Wednesday, April 06, 2011

Tokoh Keluarga Saya

Assalamualaikum...

Abah...
ingat lagi tak semasa saya masih kecil, abah akan letak saya atas riba abah dan henjut2kan macam naik kuda. When you stop, i put my imaginary 20cents and you go again. Sampai abah penat...

Abah...
ingat lagi tak setiap kali sebelum tidur, abah mesti bacakan cerita. Cerita kancil & monyet lah, cerita sang kelembai lah dan macam-macam cerita lagi. Kadang2, bila masa bukan nak tidur pun kami nak dengar cerita abah. Sebab abah storyteller kami yang terbaik...
 
Abah...
Kalau dulu, bila saya tertidur atas sofa depan tv, abah lah yang akan angkat dan dukung masuk dalam bilik. Macam tu juga bila balik kampung. Kami suka tidur bila masuk kereta sebab air-cond sejuk dan abah akan angkat masuk rumah. Kami boleh tidur sebab abah bawak kereta baik2. Supaya kita semua selamat sampai. Terima kasih abah...

Abah...
dulu2 masa kena buat homework sekolah, saya kena lukis gambar binatang. Abah ajar cara lukis tikus. Kemudian kucing. Abah ajar saya Bahasa Inggeris, abah ajar tentang simpulan bahasa. Abah ajar buat pantun. Saya tahu, abah nak saya pandai...

Abah...
pernah satu kali saya kena buat folio kerja kursus. Tentang keluarga. Saya pilih abah jadi tokoh keluarga. Sebab abah ketua keluarga yang baik. Yang sayang mak, saya dan adik2. Terima kasih kerana jadi pemimpin kami...

Abah...
dulu abah banyak kumpul syiling singgit. Tapi syiling tu makin hari, makin kurang. Sebab saya ambil buat beli air botol di kantin sekolah. Kadang2 saya beli komik doraemon, @ dewata raya. Tapi abah tak marah. Mungkin abah tahu saya tak cukup duit. Terima kasih abah...

Abah...
walaupun abah tak makan fast food, abah masih ikut pergi sebab kami adik beradik nak makan. Abah makan apa yang boleh walaupun abah tak kenyang. Kesian abah...

Abah...
saya masih ingat abah marah saya sebab saya dapat nombor corot masa periksa akhir tahun tingkatan dua. Saya tahu abah kecewa. Sebab abah dah bayarkan duit yuran. Abah pos duit poket tiap-tiap bulan. Alhamdulillah, berkat abah marah, saya cemerlang dalam PMR. Terima kasih abah...

Abah...
meskipun sekarang saya makin dewasa, makin sukar difahami, makin berperangai sendiri, makin sukar ditelah, but deep down inside, nothing has changed. I'm still a son that look forward to be someone like you. Still a child that wanna play trade of life like you. Yes, very much...

Abah...
terima kasih kerana sediakan tempat tinggal yang selesa buat kami, kerana pastikan ada makanan di atas meja buat kami, kerana adakan kenderaan buat kami ke sana sini, kerana berikan kami pendidikan supaya kami jadi orang berguna, kerana bersusah payah supaya kami hidup selesa, kerana berikan kami sesuatu yang boleh kami panggil keluarga...

Abah...
meski tidak terduga, kasih ini ada. Walau tidak kelihatan, sayang ini berpanjangan. Jika tampak hambar, ia sentiasa mekar. SELAMAT HARI LAHIR, ABAH. Semoga beroleh umur yang panjang, kesihatan yang elok, dimurahkan rezeki dan diberkati usia oleh Ilahi...

Abah...
tokoh keluarga saya~


3 comments:

Hatipecah said...

nice one.

*air mate bergenang*

=)

Syahizwa's said...

owh..thats ur abah..happy birthday abah..! ehh pakcik Abdullah..! (^_^)

AlonGarcia said...

miss wasabi,
thanks~

syahizwa,
yup2.thanks~