Friday, April 15, 2011

Mistik Malam Jumaat

Assalamualaikum...


Dalam kebanjiran cerita-cerita seram yang dihasilkan penggiat seni lewat ini, hanya konsep saka dan ilmu hitam sahaja yang banyak di ketengahkan. Padahal, dunia mistik lebih dari itu.....(ok, sekarang imagine asap-asap berkepul dan bulan mengambang sambil anjing melolong - ambil mood)

Cerita I 

Disumberkan dari senior aku masa belajar dulu. Sekolah aku dulu adalah sekolah lama yang dah wujud lebih 50 tahun. Tapak asalnya apa, aku tak tahu. Mungkin hutan. Pelajar-pelajar silih berganti dan.....berbagai kisah dirakamkan. Ada satu blok lama dua tingkat di kawasan sekolah yang pada masa itu menempatkan makmal komputer di tingkat atas. Pada satu malam, kawan kepada senior aku ni nak ke makmal tersebut. Nak siapkan tugasan majalah sekolah katanya. Maklumlah, dulu mana ada laptop sana sini. Paling hebat pun pakai desktop, wordstar @ lotus 1 2 3. Blok ni masa malam gelap. Kalau ada cahaya pun, tempias dari lampu jalan sebab blok ni mengadap jalan. Jadi sebagai langkah keselamatan, selalunya kawan pada senior ni kira tangga nak ke tingkat atas. Takut tersadung atau salah langkah. Selalunya tepat 15 anak tangga memang dah sampai. Malam tu, macam biasa dia mengira. "1....2....3...." sampai 15 sambil menunduk membilang anak tangga. Dalam sedar tak sedar, mungkin asyik mengira atau simply tengah berangan... langkahnya berterusan meniti anak tangga ke-16, 17, 18......dan seterusnya. Lepas seketika, baru dia perasan, "Eh, kenapa tak sampai-sampai lagi ni?" Lepas dongak ke depan, mamat tu perasan dia tak sampai ke tingkat dua.....

...tapi atas atap!

Cerita II

Dalam tahun 90an, bagi yang mungkin masih ingat, negara kita dikejutkan dengan kehadiran gangguan, khusus kepada gadis-gadis sunti seluruh negara digelar 'Hantu Kum-Kum'. Alkisahnya, dikhabarkan makhluk ni bukan hantu tapi seorang perempuan yang mengamalkan ilmu hitam tapi menerima akibat kerana melanggar pantang, langsung wajahnya bertukar menjadi sangat buruk. Untuk memulihkan keadaannya, kononnya dia perlu mendapatkan darah 40 gadis sunti untuk mendapatkan kembali kecantikan wajahnya. Modus operandinya ialah, apabila dah kenal pasti rumah yang ada gadis sunti, pada waktu malam dia akan datang dan bagi salam..."Assalamualaikum Kum Kum...". Dari situlah dikhabarkan gelarannya bermula. 

Masa tu ramailah yang bercerita yang kononnya perempuan ni meronda-ronda di sekitar kawasan perumahan dengan Kancil Merah lah, pakai purdah lah dan tak kurang juga yang mendakwa beberapa jiran tetangga yang dah menjadi mangsa perempuan ni. Kemuncak dari mistik ini juga, dikhabarkan siap ada laporan akhbar yang mengatakan serangan ini sedang berleluasa. Aku pun tak pernah baca keratan akhbar tu. Tapi memang betul, sana sini orang kecoh pasal hal itu. Ironinya, ada yang mengatakan itu semua kisah yang diada-adakan untuk pastikan anak-anak muda masa itu, terutamanya perempuan, tak keluar malam. Asasnya sebab pada waktu itu gejala bohsia-bohjan, dan mat motor (dulu takde istilah rempit lagi) sangat berleluasa. Malah ada yang mendakwa, pihak kerajaan sendiri yang mengada-adakan kisah ini untuk mengekang gejala sosial waktu itu. والله أعلمُ بالـصـواب.

* saksikan Kum Kum The Series pukul 9.30 malam, Selasa, di Astro Ria (ch.104)

Cerita III

Masih segar dalam ingatan cerita yang disampaikan oleh pak sedara aku lama dulu pada aku dan adik. Kami menggelarnya pakteh. Suatu malam, pakteh ditinggalkan seorang di rumah kerana ibu ayahnya (atuk dan nenek aku lah tu) ke rumah jiran menghadiri kenduri. Dek kerana kerja sekolah belum siap, tak dapatlah pakteh ikut. Dalam asyik menyiapkan tugasan, tiba-tiba pakteh kata terdengar macam orang sedang basuh baju di bilik air. Buat pengetahuan semua, bilik air zaman dulu, kalau tak yang jenis detached (jauh sikit ke belakang rumah), adalah jenis yang attached dengan rumah tapi takde bumbung. Cuma ada dinding sahaja. Pada mulanya, pakteh hanya syak yang ada orang ceroboh masuk bilik air. Tapi, apa kes pula basuh baju malam-malam?Ah, sudah! 

Dalam takut-takut berani, pakteh melangkah ke bilik air nak 'cekidout' apa/siapa sebenarnya di bilik air. Pakteh kata berderau darahnya bila tengok ada seorang perempuan tua pangkat nenek tengah bercangkung dan memberus kain, membelakangkan muka pintu. Merapati pintu, pakteh beranikan diri tegur nenek tu. "Wan...(gelaran nenek belah sini), buat apa tu?" Orang tua tu tak menjawab, berterusan memberus, malah lebih beria lagi. Pakteh ulang tanya, "Wan buat apa tu?Kenapa membasuh malam-malam?" Sempat mengerling kepada kain yang diberus, melompat rasa dada pakteh bila nampak kain tu lejut(kuyup) dengan darah. Pakteh kata dia gosok-gosok mata tak tahu betul ke tidak apa yang dia tengok. Bila tengok sekali lagi, kain tu ok je. Mana ada darah!

Pakteh kata, tak lama lepas tu, nenek tu berpaling pada dia, tunjuk kain. Pakteh menjerit..........
.
.
.
"INILAH KEISTIMEWAAN BREEZE!" 

...tu dia, breeze dapat iklan free. Kami pun adik beradik terkulat-kulat kena tipu dengan pakteh~

4 comments:

Miss Dia said...

igt tadik nak baca sampai habis. tibe2 rase cam semacam..hahaha...so kensel la. sok2 je la bace entri anda ini...

haishhh~

AlonGarcia said...

ala,bace la dulu.ni teaser sebelum karak-laluan puaka keluar...hihi~

Miss Dia said...

meremang kut bulu roma sy mase bace pasal kire tangge tuh..adeh...

AlonGarcia said...

elakkan kira tangga.takut xsampai-sampai.huhu~