Thursday, May 05, 2011

Cara Bazir Duit

Assalamualaikum.....




Aku bukan orang yang 'ahli' untuk bercerita tentang pengurusan kewangan. Walaupun  seorang accounting graduate, being prudent mungkin, tapi tidak 100% praktikal atau sempurna. Tapi apa nak kisah kan, apa salah berkongsi a tip or two pasal benda yang boleh jadi panduan semua =)

Dalam kehidupan kita seharian, kalau korang sedar, banyak sebenarnya ketirisan(leaks) yang berlaku pada wallet dan purse masing-masing. Selalunya kita overlook small changes or petty cash  yang ada pada kita padahal yang sikit tu, kalau kumpul-kumpul boleh jadi banyak kan?! Jadi benarlah kata orang 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit 'tu. Jom kita tengok apa contoh-contoh ketirisan yang kita dah buat!

1. Keluar duit kat ATM bank lain

Biasanya kita kalau nak shopping, mesti dah sampai malls barulah nak cari ATM warna kuning. Pastu kena beratur panjang pula. So, sebab malas beratur, kita resort to guna ATM yang warna merah. Nasib ada MEPS! Tapi harus diingat bila kita guna servis interbank giro ni, walaupun charges nya sikit, dalam singgit atau dua ringgit, tapi masih lagi duit. So, advisable kalau kita keluarkan duit siap-siap kat bank then tak perlu sibuk nak beratur.

2. Perihal kereta 

Sekarang kan isu petrol ni sensitif sikit. Tapi masih ada yang isi RON 97 (walaupun mahal nak mam...) instead of RON 95 yang biasa. Ada yang kata takut kereta cepat rosak. Hal itu aku kurang periksa, tapi tak salah kalau tanya orang yang expert sama ada boleh atau tidak guna petrol regular. Pasal tayar pula, kadang-kadang asal boleh jalan, sampai nak kiamat la baru isi angin balik. Tayar yang well inflated akan pastikan best petrol per milage. Hal minyak hitam  (engine lubricant) pula, selalunya best practice: lepas 5,000 km kena tukar. Tapi apa salahnya stretch sikit sampai 7,000 km @ 10,000 km for optimum use. (disclaimer: do check with your mechanics dulu. Nanti salah aku pula kereta korang rosak =s)

3. Cuppa 

Kalau korang ada habit selalu berkunjung ke stabak, enche Dome atau mamak hanya untuk menikmati secawan kopi atau teh, di situ dah banyak ringgit anda terbazir. Let say kalau anda invest untuk coffeemaker atau belajar buat air sendiri yang sedap (jangan harap mak aje!), kat situ dah boleh save. Malah lebih terjamin kebersihan dan kualiti~

4. Gi shopping grocery tak bawa kalkulator

Mungkin tak cool bawa kalkulator gi shopping. Either nampak berkira atau nampak cheapskate (sama la tu). So kita lebih suka leisurely walk around kedai runcit atau hypermarket dan main sumbat je barang-barang dalam troli. Aku dah try cara ni. Lebih kurang dan lebih baik daripada prepare shopping list. Maklumla, barang-barang sekarang kan banyak yang jenis RMx.99. Kalau masuk 10 barang dah tergeliat otak nak congak. Kalau bawak kalkulator, bukan aje korang boleh monitor expenses, tapi boleh juga elak 'bajet lari' come end of month sebab overspending. Ala, sekarang kan handphone ada calculator function, tak perlulah bawa kalkulator saintifik SPM korang!

5. Beli apa yang tak digunakan

Senang cerita, subscribe cable channels tapi tak tengok selain EPL (aku la tu), langgan monthly magazine tapi tak baca pun, jadi gym member tapi tak pergi. Kalau korang tergolong antara seperti yang di atas, maka lebih kurang korang bersedekahlah pada service providers tu. Baiknya! Jadi tiba masa untuk trim your expenses by evaluating apa yang korang perlukan, boleh beri komitmen, dan apa yang korang tidak perlukan. It will save you some extra cash for something more beneficial.

6. Belanja ikut hati

Kata orang putihnya, impulse purchase. Asal nampak nak beli, pastu terus beli. Kalau pergi satu kedai OK lagi, tapi kalau dah masuk 20 kedai, nak beli semua? Itu kalau satu kali, cuba pergi malls lima kali seminggu, mau tak bankrap?! Praktis yang terbaik, apa kata korang usha dulu, then compare harga dengan tempat lain, cuba tawar-tawar harga. Lepas tu balik, and sleep it over. Fikirkan kalau betul-betul korang perlukan barang tu. Kalau perlu, beli lah. Kalau tidak, mungkin boleh beli lain kali when the need arise again.

