Thursday, April 07, 2011

Kes Malam Jumaat Keliwon

Assalamualaikum...


Apa kes?

Memang ade kes.....

Kes I

Cerita yang disampaikan oleh seorang kawan. Dulu masa zaman sekolah, satu malam tu elektrik takde. Jadi, prep malam cancelled. So, bebudak lepak hostel je. Nak ke mana pun gelap2 macam tu. So, kawan aku ni dengan seorang lagi kawan dia, boleh bantai main kejar-kejar. Fooling around. Yang lain-lain tengah lepak dalam dorm ramai-ramai dengar sorang senior ni share cerita hantu. Nak dijadikan cerita, kawan kepada kawan aku ni, berlari masuk toilet. So, kawan aku kejar la. Sampai dalam toilet, dek kerana kegelapan tu, dia main tolak-tolak je pintu toilet sampai terbuka semua pasal nak cari kawan dia tadi. Tapi yang peliknya, habis dibuka semua pintu, takde pun kawan dia tadi. Jadi dia decided to end the search dan join kawan-kawan yang berkumpul dengar cerita tipu senior tadi. Dalam ramai-ramai dan samar-samar kegelapan tu, dia terperasan kawan yang dia kejar tadi ada among the group. Sejurus, dia merapati kawan tu dan tanya..."Beb, bila masa hang join. Tak nampak masuk pintu pun. Aku ligan (kejar) hang sampai dalam toilet tadi. Camna hang escape?". Kawan yang sorang tadi pandang pelik dah, sambil berkata..."Eh, aku memang dari tadi kat sini, dengaq cerita Abg. Joe. