Tuesday, September 28, 2010

Spouse/Partner/Soulmate

Salam...

Kerap aku dapat jemputan kahwin kawan² yang dah sampai seru dulu, akan tertulis begini pada bahagian 'fill in the blank with correct answer'...

Dato'/Datin/Encik/Puan        ALONGARCIA & PARTNER           

Selalunya aku jadi bingung siapalah yang aku nak angkut sebagai 'partner' aku. Bukan xboleh nak pergi sorang, tapi kureng sikit la sebab nasi minyak ni shiok kalau layan berdua. Kalau mengantuk otw back from kenduri tu, boleh la layan borak dengan 'partner'. haha, serius konkrit reason aku. 

Jadi yang selalu jadi mangsa(bukan mangsa pun, best ape dapat makan free.paling² kuat pun kena jadi photog x bergaji)  kalau tak kawan karib aku, adik² aku @ aku 'colek' la mana² gadis yang sanggup jadi 'partner' sementara aku.   

Tadi aku terjumpa quote ni dari sorang kawan laman web sosial di profilnya:

'God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go.'

It's always a NO for 'Ada jodoh ada lah'!!!!

I second that. Macam some sort of wake up call la. Betapa sebenarnya kita ditakdirkan bertemu dengan sekian² orang, tapi atas usaha kitalah untuk mengatur perjalanan perhubungan seterusnya. Memang ramai je 'orang baru' yang aku jumpa, berkenalan dan keluar dating, tapi selepas sedikit perkembangan yang tidak memberangsangkan, i simply let go. Cepat give up. 

 Alkisahnya, aku dah serik menghancurkan hati sendiri untuk orang yang tidak sudi @ nampak xsudi. Jadi lately aku dah tak reti macam mana nak buat buat bodow & buat xpaham dengan awek² yang jual mahal. Dan paling menakutkan, skill mengayat aku is gradually moving downward. Nak buek camno???

Sekarang aku mengambil sikap 'wait and see' sebelum memulakan langkah lagi. Aku sedar, aku memang dah sampai masa untuk ke jinjang pelamin. To date, aku dah immune dengar soalan 'bila lagi' everytime aku attend wedding kawan² or jumpa sedara mara. Aku layankan aje. Yelah, buat apa nak emo². Sekurang-kurangnya mereka mengharapkan sesuatu yang baik untuk aku.

For the one who would be mine finally...tunggu abg.jangan main jauh². =p~

p/s: jatuh suka...pada first sight : selalu 
        jatuh cinta...bila dah kenal   :kadang-kadang
        jatuh sayang...bila melihat ke matanya, kita jumpa bahagia  : jarang

Later...~ 

4 comments:

Miss Aidan said...

Qoutes dr seorang blogger yang pernah saya baca satu masa dulu.

Ada benar dengan setiap patah perkataan yang dia hujjah kan disini.

ayat yang betul-betul buat saya terfikir adalah , "JODOH itu RAHSIA ALLAH..." =)

Sabarlah, suatu masa nanti kamu pasti akan bertemu jua orang yang betul-betul kamu selesa untuk bersama selamanya.

Doa banyak-banyak yer.

Tuhan itu punyai perancangan yang kita sendiri memang tak ketahui apa-apa.

Sebahagian dari kata-kata blogger itu saya titipkan bersama disini,

"Jodoh itu rahsia Allah.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki...."

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Surah ke 36. Ayat ke 36.

AlonGarcia said...

betul.semoga saye bersabar menanti masanya~

Personal Wellness Coach. said...

sabar...
insyaallah ada..

AlonGarcia said...

thanks annis~