Wednesday, April 27, 2011

Cari Jalan Keluar

Malam tadi aku melawat lagi daerah yang sunyi dan murung tu
hidup lagi rupanya...

Dengan secawan kopi panas, aku tenung dalam-dalam
apa lagi aku nak buat?
dihalau, tak mahu
diherdik, tak mahu
diajar, ditepuk, dilepuk, pun tak mahu
degil...

Jangan sampai kiamat sudahlah
aku pun nak merasa bahagia
hendak merasa hati penuh
teringin dilambung dan jatuh disambut
mengidam sayang dari kesayangan

Ambil kertas, aku lakar apa yang patut
cuba cari jalan keluar
kalau kena gaya, esok pun boleh selesai
salah gaya, makan bulan lagi,
jangan sampai tahun
jangan...


Dengar lagu, cari puisi semangat
ada, tapi lama-lama lupa
tengok tv, layan wayang moden
cari perspektif baru
ada, tapi kurang logik
kena langgar tak mati, kena tembak tak lut
haih...


Resah susah
Panas lemas


Sebab tu aku lebih suka tidur
mimpi lebih nyaman dari realiti
angan lebih jelas dari kenyataan


Zzzzzz.....

2 comments:

penulis entry=) said...

kinds of great words..

AlonGarcia said...

thank you for reading it!