Sunday, March 27, 2011

Idea Gathering Terbaik!

Assalamualaikum...

Rindu rasanya nak jumpa kawan-kawan lama. Tapi apakan daya, sekarang tak serupa dulu. Dulu zaman ramai yang masih bujang dan belum banyak komitmen, senang nak berkumpul. Sekarang zaman masing-masing dah ramai yang berkahwin dan kena bagi keutamaan pada keluarga dan kerjaya. Jadi faham sangatlah kalau ada usaha-usaha gathering yang tidak mendapat sambutan atau menemui kegagalan. Understandable.

Tapi tulah. Friendship ni macam pokok. Perlulah dibaja dan disiram selalu kalau nak subur. Kalau tak nanti mati. Lama tak jumpa nanti takut nama pun dah tak ingat. It's an effort that seems less important today but yet could be larger than life in the future. It depends.
Tapi untuk 'adik-adik yang baru nak naik' (macam ape je statement ni), di sini ada beberapa idea yang boleh korang consider untuk next gathering korang...

1) Mamam sambil chatting - face to face!


Kalau zaman belajar dulu asyik makan megi je @ makan gerai tepi jalan je, apakata bila masing2 dah start keje and dah earn own pocket money, ajakla kawan2 sekali sekala ke boutique restaurants or the same kind untuk makan2. As per picture above, ini Garden Lifestyle Store & Cafe yang terdapat di One Utama dan juga The Curve. Ambience nya menarik, pretty exclusive and sesuai la untuk gathering sambil borak2. Memang 'rege' foods & drinks kat tempat mcm ni a bit above average, tapi sekali sekala try apa salahnya kan.


Where to eat: Bubba Gump Shrimp, Italiannies, T.G.Is Friday.
Ideal no. of gang: 10 - 15 persons
Rating kegembiraan: 6/10


2) Mari golekkan bola berat!


For those yang competitive and need some games to warming up the cold friendship sebab lama tak jumpa, why not try bowling. Sekarang ni bowling dah widely accepted dan rata2 di mana2 pun dah ade bowling alley esp. di shopping malls. To make this game fun apakata kumpul2 sampai cukup buat at least two teams, then compete la with each other. You can have good banter over who's the best team. OK maybe adela yang 'lubuk' (tak pandai main) tapi tak kisahla coz' semua ni for fun aje kan. Tak mahal sangat la game ni. For around RM15 nett dah boleh dapat main 2 games and sewa kasut. Jangan lupa bawak stokin!


Where to play: Pin Junction, e@curve Damansara - Cosmic Bowl, Midvalley Megamall.
Ideal no. of gang: 12 - 20 persons
Rating kegembiraan: 6/10

3) Nikmati keindahan semulajadi!



Kalau korang bercadang untuk sesuatu yang more extensive dan aktiviti yang melebihi satu hari; go camping. Thankfully, di Malaysia ni masih banyak hutan simpan & tempat2 yang sesuai untuk enjoy the nature di samping enjoy the friendship too. But of course kenala plan betul2 supaya perkhemahan korang tak jadi nightmare pulak. Bahagi2 lah tugas, ada yang in charge pasal 'soru', yang in charge pasal khemah etc. Nak lagi syok, berkhemah la tepi jeram atau hutan-hutan lipur berdekatan. Facilities ada dan lepas penat2 pacak khemah, boleh 'keceburrr' berendam dalam air jeram yang segar dan dingin. Belah malam, korang plan la main game 'Raja Botol' ke (do inquire on this), main gitar nyanyi ramai2 @ simply borak2 imbas kenangan2 lalu. Sure heaven!

Where to camp: Nusa Camp, Taman Negara, Pahang - kaki Gunung Ledang, Johor.
Ideal no. of gang: 8 - 10 persons
Rating kegembiraan: 9/10 (subject to good location, good company)


4) Berendam!



Again, main air! Hal2 yang melibatkan air ni memang seronok. Nak2 lagi air yang bergelen-gelen dan tak putus2 mengalir. Apa yang seronok pasal water theme park ialah selain boleh berendam macam badak air, adalah the adrenaline-rush rides! Macam toboggan ride, water slides and surf beach. Lebih sesuai kalau untuk boys party jelah untuk ini sebab rasanya girls segan sikit kalau kena basah2 ni. Correct me if i'm wrong!


Where to get wet: Sunway Lagoon (duhh~) - Bukit Gambang Resort City, Pahang.
Ideal no. of gang: 4 - 6 persons
Rating kegembiraan: 7/10

5) Be Beckham wannabe!


OK2, mungkin ini agak unusual. Tapi why not kalau sekali sekala dalam ber'gathering', buat aktiviti sihat sikit. 2 in 1. Memang this kind of game often dikaitkan dengan lelaki tapi if you still don't know, perempuan pun dah steadily involved in this game. So, untuk gathering yang scale besar sikit mungkin boleh buat tournament. Form teams and play your part. Maybe yang perempuan boleh jadi pom pom girls & cheering for the guys. Yang lagi best, boys, show your best skills and who knows you can win admirers in the process!

Where to play: Any futsal courts all around the country - namely Sports Planet franchise.
Ideal no. of gang: 10 - 20 persons
Rating kegembiraan: 6/10

6) Mari memanggang!


"Grilling means good times, good friends and hopefully, great food" - Brian Flay. Rasanya petikan itu tepat sekali menyimpulkan satu BBQ party! Kumpul ramai2, panggang ayam, daging, sotong, udang dan segala jenis hidupan yang diperap beforehand, coupled with chilled barbican ke, tambah side dishes macam coleslaw @ potato salad, chilli corn carne...wall'ah! Korang akan dapati satu party yang bersahaja, mingle2 dengan kawan2 lama sambil bertukar-tukar perkembangan masing2 dan...kenyang! Tapi make sure ada yang pandai hidupkan api arang tu...*peace*

Where to grill: belakang rumah, tepi pool, mana2 yang open air spaces.
Ideal no. of gang: Unlimited
Rating kegembiraan: 10/10 (ultimately sebab perut kenyang, hati senang~)

7) Adventure di arus ganas!


Calling all adrenaline junkies, let's try white water rafting! Ok2 aku mengaku ini datang dari keinginan aku yang ingin mencuba. Mungkin tak semua yang favour this kind of activity due to its challenge and...ia tidak kering. Tapi pada aku ia satu aktiviti yang boleh menguatkan brotherhood dan the friendship itself. Bersama-sama menentang arus, tolong menolong navigating the raft thru' rocks and all kind of hazards along the trip, symbolising semangat kekitaan menempuh hidup yang penuh pancaroba...ewah. Aku rasa mungkin seronok. Korang?Ce try test...


Where to rafting: Sungai Tembeling, Pahang - Sungai Sungkai, Perak.
Ideal no. of gang: 6 - 8 persons
Rating kegembiraan: 7/10

8) Lepak di pantai!


Untuk yang gemarkan gathering dari kalangan kawan2 rapat sahaja tanpa hingar bingar keadaan dan keserabutan kota, mungkin boleh try yang ini - lepak di tepi pantai time malam. Ajak close friends, bawa satu tikar, prepare simple foods macam sandwiches dan seumpama, pasang slow music from your mp3 dan lepak tepi pantai sambil ditemani cahaya bulan, bintang2 dan angin laut sepoi2 bahasa. Syahdu kan?! Sambil tu boleh la main 'truth or dare' just for fun @ just borak2 pasal impian hidup hadapan korang. If you're lucky, kalau nampak shooting star, boleh terus make a wish or two, may all your dreams come true. Kalau takde pun..."can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars" (Airplane - b.o.b ft. Hayley Williams).Hehe~

Where to bersyahduan: Pantai Cenang, Langkawi - Pantai Cherating, Kuantan.
Ideal no. of gang: 4 - 5 persons
Rating kegembiraan: 8/10

9) Tak puas hati? Jom menembak!


