Friday, May 06, 2011

Cerita Pasal Hantu

Assalamualaikum.....



Dalam dunia moden dan penuh dengan kemajuan teknologi, kita masih lagi tak dapat menghindarkan minda dari dimomokkan dengan hal-hal mistik... 

...jangan kata aku tak bagi amaran!

Lori Hantu

Kebanyakan jalan di Malaysia ni dibina selepas pokok ditebang, hutan diterang, bukit ditarah dan banjaran ditebuk...yang asalnya bukan tempat kita. Maka tak hairan kalau ada  penunggu yang masih tinggal dan kekal di tempat asal, mengganggu manusia yang menceroboh tempat mereka! Di awal tahun '70an heboh tentang kes ini. Sebuah kereta memuatkan seisi keluarga dalam perjalanan ke utara. Tiba di satu tempat, kelihatan sebuah lori yang berjalan perlahan. Mahu tak mahu, kereta tu terpaksa membontoti lori tersebut kerana kehadiran kereta-kereta dari arah bertentangan yang bergerak agak laju. Selepas beberapa ketika,si ayah yang bawak kereta dah tak senang duduk, masih lagi mencari peluang untuk memotong. Masalahnya, bila saja dia cuba untuk memotong, lori itu bergerak laju seolah-olah tak mahu dipotong.


Perkara itu berlaku beberapa kali sehingga akhirnya, si ayah yang sudah geram, nekad untuk memotong sampai boleh kali ini. Pada kesempatan yang dirasakan sesuai, pedal minyak ditekan rapat ke lantai. Dengan rasa yang marah, sewaktu melintasi kepala lori itu, sambil membunyikan hon, dia memandang ke arah pemandu lori tersebut. Alangkah terkejutnya dia bila didapati, lori itu tiada pemandu!


Dan esoknya terpampang di dada akhbar, satu keluarga terbunuh dalam kecelakaan jalanraya.


Hantu Duplicate!

Cerita ni terjadi pada seorang kawan aku. Sewaktu cuti semester, dia lepak rumah abang dia. So, satu pagi tu, on weekdays, macam biasa time dia layan tv kat hall yang membelakangkan pintu utama. Mula-mula kakak ipar dia dulu keluar. Abang dia keluar lambat sikit pasal tempat kerja pun lain-lain. So, bila abang dia turun, abang dia cakap "abang gi kerja dulu..." Dia tak pandang pun, tapi balas..."ok"


Tengah syok tengok tv tu, dia dengar orang turun tangga. Tapi dia tak ambil pot pun pasal tengah layan tengok tv. Sekali lagi dia dengar...." abang gi kerja dulu...". Dia pun jawab la.." ok" lagi sekali, dan dengar pintu kena tutup. Pastu, lepas beberapa saat, baru dia perasan. "Eh, bukan ke abang dah keluar tadi...yang keluar tadi siapa?"


Cepat-cepat dia pakai lebih kurang terus cabut....~


Hantu.....           

Kisah ni terjadi sewaktu aku duduk rumah sewa di satu daerah ni. Dalam rumah ni, kami berempat. Satu weekend tu, dua orang daripada kami balik kampung. Jadi tinggal kami berdua. Malam tu kawan aku ni keluar. Aku pulak takde plan so duduk rumah je la. Boring punya pasal, aku tutup lampu, masuk bilik dan terus tidur.


Tengah malam tu aku terjaga sebab terdengar bunyi-bunyi dari arah dapur. Aku tengok tempat tidur kawan aku, kosong. Means dia belum balik. Ah, sudah! Siapa pulak kat dapur? Kalau bukan perompak, sah.....


Tak lama selepas itu, hidung aku menangkap satu bau. Alamak, ni yang lemah malam-malam ada bau-bau pulak ni. Dalam berani tak berani tu, aku perlahan-lahan melangkah ke dapur, sambil di tangan tergenggam raket badminton yang aku sempat capai. Bunyi-bunyi di dapur tadi tak reda malahan semakin galak. Selepas mengumpul kekuatan dan semangat, aku sergah apa juga yang ada di dapur tu...


"Woih! ko ni buat orang terkejut je. Kalau nak join sekali cakap la, ni main sergah-sergah lak.."


"La, mana aku tahu ngko. Tula, makan durian tengah-tengah malam. Mana orang tak suspek. Dah, bak sebijik..."


Tu dia, hantu durian =p~

No comments: