Monday, March 28, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa; KRU studios rock!


Assalamualaikum...

Sana sini rasanya orang2 di Malaysia berkata dan sok sek pasal filem ini.....
.
.
.
.
.
Kejap....ini takde kena mengena dengan video tutt tu... =p~
Tapi yang ini... =)

Hikayat Merong Mahawangsa - 2011


Aku berkesempatan menyaksikannya dengan adik aku dalam minggu lepas. Aku pergi pun atas dua sebab:-

1) Ambil pengalaman menonton satu lagi filem epik dengan kos 'multimillion' selepas Puteri Gunung Ledang...

2) Tolong Yusry/KRU studios sekurang-kurangnya balik modal supaya dapat hasilkan lagi banyak produk2 berkualiti di pasaran...=p

Dan seperti biasa, sebelum aku pergi menonton, aku cuba baca seberapa banyak 'film review' dulu. Kalau rata2 kata OK, aku pergi. Kalau tak....

Kebetulan pula dalam The Star minggu sebelum tu keluar review dalam segmen 'Weekender' oleh Fiona Oh (fiona@thestar.com.my). Aku menonton filem ni sebagai anak Melayu dan orang Malaysia yang tak biasa tengok hasil tempatan yang gah. Sama ada gah pada bajetnya atau skala pembikinannya (Yusry ambil masa 2 tahun setengah siapkan filem ni!) itu korang tentukan sendiri. Tapi yang nyata ia satu usaha berani untuk mendidik penonton supaya membuka minda dan idea untuk pergi lebih jauh dari sekadar meminati genre seram, komedi @ romantik komedi yang dah banyak sangat di pasaran.

Aku pun tak perlu kot cerita panjang pasal ni sebab banyak lagi review yang lebih mantap dari aku punya. Tapi izinkan aku berpendapat seadanya berpandukan review yang dibuat oleh Fiona Oh dalam The Star hari tu.

Fiona Oh(FO): Every guy's dying wish - to be comforted by a pretty girl and a guy in a really bad wig. No? 

AlonGarcia(AG): Fiona referring kepada rambut palsu yang dipakai Rahim Razali yang bawa watak Kesum. Memang pada mulanya nampak pelik sikit (mungkin sebab terpengaruh dengan pendapat Fiona) tapi setelah banyak babak menampilkan Kesum, wig tu nampak sepadan la dengan watak dan seniority Kesum.

FO: For all his charms and charisma as Merong, Rahman Hughes is basically a Captain Jack Sparrow wannabe who occasionally spouts ancient Malay. The thing is, the man can act but he is not eloquent in the language.

AG: Stephen Rahman-Hughes is an English first, Malay 2nd. Bagi orang yang memang tak cakap Melayu hari2, he did a pretty decent job. Apalagi kena cakap bahasa Melayu lama yang banyak 'bunga' dan lenggok tersendiri. Selain dari satu scene yang kantoi sikit, lain2 tu ok je aku tengok.

FO: A more engaging female presence in the film would be Jing (Lusi), who lights up the screen as the fiesty, multilingual princess. 

AG: Tak dinafikan watak tuan puteri China Meng Li Hua oleh Jing Lusi berjaya mewarnai HMM. Mengetahui yang dia tak pernah berbahasa Melayu, agak terkesima la tengok dia berbahasa dengan fasih.Plus, she's quite a stunner too.

FO: HMM's saving grace lies in its action scenes. Thanks to Jackie Chan's stunt crew, the fight scenes are actually quite good.

AG: I second that. Secara kasarnya fight scene dan suasana perang tu nampak logik. Tapi too much la kalau nak compare dengan fight/battle scene dalam Braveheart @ Saving Private Ryan kan. Cumanya, kalaulah extra2 tu badan tough2 sikit, nampak lebih cantik la agaknya. Nampak kering sangat la.Huhu.

FO: In fact, most of the cast speak with rhetorical flourish, including the narrator, who punctuates the film every now and then with his super-sluggish commentaries.

AG: Selepas meneliti lebih lanjut beberapa pendapat termasuk Yusry dan penulis skrip HMM, dialog2 dalam cerita ni sebenarnya telah 'diringankan' supaya orang2 kebanyakan macam kita boleh memahami dan tampak lebih komersial. Sebab tu katanya kena adjust sampai 17 kali. Bahasanya cukup indah dan kena pada tempatnya dan dah tentu orang akan paling ingat tentang pantun Lang (ibu Merong) yang akhirnya menjadi kunci tamatnya cerita ni. Pasal narrator tu, aku no komen sangat. Memang intonasinya berbunyi pelik tapi tidaklah aku kata macam malas. Mungkin nak style sikit kot?!

Macam tu la sedikit sebanyak yang boleh diperkatakan. Keseluruhannya, kudos la kepada KRU studios kerana mengadakan filem sebegini kerana bukan saja boleh mengangkat sejarah tamadun Melayu, tapi juga satu suntikan yang unik ke dalam industri perfileman yang semakin berkembang.

So, rating Exit810 bagi: 3.5/5. Cukup Yusry? =)

*Karak - Laluan Puaka coming soon - May 2011

4 comments:

Syahizwa's said...

jeles!
saya jgk yg masih belum nonton..!
inilah padahnye menunggu org..knp la saya tk pegi weekend lepas tga boring2 xbuat ape? nti pas keje redah je laaaa..eheh.

smgt pulak bile bace ribiu kamu ;p

Miss Wasabi said...

oh Mai!!

Karak Laluan Puaka???

Tidak sama sekali daku akan menontonnya!!

hahahhaa~

Kompem tak balik kampung nanti...

llaalalalal~

p/s:evry now n then, people keep talking about merong mahawangsa. tah bile nak jejak kaki g cinema lagi. last time i watched movie adalah inception..giler lame~

secretleaf said...

for me, good effort but there's a lot of room for improvement.

::aLoNGarCia:: said...

syahizwa,
tgk jgn tak tgk tau~

m.wasabi,
u're trip back home will never be the same again.hehe.

bie.adorable,
i can't agree with u more~