Wednesday, April 27, 2011

Cari Jalan Keluar

Malam tadi aku melawat lagi daerah yang sunyi dan murung tu
hidup lagi rupanya...

Dengan secawan kopi panas, aku tenung dalam-dalam
apa lagi aku nak buat?
dihalau, tak mahu
diherdik, tak mahu
diajar, ditepuk, dilepuk, pun tak mahu
degil...

Jangan sampai kiamat sudahlah
aku pun nak merasa bahagia
hendak merasa hati penuh
teringin dilambung dan jatuh disambut
mengidam sayang dari kesayangan

Ambil kertas, aku lakar apa yang patut
cuba cari jalan keluar
kalau kena gaya, esok pun boleh selesai
salah gaya, makan bulan lagi,
jangan sampai tahun
jangan...


Dengar lagu, cari puisi semangat
ada, tapi lama-lama lupa
tengok tv, layan wayang moden
cari perspektif baru
ada, tapi kurang logik
kena langgar tak mati, kena tembak tak lut
haih...


Resah susah
Panas lemas


Sebab tu aku lebih suka tidur
mimpi lebih nyaman dari realiti
angan lebih jelas dari kenyataan


Zzzzzz.....

Perihal Tepung Tawar, Beras Kunyit & Air Mawar

Assalamualaikum...

"A great marriage is not when the perfect couple
comes together.It is when an imperfect couple 
learns to enjoy their differences..."
- Dave Meurer

Bila tiba masanya, maka bersatulah rusuk yang hilang, pulanglah sirih ke gagang. Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin. Lafaz memateri janji, membawa kasih seluas alam kehidupan.

Ok, cukup dengan ayat-ayat jiwang. Musim perkahwinan tiba lagi dan alhamdulillah tahun ini ramai kawan-kawan aku yang dah sampai jodoh. Dan kira-kiranya banyak juga jemputan yang aku terima untuk bulan-bulan yang mendatang. Minggu ni sekurang-kurangnya dapatlah aku penuhi satu jemputan. Kalau boleh memang nak datang semua, tapi apakan daya, banyak kekangan yang wujud yang buat aku terpaksa, sekadar kirimkan doa dan ucap selamat dari kejauhan.

Selamat pengantin baru buat Farhana (Fana) & Faizal...

Newlyweds!
Farhana @ Fana is a childhood friend of mine. We went to the same kindergarden and primary school. Even masuk sekolah menengah pun, kami masih keep in touch with each other + also with several other friends. Kira kawan ketat la ni. Kadang-kadang bila ada kesempatan, kami pun ada organise gathering @ just simply lepak minum. Faizal @ En.Hubby nya belajar satu tempat dengan Fana sewaktu di Jepun. Sekarang pun masih lagi di Jepun, bekerja. So, meh kita tengok sekitar majlis itu...

Cikgu kesayangan kami di SKTL; Puan Haliza Abd. Manaf
Kek di majlis perkahwinan = mesti!
Ketibaan kedua mempelai~
Melangkah masuk ke perkarangan rumah~
Ambil berkat sikit =)~
Peace no war!
Pada hari dan waktu yang sama seorang lagi kawan dari zaman universiti juga melepaskan title anak daranya dengan jejaka pilihan iaitu Aziatul Alia, serta pasangannya, Shahrul...

Credit to Mr.Khazril Shazril for the pic.TQ.
Mintak maaf sangat la Alia sebab tak dapat datang. Anyway, semoga berbahagia bersama suami dan selamat menjalani bahtera perkahwinan hingga ke hujung hayat, Insha Allah.

Juga ucap selamat yang sama goes to: 

::Azila & Hilme::Hanna & Fawwaz::

"Untuk satu pertemuan yang telah tertulis sejak azali, yang menyatukan dua hati, dalam kehangatan pelukan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, diiringi doa dan restu kebaikan. Carilah kesempurnaan itu dalam matanya, moga ia akan membawamu pulang ke taman indah mirip mimpi utopia mu..." - AlonGarcia

Tuesday, April 26, 2011

Assalamualaikum.....dari Jeneral!

Assalamualaikum....


Kesinambungan dari entri terakhir, Rapper Melayu Sejati, aku discovered satu lagi lagu dari Encik Malique Ibrahim. Probably from his second album outta the trilogy, OK. At first, bila aku dengar, memang dah agak tertarik dengan beat dia yang ada feel misterius dan gelap. Pastu keluar pula drumroll beat yang korang boleh juga dengar dalam Like Toy Soldiers - Eminem. Terus menangkap!

Sorry for my uber excitement over this. Certainly not everyone's cup of tea. But really, no harm of listening to something new. (btw, this is not new at all. The album/song was already released at least for the past two years - agak lambat di situ)




Assalamualaikum - Malique

Assalamualaikum...dari Jeneral!

RAP,rythm and poetry
Terjemahannya ritma atas puisi
jurucakap institusi intuisi
berjasa pada semua mcm pensil 2B
otak kanan tekan tubi, pena jadi deltoid
lagu minum protein, rap suntik steroid
dua kati creatine aku android
datang sesekali impak asteroid...BOOM!

Aku kejam, kuhilang, kau rindu
lepas tampar mau cium satu minggu, Woo
jangan begitu, jangan mengada
macam mana boleh rindu, Mawi kan ada, kan?