Kalau agak2 ade dendam lama belum kasi settle dengan kawan2 lama, aku cadang korang consider cadangan ini - Paintball! Ini kira cara paling selamat la kalau nak berperang sebab  memang takde peluru hidup yang terlibat. Cuma akan messy (kena cat) dan lebam2 la sket kalau silap kena tembak. But it's all good in the name of having fun with a bunch of old friends and rekindling the good, old memories with each other. Cumanya, game ni rasanya tidaklah mesra-kos sebab untuk sekali main kena invest around RM100++ untuk beli paint pallets dan sewa attire, goggle dsb.


Kalau tak nak yang ini, korang boleh try yang ini pulak...




Main laser tag! OK, pada yang tak tahu pasal ni, let me story mory. Dulu2 kat The Mines, ade satu game namanya Laser Quest. Elemennya serupa macam paintball, minus the paint dan ia dimainkan indoor dalam tempat yang macam maze. Pistol korang akan keluarkan light beam , yang kalau kena orang lain, akan disable your opponent unit for a few seconds. Konfius kan? Senang cerita apa kata korang gi sendiri and check it out. Sekarang kat The Mines dah tak ada. Dah tutup. Try tengok kat Midvalley Megamall atas nama Galactic Laser, wing yang opposite GSC.


Where to paintball: TTSport Park SB, Subang - Mudtrekker Paintball Park, Kuang.
Where to tagging: Galactic Laser, Midvalley Megamall.
Ideal no. of gang: 10 - 12 persons
Rating kegembiraan: 9/10
  
10) Kayakan mamak!



Andailah korang malas sangat nak merancang tapi nak sangat get together dan buat bising, ni aktiviti paling 'busuk' (read: least) korang boleh buat - lepak mamak sambil tengok bola. Memang dah jadi Malaysian habit, lepak kedai mamak is almost a must tiap-tiap minggu. So, nak2 lagi kalau masing2 kaki bola dan sukakan suasana yang bising sket bila orang sorak2 (tengok bola kat rumah boring sebab sunyi sorang2) Sambil makan roti canai, minum teh tarik @ milo tabur, bolehlah tukar2 cerita @ taburkan pula gosip2 murahan yang korang terbaca. Yang penting, gathering jugak kan?!

Where to mamaking: bersepah di merata-rata Malaysia. Tapi cari yang bersih!
Ideal no. of gang: Unlimited (lagi bising lagi bagus)
Rating kegembiraan: Bergantung pada team sokongan menang ke kalah =p


eh, ada lagi?


11) Bergolek-golek di padang!



Ini mungkin agak baru tapi rasanya worth untuk dibawa kepada perhatian korang. Nama aktivitinya adalah 'Zorbing'. Korang akan dilekatkan dalam satu bola plastik dan digolekkan menuruni bukit. Untuk lebih thrill lagi, boleh isi air dalam bola tu pastu golekkan jugak dan korang akan berasa macam duduk dalam mesin basuh! Untuk setiap bola, boleh masuk dua orang. Sangat sesuai kalau datang dengan kawan2, golek2 pastu keluar dalam keadaan ting tong =p 


Where to zorbing: MAEPS, Serdang - Gemas Golf Resort, Negeri Sembilan.
Ideal no. of gang: 8 - 10 persons
Rating kegembiraan: 8/10


Sebenarnya banyak lagi idea gathering yang boleh dipertimbangkan. Cuma bergantung kepada niat dan apa hasil yang dapat dari gathering itu. Ada yang nak fun, seronok2 dan borak2 kosong je. Ada juga yang nak strengthening ties dan kuatkan network with each other. Ada pulak yang tengok2, kot2 boleh buat calon isteri/suami. So tepuk dada, tanya selera which is the best. Asalkan stay true to lunas dan batas kemanusiaan, OK lah tu.

"Don't walk in front of me, I will not follow...Don't walk behind me, I will not lead...Walk beside me and be my friend..." - Albert Camus.

2 comments:

Hatipecah said...

italiannese mahal~ org kaye jer mampu makan situ :P

AlonGarcia said...

m.wasabi,
mmg mahal sket.tapi last time sy pegi,portion agak byk.so satu serving boleh la share 2,3 org.ikut appetite~