Friday, April 22, 2011

Hal Jumaat Malam

Assalamualaikum...


Semoga anda dan keluarga anda berada dalam keadaan sejahtera hendaknya.
(pinjam ayat Hj. Zainal Ariffin,tv3)

Banyak hal...


Hal Satu

Last year kawan aku, Hadi ada organise ekpedisi panjat gunung di semenanjung Malaysia ni sebagai aktiviti luar pejabat dia. Dia memang kaki hiking. Banyak dah puncak yang dia tawan. Baru-baru ni dia share satu cerita menarik waktu dia mendaki satu gunung ni. Kumpulan kali tu ada ramai juga dalam 25 orang. So, sebab ramai, Hadi dah set beberapa checkpoint untuk berhenti rehat dan kira orang just in case ada yang ketinggalan. Kira-kiranya ada lima(5) checkpoints dari kaki ke puncak gunung. Jadi setiap perhentian ditepati sebagaimana dirancang. 

Waktu nak turun, hari dah petang sangat, jadi dari lima checkpoints dah jadi tiga(3) sebab dorang nak gerak laju sikit, hopefully sampai bawah sebelum malam. Everything went smoothly sampailah ke checkpoint terakhir. Macam biasa,lepas siap melepas lelah masing-masing, Hadi minta setiap anak buah dia kira kepala. So,sorang-sorang jerit dimulai oleh Hadi. "satu...dua...tiga..." dan seterusnya.Masalahnya bila di penghujung tu...."doploh tiga...doploh empat...doploh lima...doploh enam........ ".Hadi dah perasan ada yang tak kena, tapi tak ambil pot pun. Dia tak tahu anak-anak buah yang lain perasan tak. Korang perasan tak?

Baik-baik melangkah. Kot-kot ade yang mengikut...

Hal Dua 

Hal seterusnya terjadi semasa aku bekerja di sebuah hotel di ibu negara. Tapi bukan cerita akulah. Cerita rakan sekerja. Selalunya department kami, Finance, department yang paling sibuk. Maklumlah, heart of the organisation. Balik lambat sebab kena stay back tu biasa. Satu malam, kawan aku ni balik lambat. Aku dengan yang lain-lain dah lama blah. So, tinggal la dia sorang. Walaupun orang lain ada lagi, tapi itu semua kat lobi. Department kami ni jauh di bahagian belakang. Memang sebelum ni dah dikhabarkan, banyak hal-hal misteri yang berlaku, tapi kawan aku tak pernah kena, jadi dia tak ambil pot pun. Tapi 'rezeki' dia agaknya malam tu, mula-mula dia nampak kerusi kat workstation Cost Controller berpusing-pusing sendiri macam ada orang main-main kan. Walaupun sedar, dia buat 'dunno' je and acted cool. Dalam hati terdetik juga..."dia main kerusi la pulak..."


Tak lama selepas itu, 'gangguan' yang lebih dekat berlaku. Radio dekat meja belakang kawan aku ni, tiba-tiba je terpasang sendiri. Berderau darah dia bila dengar. Tapi dia rileks lagi, bangun pergi meja belakang, tutup dan cabut plug, pastu sambung kerja. Tak sampai 5 minit lepas tu, radio tu bunyi lagi. Ah, sudah! Plug dah cabut, mustahil sangat la boleh berbunyi lagi. So, tanpa berpaling ke belakang lagi,dia kemas-kemas apa yang patut, terus ciao.


Esoknya dia kena marah dengan bos sebab tak tutup lampu ofis =p~


Hal Tiga


Ini cerita zaman sekolah. Cerita yang diperturunkan dari satu ke satu generasi. Ada tournament ragbi di sekolah. Pada yang familiar dengan permainan ni, tiang ragbi bahagian bawah sekarang selalunya dibalut dengan protection, tak nak bagi player terlanggar @ berlaku kemalangan. Tapi, dulu takde. Biar macam tu je. Jadi di dalam satu perlawanan, ada seorang player terlanggar tiang ni dan patah tengkuk. Dalam keadaan nazak dan nyawa-nyawa ikan tu, ada seorang warden ni attended mamat malang ni. Mamat ni mintak air, "Water sir, water sir...." So, ada lah yang pergi ambil air nak bagi, tapi sebelum sempat bagi, mamat ni meninggal dunia.


Warden di sekolah kami dulu duduk di satu bilik kecil di blok hostel yang kami panggil kiub. Jadi warden yang tadi ni, lepas uruskan segala urusan berkenaan jenazah, malam tu dia duduk di kiub, jaga budak-budak lain. Tiba-tiba terdengar pintu kiub kena ketuk. Dah lewat masa tu, jadi pelik juga kenapa ada lagi budak yang belum tidur. Bila dia buka pintu, tergamam dia bila tengok ada makhluk dengan kepala terkehel dan berkata.....


"Water,sir...." ~~~~~~~~~~


(moral: minum air siap-siap sebelum main ragbi =p)

7 comments:

Budak Malaysia said...

Water sir...peh lame gile xdgr cite tu. thanks ko recall balik cite tu. hehehe...

Miss Dia said...

oh man........!!

scary~

AlonGarcia said...

budak malaysia,
klasik kan.budak star ke?

m.dia,
kena biasekan.bukan dah pindah level baru?nanti boleh share kat sini hehe~

Miss Dia said...

adeh..

banyak dah budak2 ni share...tp malas nak mikir. tak jadi kerja nanti.

tp the best part is, last time kitorg pernah wat OT dtg ari sabtu...ms tu kami stil kt tingkat 9. now tuka tgkt7.. then 2 of my staff turun guna lift. Surprisingly, sampai tingkat kami tuh (tgkt 7), tiba2 lift dia stop, and they found out mase tu jugak 3 other lift were open. padahal ari sabtu, mana ade org dtg kejer...and they keep wonder sape la yang gi tekan semua lift tu kan?

adeh adeh. *pengsan*

p/s: benda tu jd siang-siang buta. waaaaa :((

Budak Malaysia said...

Aku la bro, Azmi. sape lg yg dgn bangganya letak logo We Love You Arsenal. kekeke..

AlonGarcia said...

m.dia,
memang ade yang dah kena gaji tolong bukak pintu lif tu kot.senang sikit xpayah tekan2 button =p~

azmi,
la...ko ke.ingatkan siape.btw,feel sorry for gunners' predicament. wenger xleh degil.kena tukar polisi.

Budak Malaysia said...

Ape leh buat? dah begitu nasib kami. huhuhuhu..