Assalamualaikum!
Realitinya ini '08
bintang realiti kujadikan sarapan
makan lima mangkuk tanya, mana sarapanku?
makan lima mangkuk lagi, mana sarapanku?
aku lapar, ya mana musuh terkini?
aku bakar.terbalikkan di pasar mcm mussolini
mana kundalini? tak kunjung tiba
sakti jadi hiba tapi fokus
chakra berputar-putar kejar titik lokus
tafakur, asmara, semua posisi lotus,
yup, best of both worlds I'm the dopest
look into the mirror,yup yup you the closest
I flip language like sandwich
either side same phat shit like goddamn it
and if you got a problem with me being malay dude
lets take it back to 1511


Ya, ya 1511
jom bertikam lidah dengan hamba dalam aku
aku pantang kalah, bangun bila jatuh
kalau patah sayap bertongkatkan paruh
shhhhh


Ku punya teman yang punya teman
yang boleh buat engkau hilang teman
jadi dari buat lawan, baik buat kawan
dari bagi jari, baik angkat tangan
sepuluh jari ke atas macam kena tangkap
kalau ingkar kupotong tujuh jadi pengakap
ikan duri, gelama, senohong, siakap
rapper penipu,
pembohong semua ku pap pap


Bukan terhandal, bukan terkuat
cuma terhandal dalam apa yang ku buat
jadi bila general berucap, sampai darah gusi
tolong ceraikan buntut dari kerusi...

BANGUN! BANGUN! BANGUN!

Assalamualaikum...dari Jeneral (yes sir!)

Ringkasnya, lagu ni pasal his superiority, mainly in his element of hip hop and rap scene. The 'JENERAL' part, sort of highlighting his imposing presence and influence in music industry. Memang bunyinya agak sombong, tapi ambillah ini sekadar karya. Yang hebat!

Perhatikan ayat-ayat yang digunakan. Bukan kosong. Semua ada makna. Banyak yang kita kurang tahu. Apa itu deltoid? Apa itu creatine? Siapa Mussolini? Apa kundalini? Apa itu 1511? Tanyalah Encik Gugel. Aku dah.

Sampai jumpa.

p/s: Assalamualaikum.....dari macai je~

Sunday, April 24, 2011

Rapper Melayu Sejati!

Assalamualaikum...

He's nervous, but on the surface he looks calm
and ready to drop bombs,
but he keeps on forgettin what he wrote down,
the whole crowd goes so loud
He opens his mouth, but the words won't come out
He's choking how, everybody's joking now
The clock's run out, time's up over, bloah!
- Lose Yourself; Eminem

Aku pernah berangan nak hebat rapping macam Eminem, Jay Z atau Mike Shinoda. Aku rasa rapping ni satu bentuk seni macam menyanyi juga tapi lebih melibatkan susunan bait-bait kata yang diujar pada masa dan waktu yang tepat untuk memberi impak. Otak kena cepat. Akal kena laju. Tapi malang sekali sebab aku kurang berbakat  =p. Bukan senang to utter the words quickly, then nak rhyming lagi, to synchronise with the beat some more; it's a hard work!

Ketepikan hal bakat tu, fokus aku di sini ialah tentang rap melayu yang sudah mula relevan dan sebati dengan industri muzik tanah air. Kalau dulu, rap/hip hop scene Malaysia terlalu ambil bulat-bulat yang datang dari barat, terutamanya Hollywood. For instance, masa awal-awal kemunculan kumpulan seperti Poetic Ammo & Too Phat (dan konco-konco). Lagu dan rapping banyak dalam BI sahaja.

Mungkin janggal bunyi bila rap dalam BM. Tak cool!(lagipun masa tu orang  Malaysia gila dangdut!)

Pelopor arena Rap Malaysia ni tak lain tak bukan ialah KRU. Dan dalam kebanyakan lagu, yang part rapping ni, bagi pada Norman Abd. Halim...

Otai Rap = Norman!(pakai bandana)
Dulu aku memang hafal 'sebutir-sebutir' rapping Norman ni. Walaupun dulu takde internet nak cari lirik, aku dubbing lagu dalam kaset pastu pasang ulang kali pasal nak salin senikata. Mungkin sebab usaha lebih buat aku senang hafal. Dan album AWAS, memang yang terbaekkk!

Seterusnya ialah Malique Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique Too Phat. Serpihan Too Phat ni selepas 'bertapa' beberapa lama, telah kembali dan baru-baru ni menyiapkan album trilogi...

Pheonix bangkit dari abu; Malique!

Antara ramai-ramai, aku rasa sekarang, Malique is 'playing' at a different level. Rap dia tersirat dan menyentuh isu kemanusiaan. Perhatikan karya-karya terkininya seperti Mantera Beradu (feat. M.Nasir), Cerita Kedai Kopi (feat. Salam) dan Senyum (feat. Najwa Mahaiddin). Tak lupa juga, the all time favourite - Alhamdulillah (Too Phat feat. Yassin). Sebenarnya Joe Flizzow pun OK, ada juga rapping dalam BM, cuma his style is too American to me. No offense, personal opinion.

Sekarang, cerita tentang 'orang kuat' dalam kumpulan Ruffedge, atau kini bersama The Fabolous Cats iaitu Farish Ramli @ Cat Farish.....

Malaysian version of Will.i.am; Cat Farish!
Kebanyakan lagu-lagu Ruffedge & TFC banyak Farish yang tulis atau co-wrote (correct me if i'm wrong). Dan dalam kebanyakan lagu, dia akan do the rapping dan ahli lain akan nyanyi. Kalau dia nyanyi pun, dalam autotuned mode (bunyi yang macam robot tu). Tapi boleh kata memang smart habis rapping Farish ni. Hampir sesegar karya Malique, cuma theme dia banyak kisah cinta je. Dan sekarang sibuk berlakon pulak. So kurang la sikit bekarya agaknya. Hasil kerjanya yang paling aku gemar - Goyang (Ruffedge feat. Phlowtron) + Rimas:TFC.