7. Makan di luar terlalu kerap

Kalau korang jenis yang suka makan di luar atau yang type asyik telefon mcdelivery, itu adalah resepi untuk menyusutkan akaun bank dan wallet korang. Tak cukup dengan itu, sekali makan mesti nak Scampi Shrimp Pasta Tony Roma's @ KRs' quarter chicken. Nak tempat yang kelas aje. Apa salahnya belajar masak dan practise simple recipes untuk makan sorang. Paling tidak pun at least untuk breakfast. Make self-made sandwiches dan bawak 3-in-1 ke ofis daripada beli kat kedai atau gerai setiap pagi. Record the saving and you'll know how much this petty money will benefit you for something else that more appropriate.

8.  Procrastinating

Boleh beli barang murah masa YES atau di kala raya menjelang. Nanti dulu sebab undecided. Boleh invest for future on savings and properties. Nanti dulu sebab nak tunggu timing yang lebih sesuai. Last-last masa berlalu dan kita tak start apa-apa atau ambil peluang yang tak datang dua kali. Siapa rugi? If the time fits and right, don't waste your time on pondering whether to proceed or not. Ambil aje peluang yang ada dan get the best value for your money. Terutamanya dalam hal simpanan. Simpan seawal mungkin dan akan datang, korang akan nikmati hasil disiplin yang tinggi dalam menyimpan.

9. Jadi pelancong yang tidak bijak

Ini relevan pada yang suka berjalan-jalan. Gi melancong masa peak period. Tak book bilik penginapan atau penerbangan in advance. Tak rajin check kat internet atau iklan for best deal available. Itu adalah antara contoh-contoh yang boleh keluarkan lebih banyak ringgit dari poket. Jadilah pelancong yang fleksibel. Pilih tarikh atau masa yang offer best rate for air fare and accommodation. Look for best possible deals from the internet and various advertisement channels. Mesti ada yang terbaik dan lebih jimat dari common prices. Last but not least, bercutilah dalam Malaysia. Macam-macam ada hehe.

10. Jadi kelam kelibut (baca: kelam kabut)

Bil dan resit bersepah-sepah. Tanggungan bulanan macam duit kereta, maintenance  charges rumah dan insuran lupa bayar then kena penalties or additional interest. Semuanya lupa, lupa, lupa. Semua serabut, serabut, serabut. Apa salah jadi organise sikit. Buat jadual pembayaran every month. Set up automatic bill payment and salary deduction for saving and dues. Monitor accounts balances and keep all receipts and bills for future references and for record. Dengan cara ini, kita boleh nampak ke mana duit pergi, berapa yang keluar dan berapa yang tinggal. Over time, kita boleh adjust perbelanjaan mengikut masa dan kemampuan.

Susah-susah sangat try gi Mint.com untuk pengurusan wang yang lebih teratur dan bijak!

 

5 comments:

Syahizwa's said...

terasa i..! haha ;p

AlonGarcia said...

ala,janganla cakap mcm tu.untuk renungan bersama...truly~

Miss Dia said...

1. Keluar duit kat ATM bank lain - kadang2 bila terdesak bru buat.

2. Perihal kereta-tayar tu selalunye sgt malas nak pump...herkk~

3. Cuppa-i prefer my own nescafe susu better than anyone else. oh tibe2 cam nak menunjuk..haha

4. Gi shopping grocery tak bawa kalkulator-mmg tak bawak coz usually i calculated on my own. guna cara genap2 kalau ade .99 kt blakang.

5. Beli apa yang tak digunakan-i may considered myself as stingy. sebab selalu nya sgt berkire kalau nak membeli. tp kalau dh jmpe bende berkenan, terus rembat jer.

6. Belanja ikut hati-oh tidak. org kate belanja la ikut kemampuan. ukur baju di badan sendirik.

7. Makan di luar terlalu kerap-ini berlaku bila time gaji banyak. i mean bila gji mula2 masuk..hahaha

8. Procrastinating-i dont prefer sales. sebab i hate crowds n long queues. malas nak berebut dan bersesak2.

9. Jadi pelancong yang tidak bijak-dah lama tak melancong. eh salah. tak pernah melancong pun since im working.

10. Jadi kelam kelibut (baca: kelam kabut)-usually before gaji, i drafted all the expenses and savings. receipt mmg tak simpan. but i prefer to pay all the expenses using banking online. its hassle free. and we can trace back all the transactions easily.

anyway, good entry tho. its kind of eye-opener for those who hard to manage their financial wisely. ;)....keep up the good work...

AlonGarcia said...

miss dia,
wa dasat betul komen by points.the longest i've ever had!well, i ambil dari 1 artikel then olah skt sana sini.utk renungan bersama.thanks~

Miss Dia said...

haha.. tu tandanya banyak masa terluang assif ;)

tak panjang pun. just copy paste je =)