lah (m l) n. Slang. Money. [Origin unknown.] moolah [ˈmuːlɑː] n (Economics, Accounting & Finance / Banking & Finance) a slang word for money 

Nak share topik yang educational sket this time. Cerita pasal duit.

Time of late, di waktu diri ni dah dipanjat usia dan mule sedor diri nak menyimpan, baru la aku belajar serba sedikit pasal money management dan menyedari betapa pentingnya ia. Dulu² bukannya mak abah xajar. Walhal, siap ade tabung Nuri (BR) dok isi syiling lebih duit belanje sekolah. Bile dah penuh, abah akan bawak gi bank untuk masuk dalam saving aku & adik². Campur la sekali duit raya RM30 pasal puase penuh dsb. huhu~

So, aku banyak la buat bacaan sket tentang bajet, pengurusan wang peribadi and even visiting AKPK website looking for tips. Sebenarnya banyak cara nak uruskan duit sendiri. Terpulang la macam mana cara masing² yang sesuai dengan hidup, tapi yang penting, diuruskan.

Kat sini aku nak share la sket tentang budgeting yang aku extract dari satu artikel yang pernah aku bace. Untuk bajet, kita kena kelaskan perbelanjaan kita kepada 3 jenis:-

1. Compulsory items: your monthly dues - duit sewa rumah ke, instalment kereta @ insuran.
2. Essential items: ini termasuk seperti expenses on food, clothing, bil telefon & utility bills.
3. Desirables/Entertainment: ini hal² berkenaan dengan hobi, travelling @ desired items mcm perfume CK Free or Beg Tangan Gucci =p~

Bila berbelanja, settlekan yang No. 1 dulu diikuti seterusnya. Then bila dah settle ketiga-tiga items, kalau ada lebih duit, bagi aku! (ikutla sama ada nak belanja family ke, beli tali gitar @ masuk tabung masjid)

Jadi kat mana letaknya saving?Kalau tanya aku, of course aku letak sebagai compulsory item. Tapi jumlah saving aku tu bergantunglah kepada keadaan, masa & situasi. Contohnya, kalau nak raya, aku kurangkanlah sket saving untuk cover bajet raya aku. Tapi yang penting, tetap masuk bank la walaupun sikit coz' pada aku you have to keep the saving momentum going tak kira macam mana pun.

Untuk saving ni, some say 20% from your total gross earnings, some say 50%. Deduction EPF 11% (employee) + 12% (employer) deemed enough tapi to be safe, tambah la lagi personal saving masuk dalam ASB ke, Tabung Haji ke.

Lain-lain yang aku boleh kongsikan:-

  • kalau expenses melebihi earnings - make cutbacks (from No. 3 to No.1)
  • buy with cash, selagi boleh. don't spend money that you don't actually have. talk about credit cards.
  • saving is not enough. try investing.
  • limit visit to malls. prepare list of things to buy. don't spend on impulse.
  • stay healthy. medical bills can be a nightmare.
Hopefully, ape yang aku bebelkan kat atas boleh la sedikit sebanyak menjadi panduan untuk kita. Aku pun tengah bertatih untuk manage financial matters aku. So if you guys ade more tips, do share them here. Sharing is caring!~

Later...

p/s: tengah berkira-kira nak melancong...