Pernah dengar kumpulan Teh Tarik Crew? Ala, dulu pernah been part of Phat Family. The bootylicious Mizz Nina pun one fourth of this group juga. Tapi ini bukan cerita pasal Mizz Nina atau Noh Hujan. Ini cerita berkenaan the ultimate rapper - meet Altimet (cuba cari nama betul, tak kunjung jumpa-anyone, help?).

Chantek+Anggun=Syukur; Altimet
Rap Altimet kalau didengar lewat ini, terutamanya dalam Syukur, Kalau Berpacaran, dan latest - Kotarayaku (collabo w. Hujan) + Anggun (collabo w. Zain Ruffedge/Zizan), banyak berunsur nasihat dan agak islamik. Baguslah macam tu kan. Sambil menyelam, minum air. Aku kurang periksa prestasinya sewaktu dengan TTC. Tapi pastinya waktu tu rapping semua dalam BI. Period.

Last but not least, untuk ruangan kali ini, adalah untuk Fadali Mohd. Dariff @ Dali Ahli Fiqir.

A man of many names; Dali(hujung kanan)
Ahli Fiqir collectively was a very complete group. Masing-masing ada kekuatan. Bukan sahaja lagu-lagu mereka ada suntikan komersial, tapi tak kurang juga mesej-mesej berguna kepada masyarakat. Perhatikan pada Tik Tok Simpati, 2X5 dan Angguk2 Geleng2. Tapi sayang, jodoh tak lama, dah berkubur. Jadi sekarang Dali bergerak solo dengan nama Filsuf. Aku perhatikan rapping Dali ni semasa dengan AF (bukan akademi tu) sangat robust, hard dan straight to the point. Takde sendal-sendal dah. Belasah. Itu kekuatan dia. Karya terbaru dia yang aku dengar adalah Banyak Bunyi as 2win(w. Ikhwan - collabo with Boonyi + Dena).

*Also worth mentioning - Zizan Raja Lawak (Anggun+Selamat Tinggal) and Ikhwan Hot FM (Banyak Bunyi).

Begitulah kiranya cerita rappers Melayu. Style apa rapping dalam BM kan?! Kalau ada yang cuba, mesti OK punya. Mungkin aku pun kena usahagandakan semangat belajar rapping lepas ni. Mana tahu esok-esok boleh keluar album sendiri huhu. Aku tinggalkan korang dengan satu lagu baru, baik punya. Hayati dalam-dalam. Dengar sampai lebam. Wassalam. *(i'm rhyming, can't you see?!)





p/s: tengah berperang dengan diri sendiri.....=S



Saturday, April 23, 2011

Baju Kotak-Kotak (Chequered Shirt)

Assalamualaikum...

Kalau bercakap tentang fesyen, aku bukanlah orang yang tepat. Sangat naif, ok. In fact, my wardrobe is far far away from impressive. Tapi tak menghalang aku menyatakan kegemaran aku kan. 

I like what i see and i see what i like!

Baju ala klasik!

Aku terperasan kehadiran jenis fesyen ni bila mak sedara aku pakai anak beranak di suatu waktu dulu. Bila aku terpandangkan, hati aku berdetik..."Eh, style jugak baju tu"

Lantas tanpa membuang masa, raya tahun tu aku pun mencari dan berusaha untuk mendapatkan satu sebagai memenuhi kehendak dan keperluan (bajet...sangat). Jadi inilah hasilnya...

Bagi sample je

Yang atas ni dah lama juga aku pakai. Baru-baru ni nampak lagi di Giordano. Sangat lawa tapi material dia berat sikit. Nampak macam cotton tapi ade a few layers.Owh, sorry la. Sangat fail kalau bab-bab ni. Jakel @ Gulati's memang tak nak hire.

Ni a few examples yang aku google from the net (yang menarik minat aku, that is).....

a bit of wrangler style

fave colour!

hitam itu menawan

a neat look

colourful sikit pun OK!
Kalau girls pakai pun cantik jugak. Especially yang warna lembut sikit dan tidak overshadow korang punya natural beauty (hohoh). Here are some of the examples.....

shantek shangat

purplish!

kotak-kotak kecil

light blue-ish/turquoise

Kalau macam kat Malaysia, (yang aku observed setakat ini) baju jenis ni banyak terdapat di TopMen, TopShop, PDI Concept @ small boutique outlets. Kadang-kadang Reject Shop pun ada. Baju jenis ni sesuai kalau paired dengan jeans pastu pakai kasut yang jenis Converse, North Star @ yang type macam kasut sekolah bawak main sepak takraw tu. For girls, kalau dapat yang labuh tutup punggung, paired with skinny jeans and wedges/heels 2inches + shades Paris Hilton korang, dah boleh jadi fashion icon dah tu! (personal opinion,really~)

Until my next chequered shirt shopping.....


*sources of pictures from: beso.com, shopstyle.com & ebay.com 

Friday, April 22, 2011

Hal Jumaat Malam

Assalamualaikum...


Semoga anda dan keluarga anda berada dalam keadaan sejahtera hendaknya.
(pinjam ayat Hj. Zainal Ariffin,tv3)

Banyak hal...


Hal Satu

Last year kawan aku, Hadi ada organise ekpedisi panjat gunung di semenanjung Malaysia ni sebagai aktiviti luar pejabat dia. Dia memang kaki hiking. Banyak dah puncak yang dia tawan. Baru-baru ni dia share satu cerita menarik waktu dia mendaki satu gunung ni. Kumpulan kali tu ada ramai juga dalam 25 orang. So, sebab ramai, Hadi dah set beberapa checkpoint untuk berhenti rehat dan kira orang just in case ada yang ketinggalan. Kira-kiranya ada lima(5) checkpoints dari kaki ke puncak gunung. Jadi setiap perhentian ditepati sebagaimana dirancang. 

Waktu nak turun, hari dah petang sangat, jadi dari lima checkpoints dah jadi tiga(3) sebab dorang nak gerak laju sikit, hopefully sampai bawah sebelum malam. Everything went smoothly sampailah ke checkpoint terakhir. Macam biasa,lepas siap melepas lelah masing-masing, Hadi minta setiap anak buah dia kira kepala. So,sorang-sorang jerit dimulai oleh Hadi. "satu...dua...tiga..." dan seterusnya.Masalahnya bila di penghujung tu...."doploh tiga...doploh empat...doploh lima...doploh enam........ ".Hadi dah perasan ada yang tak kena, tapi tak ambil pot pun. Dia tak tahu anak-anak buah yang lain perasan tak. Korang perasan tak?

Baik-baik melangkah. Kot-kot ade yang mengikut...

Hal Dua 

Hal seterusnya terjadi semasa aku bekerja di sebuah hotel di ibu negara. Tapi bukan cerita akulah. Cerita rakan sekerja. Selalunya department kami, Finance, department yang paling sibuk. Maklumlah, heart of the organisation. Balik lambat sebab kena stay back tu biasa. Satu malam, kawan aku ni balik lambat. Aku dengan yang lain-lain dah lama blah. So, tinggal la dia sorang. Walaupun orang lain ada lagi, tapi itu semua kat lobi. Department kami ni jauh di bahagian belakang. Memang sebelum ni dah dikhabarkan, banyak hal-hal misteri yang berlaku, tapi kawan aku tak pernah kena, jadi dia tak ambil pot pun. Tapi 'rezeki' dia agaknya malam tu, mula-mula dia nampak kerusi kat workstation Cost Controller berpusing-pusing sendiri macam ada orang main-main kan. Walaupun sedar, dia buat 'dunno' je and acted cool. Dalam hati terdetik juga..."dia main kerusi la pulak..."


Tak lama selepas itu, 'gangguan' yang lebih dekat berlaku. Radio dekat meja belakang kawan aku ni, tiba-tiba je terpasang sendiri. Berderau darah dia bila dengar. Tapi dia rileks lagi, bangun pergi meja belakang, tutup dan cabut plug, pastu sambung kerja. Tak sampai 5 minit lepas tu, radio tu bunyi lagi. Ah, sudah! Plug dah cabut, mustahil sangat la boleh berbunyi lagi. So, tanpa berpaling ke belakang lagi,dia kemas-kemas apa yang patut, terus ciao.


Esoknya dia kena marah dengan bos sebab tak tutup lampu ofis =p~


Hal Tiga


Ini cerita zaman sekolah. Cerita yang diperturunkan dari satu ke satu generasi. Ada tournament ragbi di sekolah. Pada yang familiar dengan permainan ni, tiang ragbi bahagian bawah sekarang selalunya dibalut dengan protection, tak nak bagi player terlanggar @ berlaku kemalangan. Tapi, dulu takde. Biar macam tu je. Jadi di dalam satu perlawanan, ada seorang player terlanggar tiang ni dan patah tengkuk. Dalam keadaan nazak dan nyawa-nyawa ikan tu, ada seorang warden ni attended mamat malang ni. Mamat ni mintak air, "Water sir, water sir...." So, ada lah yang pergi ambil air nak bagi, tapi sebelum sempat bagi, mamat ni meninggal dunia.


Warden di sekolah kami dulu duduk di satu bilik kecil di blok hostel yang kami panggil kiub. Jadi warden yang tadi ni, lepas uruskan segala urusan berkenaan jenazah, malam tu dia duduk di kiub, jaga budak-budak lain. Tiba-tiba terdengar pintu kiub kena ketuk. Dah lewat masa tu, jadi pelik juga kenapa ada lagi budak yang belum tidur. Bila dia buka pintu, tergamam dia bila tengok ada makhluk dengan kepala terkehel dan berkata.....


"Water,sir...." ~~~~~~~~~~


(moral: minum air siap-siap sebelum main ragbi =p)

Thursday, April 21, 2011

Berkongsi Kegembiraan

Assalamualaikum...

Menjelang tengah tahun, macam tahun-tahun lepas jugak, bertalu-talu jemputan walimatul urus diterima dari kawan-kawan. Obviously sebab cuti sekolah yang dua minggu tulah. Senang kan sedara mara nak datang menghadiri esp. pada yang duduk jauh-jauh tu. Tapi ada je yang buat weekend biasa. Terpulanglah.

Dan seperti biasa, bila datang moment begini, it's time to self-reflect, 'di mana silapnya menyebabkan aku ketinggalan jauh sangat ni?' 2nd question comes to mind - 'bila pulak turn aku?'

Buat adik-adik yang membaca dan mungkin tidak memahami hakikat keadaan seperti ini, percayalah, when the time comes, bila kawan-kawan dah pakat-pakat kahwin dan anda pula tidak, you'll definitely understand the feeling.

Tapi kali ini, aku cuba memikirkan sesuatu yang berlainan. Mengapa tidak kita berkongsi kegembiraan ini? Kawan-kawan kita dalam debaran untuk melangkah ke satu tahap hidup yang berlainan. Memateri janji untuk hidup bersama dengan insan terpilih yang disayangi. Susahkah untuk kita berkongsi kegembiraan itu?

Asalnya memang susah sebab bukan kita yang rasa. Bukan kita yang bersanding di pelamin.  Bukan kita jugak yang dapat hadiah rice cooker, microwave atau sponsor pakej honeymoon. Tapi aku pasti, kawan-kawan yang nak kahwin ni pasti akan lebih teruja bila kita sama-sama meraikan hari bahagia mereka, dengan kehadiran di kenduri mereka dan senyuman di bibir.

Aku kira agak 'selfish' seandainya yang menjadi 'highlight' di hari bahagia orang adalah perasaan kita yang kehilangan 'kawan lepak' atau rasa ketinggalan di sebabkan kita masih bersendirian. Lebih teruk andai kita menyuarakan hal itu kepada kawan-kawan yang nak berkahwin, seolah-olah tindakan mereka untuk berumahtangga dah jadi satu dosa pula kerana tidak mengambil kira hati kawan yang keseorangan selepas ini.

Apa salahnya, di saat mereka meniti hari menuju hari bahagia, tanyakan tentang persiapan mereka, berikan mereka kata-kata gembira, hidangkan tentang fantasi-fantasi indah hidup berdua atau cukup dengan doakan segala perjalanan majlis akan berjalan lancar. I'm pretty sure, kawan-kawan kita akan merasa overwhelmed dengan sensitiviti kita berkongsi keterujaan mereka. Dan pastinya kita pun mengharapkan yang sama bila tiba masa kita.....=)

Tak terhad pada perkahwinan sahaja, kongsilah kegembiraan untuk semua berita gembira orang lain...seperti ia juga milik kita.

  • bila kawan score better marks dalam exam, dan kita flop~
  • bila kawan dapat naik pangkat, naik gaji atau naik kerjaya, dan kita masih di takuk lama~
  • bila kawan dapat pergi melancong sana sini, dan kita terperuk di rumah~
  • bila kawan dapat zuriat, dan kita masih belum ada rezeki~
  • bila hidup kawan-kawan kelihatan lebih hebat dan gembira daripada kita....
Mengertilah bahawa Tuhan telah merencanakan dan menentukan rezeki, jodoh, ajal, maut kita. Tinggal lagi lambat atau cepat je. Mesti ada hikmah lambat dan cepat sesuatu itu ditentukan. Bersangka baiklah pada Tuhan kerana Dia lebih mengetahui, dan pasti, seandainya kita dibukakan dengan rasional setiap keputusanNya, pasti kita pun takkan membantah barang sedikit pun. (refer kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa / juga kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail)

Apa yang aku kongsikan ni bukanlah ditujukan pada sesiapa, tapi lebih kepada diri sendiri. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar yang selama ini kita terlalu kuat memikirkan kekurangan sendiri sampai lupa meraikan kebaikan yang diterima oleh orang lain. Mana tahu, kebaikan yang diterima orang lain itu adalah pembuka kepada kebaikan yang bakal diterima oleh kita. Ye dok?!

Clap your chest, asks the appetite....ngeeeee =p~

Mari lompat kegirangan bersama-sama!

p/s: tengah susun jadual untuk penangan nasi minyak!

Encik Chubby, It's Your Birthday!

Assalamualaikum...

This week kami berpeluang celebrate birthday anniversary seorang lagi ahli keluarga iaitu Asyraf atau fondly known among families as Abang.(his friends called him Acap!)


He turns 21 this week. And as usual, as the eldest brother, i wish nothing but the very best for my brothers and sisters, in their life. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati usia. Do well in your studies, seize every opportunity that comes your way and make most of it as the same would not normally come twice. Enjoy your teenage life, make new friends and explore the world positively. You're obviously gifted and use your privileges for good cause.

::Kami masa muda::
Zaman kecik dulu, abah label dia 'tajam baji'. Aki said this repeatedly bila bernostalgia pasal masa dolu2. Probably has something to do dengan kepala dia. Dia ni dulu chubby sikit berbanding orang lain. So, aku pun memang selalu cari pasal nak cubit-cubit dia. Itu tak campur name calling lagi. Apalagi, selalu la 'perang' tercetus. Tapi ada masa geng jugak. Masa bulan puasa, selalunya kami akan tidur bawah sebab senang mak nak kejut sahur. So, every night angkut tilam dari bilik turun kat hall. Tapi bila sampai tangga, kami bentang kat tangga dulu, then main macam gelungsur kat playground tu. Best tak teragak =p

Walaupun dia muda daripada aku, banyak hal aku belajar dari dia. Fashion sense dia lebih bagus dan memang jeles sikit la part tu sebab wardrobe aku selebet berbanding dia. Satu lagi, dia sangat up-to-date kalau tanya pasal electronic gadgets. The best reference among kami adik beradik.

::Kami masa kurang muda::
Good luck with your incoming exams and all the best with your industrial training afterwards.

Happy Birthday, Encik Chubby!

p/s: yes, i still owe you ori MU jersey~ 

Friday, April 15, 2011

Jangan Ketawa!

Assalamualaikum.....

Contrary to the title above, there are a lot of reasons for you guys to laugh when you watch the video clips attached below.....enjoy! =)

Happy working!

1. Definitely not for Justin Bieber's die-hard fans (btw, the girl at 3:08 is so hot! =p)



2. Ting Tang Ting Tang Alexander! Definitely will be a classic for time to come...




3. This one is rather short but definitely a sucker punch! Harith and Afdlin rock!




Definitely, maybe. =) *peace*

Mistik Malam Jumaat

Assalamualaikum...


Dalam kebanjiran cerita-cerita seram yang dihasilkan penggiat seni lewat ini, hanya konsep saka dan ilmu hitam sahaja yang banyak di ketengahkan. Padahal, dunia mistik lebih dari itu.....(ok, sekarang imagine asap-asap berkepul dan bulan mengambang sambil anjing melolong - ambil mood)

Cerita I 

Disumberkan dari senior aku masa belajar dulu. Sekolah aku dulu adalah sekolah lama yang dah wujud lebih 50 tahun. Tapak asalnya apa, aku tak tahu. Mungkin hutan. Pelajar-pelajar silih berganti dan.....berbagai kisah dirakamkan. Ada satu blok lama dua tingkat di kawasan sekolah yang pada masa itu menempatkan makmal komputer di tingkat atas. Pada satu malam, kawan kepada senior aku ni nak ke makmal tersebut. Nak siapkan tugasan majalah sekolah katanya. Maklumlah, dulu mana ada laptop sana sini. Paling hebat pun pakai desktop, wordstar @ lotus 1 2 3. Blok ni masa malam gelap. Kalau ada cahaya pun, tempias dari lampu jalan sebab blok ni mengadap jalan. Jadi sebagai langkah keselamatan, selalunya kawan pada senior ni kira tangga nak ke tingkat atas. Takut tersadung atau salah langkah. Selalunya tepat 15 anak tangga memang dah sampai. Malam tu, macam biasa dia mengira. "1....2....3...." sampai 15 sambil menunduk membilang anak tangga. Dalam sedar tak sedar, mungkin asyik mengira atau simply tengah berangan... langkahnya berterusan meniti anak tangga ke-16, 17, 18......dan seterusnya. Lepas seketika, baru dia perasan, "Eh, kenapa tak sampai-sampai lagi ni?" Lepas dongak ke depan, mamat tu perasan dia tak sampai ke tingkat dua.....

...tapi atas atap!

Cerita II

Dalam tahun 90an, bagi yang mungkin masih ingat, negara kita dikejutkan dengan kehadiran gangguan, khusus kepada gadis-gadis sunti seluruh negara digelar 'Hantu Kum-Kum'. Alkisahnya, dikhabarkan makhluk ni bukan hantu tapi seorang perempuan yang mengamalkan ilmu hitam tapi menerima akibat kerana melanggar pantang, langsung wajahnya bertukar menjadi sangat buruk. Untuk memulihkan keadaannya, kononnya dia perlu mendapatkan darah 40 gadis sunti untuk mendapatkan kembali kecantikan wajahnya. Modus operandinya ialah, apabila dah kenal pasti rumah yang ada gadis sunti, pada waktu malam dia akan datang dan bagi salam..."Assalamualaikum Kum Kum...". Dari situlah dikhabarkan gelarannya bermula. 

Masa tu ramailah yang bercerita yang kononnya perempuan ni meronda-ronda di sekitar kawasan perumahan dengan Kancil Merah lah, pakai purdah lah dan tak kurang juga yang mendakwa beberapa jiran tetangga yang dah menjadi mangsa perempuan ni. Kemuncak dari mistik ini juga, dikhabarkan siap ada laporan akhbar yang mengatakan serangan ini sedang berleluasa. Aku pun tak pernah baca keratan akhbar tu. Tapi memang betul, sana sini orang kecoh pasal hal itu. Ironinya, ada yang mengatakan itu semua kisah yang diada-adakan untuk pastikan anak-anak muda masa itu, terutamanya perempuan, tak keluar malam. Asasnya sebab pada waktu itu gejala bohsia-bohjan, dan mat motor (dulu takde istilah rempit lagi) sangat berleluasa. Malah ada yang mendakwa, pihak kerajaan sendiri yang mengada-adakan kisah ini untuk mengekang gejala sosial waktu itu. والله أعلمُ بالـصـواب.

* saksikan Kum Kum The Series pukul 9.30 malam, Selasa, di Astro Ria (ch.104)

Cerita III

Masih segar dalam ingatan cerita yang disampaikan oleh pak sedara aku lama dulu pada aku dan adik. Kami menggelarnya pakteh. Suatu malam, pakteh ditinggalkan seorang di rumah kerana ibu ayahnya (atuk dan nenek aku lah tu) ke rumah jiran menghadiri kenduri. Dek kerana kerja sekolah belum siap, tak dapatlah pakteh ikut. Dalam asyik menyiapkan tugasan, tiba-tiba pakteh kata terdengar macam orang sedang basuh baju di bilik air. Buat pengetahuan semua, bilik air zaman dulu, kalau tak yang jenis detached (jauh sikit ke belakang rumah), adalah jenis yang attached dengan rumah tapi takde bumbung. Cuma ada dinding sahaja. Pada mulanya, pakteh hanya syak yang ada orang ceroboh masuk bilik air. Tapi, apa kes pula basuh baju malam-malam?Ah, sudah! 

Dalam takut-takut berani, pakteh melangkah ke bilik air nak 'cekidout' apa/siapa sebenarnya di bilik air. Pakteh kata berderau darahnya bila tengok ada seorang perempuan tua pangkat nenek tengah bercangkung dan memberus kain, membelakangkan muka pintu. Merapati pintu, pakteh beranikan diri tegur nenek tu. "Wan...(gelaran nenek belah sini), buat apa tu?" Orang tua tu tak menjawab, berterusan memberus, malah lebih beria lagi. Pakteh ulang tanya, "Wan buat apa tu?Kenapa membasuh malam-malam?" Sempat mengerling kepada kain yang diberus, melompat rasa dada pakteh bila nampak kain tu lejut(kuyup) dengan darah. Pakteh kata dia gosok-gosok mata tak tahu betul ke tidak apa yang dia tengok. Bila tengok sekali lagi, kain tu ok je. Mana ada darah!

Pakteh kata, tak lama lepas tu, nenek tu berpaling pada dia, tunjuk kain. Pakteh menjerit..........
.
.
.
"INILAH KEISTIMEWAAN BREEZE!" 

...tu dia, breeze dapat iklan free. Kami pun adik beradik terkulat-kulat kena tipu dengan pakteh~

Wednesday, April 13, 2011

Rindu

Rindu datang tepat pada 5.41 pagi waktu Malaysia

Senang hati je buat aku bangun dan gagal tidur semula...

Senyumnya
Ketawanya
Kata-kata sinikalnya
Datangnya jelas-jelas ke dalam otak kelabu ini

Jadi aku ke dapur, nak legakan kehausan
Tapi haus lagi dengan rindu yang bertapak dalam dada ni
Apa boleh buat. Dahlah jauh, entah di mana
Memang tiada ubat.


Kutarik laci almari, menjerit bunyinya
Kutarik laci hati, kerinduan bunyinya


Baliklah cepat. Aku rindu.


...dan kau saja yang faham~

Siapa Hana Tajima-Simpson?

Assalamualaikum...

Last two weeks or so...aku terkesima menyedari akan kehadirannya...




Buat yang belum kenal, inilah Hana Tajima-Simpson, seorang pereka fesyen dari United Kingdom. Hana ni masuk Islam pada usia dia 17 tahun (sekarang 23) kerana hidayah dari Ilahi. Apa yang menarik tentang Hana, dia ni reinventing or introducing more options kepada fesyen muslimah. Stylish, chic dan masih menepati syariat Islam - menutup aurat.

Through her clothing line, Maysaa London, Hana banyak reka tudung/baju/seluar yang boleh dipelbagaikan pemakaiannya and of course sebagaimana dulu keluarnya tudung Wardina, tudung Mawi, tudung Bienda lah, sama juga dengan Hana, tudung dia lah yang paling popular. Hijab Hana-Tajima style! Comel aje dia pakai =)

Jom tengok gambar-gambar comel dia.....

HTS lepak atas tangga...
Stylo!
Comelness!
Walaupun Hana punya base di UK, kebelakangan ini menurut pemerhatian aku (correct me if i'm wrong), dia banyak berada di Malaysia mempromosikan clothing line dia simply because di sinilah market terbesarnya kan. In a way, bagus sebenarnya as Hana has inspired more muslim women to dress accordingly. Mula-mula pakai sebab fesyen kan. Lama-lama, sendiri mau ingat la.

Tengok Hana buat baju untuk siapa.....

Aren't they gorgeous? Yuna & Hana =)
Sedikit dari Hana, about her conversion to Islam, taken and extracted from Jannah.org...

"I was pretty popular, had good friends, boyfriends, I had everything I was supposed to have, but still I felt like 'is that it?'  So these things all happened simultaneously, I read more about religion, learned more about friends of other backgrounds, had a quarter life crisis.  There were things that drew me to Islam in particular, it wasn't like I was reaching for whatever was there.  The fact that the Qur'an is the same now as it ever was means there's always a reference point..."
-Hana Tajima-Simpson

Dari Hana, kita ambil apa yang baik. Kadang-kadang kita perlukan perspektif yang berbeza untuk melihat betapa beruntungnya kita atau terlekanya kita kerana telah sedia lahir dalam keadaan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dengan pegangan itu.

Kalau yang baru pun hebat...yang lama kenalah lagi masyhuk!

*pic(s) taken from various personal blogs. thanks~ 

Naiktaraf!

Assalamualaikum...

Dalam hidup, pada satu masa yang sesuai...semua orang nak naiktaraf perkara berkaitan hidup mereka.

Yang gaji ciput....nak gaji segantang

Yang pangkat pegawai....nak jadi pengurus

Yang bawak Wira....nak pakai Inspira

Yang bini sorang....nak tambah lagi...

Ops...~

Jadi, aku pun tak terkecuali. Setakat ni mampu upgrade blog je. Touch up sikit di sana sini dan bermain dengan warna sikit. Sebab sebelum ni warnanya macam 'mendung' je.

Kalau ada yang tak kena @ menyakitkan mata, mohon komen. Maklumlah, blog ni milik kita bersama kan. (bajet ramai readers T.T)

Aku reka. Kita sama-sama baca. Insha Allah.

 

Tuesday, April 12, 2011

Cerita Shera Aiyob

Assalamualaikum...

Walaupun dah lama meninggalkan zaman URTV, Media Hiburan & Mangga (=p) tapi kadang2 ada la jugak ter'update' pasal selebriti2 Malaysia ni bila tertengok @ terbaca di mana2. Yelah, bukan apa. Aku terbaca di suatu masa, "small minds talk about people, great minds talk about ideas..." so, konon2 nak juga rasa hebat. Entahlah.

In the end, i do what i think fit with the situation...and ultimately...what i like!

Jadi, siapa Shera Aiyob ni? Nur Syahirah @ Shera ni sebenarnya one of many tv3 presenters. Kalau korang selalu tengok Wanita Hari Ini atau simply tengok tv3, mesti pernah nampak dia ni. Selain Nurul Syuhada Nurul Ain, Irin Putri, Hazlin Hussain & Wardina Saffiyah, Shera Aiyob ni antara pretty faces yang digaji oleh Media Prima.

C.O.M.E.L......comel!
OK, bagi lagi satu ye.....

Ololow....comel vol.2.0!

Sebab comel sangat boleh la agaknya propose kat mak untuk bakal menantu seterusnya?! Unfortunately, sabtu lepas dah terbaca kat satu akhbar hari2 ni yang dia dah nak bertunang dengan somebody pun. (huhu....melepas!) Before this, dia digosipkan dengan mamat 'Asmara' tu (Shahz Jaszle) tapi nampaknya orang lain yang telah memenangi hatinya...

Dia.....
Saudara Zahiril Adzim
Kalau korang pernah tengok Kami: The Series kat 8tv satu masa dulu @ Sinetron Merah Putih kat tv3, korang kenal la mamat ni. Relatively unknown kalau compare dengan Remy Ishak @ Farid Kamil sebab dia ni bermula dari teater dan banyak buat independent film projects. Tapi terkini, dia berlakon dalam filem seram terbaru Ahmad Idham, SENJAKALA, di samping Liyana Jasmay.

Aku 'terserempak' dengan blog dia (zahiriladzim.blogspot.com - check pautan di sebelah kiri blog aku) bebaru ni dan ada satu entri yang aku rasa 'sweet' sangat ditujukan kepada bakal tunangnya. Berbunyi begini....

Bersusun buku,
Bersusun DVD,
yang satu pun tak baca lagi,
yang satu pun tak tengok lagi.

Macam biasa.

Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.

Aku janji. 



(entri 28 Mac 2011, bertajuk 'dicuri untuk mencuri buat pelengkap rusuk kiri') 

Buat seorang aku, yang berfikiran seperti aku, didalami dan berperspektifkan seperti aku...itu adalah BRILLIANT!

Fahami dan dalami. (tibe2 mood nak berbahasa jugak macam Zahiril Adzim!)


All the best you guys. Semoga kekal ke jinjang pelamin....and beyond!


*gambar Shera Aiyob diambil dari FB official fan page
*gambar Zahiril Adzim diambil dari mforum.cari.com.my


p/s: ....pun tengah cari part of rusuk kiri yang hilang =)~

Picnic! At The Beach (distant cousin to Panic! At The Disco)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas berkesempatan bersama keluarga ke Kuantan dengan tujuan utama menghantar adik ke satu temuduga. Tujuan tidak-utama-tapi-berada-dalam-agenda pulak ialah mandi laut...sambil piknik la. Lama rasanya tak merasa air masin laut. Lama tak merasa mata merah, tertelan air laut, kulit tanned dan poket seluar penuh pasir. Itu semua simptom normal post-mandi laut.

Alhamdulillah tercapai hajat kerana cuaca dan masa mengizinkan. Kami lepak di Pantai Sepat selepas shopping bahan2 makan/minum dan kerusi lipat. Angin laut kat sana bukan lagi sepoi2 bahasa....tapi angin 50km/h! Ok, probably aku hanya exaggerating di situ. But it was breezy all the way. I've seen cleaner beaches, tapi kira ok la kat sana daripada takde.

Big Boss behind the wheel~
Ke mana kite? Moh ke Kuantan~

The main purpose sebelum mengulor~

The passangers: sorang bosan, sorang excited~
Me, being part-time Colossus (X-men) stand in!
Spotted masa beli kerusi lipat. Bantal golek LV. Ada bran?~
Siap belaka, baru boleh ke pantai. Amik gambar pokok kelapak dulu~
Makan dulu sebelum terjun ke laut~
Makanan normal tepi laut; OTAK-OTAK~
Ok,nampak hangus,tapi isi dalam just fine. Presenting; SATA~
Big Boss + Mem Besar sedang bersantai~
First 'taste' of the beach~
Bagi feel lebih sikit dengan kemasukan pokok rhu~
Dugong2 jadian terdampar. Dugong sulung di belakang kamera~
They tried to build a sandcastle but i guess....
Pearly white...
Another scenery dari angle pokok kelapa bengkok~
Barisan bot nelayan. Tak keje aritu. Weekend kan =)
Orang tua pun teringin main pasir. Tgk apa aku sempat buat b4 balik~
Masa untuk balik. Plaza tol Gambang 5.55pm~
Demikianlah kisah rehlah kami ke Kuantan. Walaupun sekejap, cukup menggembirakan! On the way back, singgah di pasar malam Paya Pulai, Temerloh. Terserempak dengan ex-schoolmate.

"Hai..." dia tegur dulu. 

"Hai...saya (cakap dengan awek kena guna saya baru sopan =p~) dengar awak dah kawen. Betul?"

"A'ah. Dah tiga dah..." (bukan laki 3org, anak ye...) 

"Oooo...." ...dan perbualan sampai situ je sebab orang belakang dah marah kami block jalan dorang~

Jadi, motif aku keluar topik dan sampaikan cerita tu? Entah, mohon simpati, perhaps?!

Last, but not least.....


.....dalam kemeriahan dan kegembiraan, yang tersayang masakan bisa dilupakan. A self-made poscard for you!

Hingga pengembaraan yang lain. Take care.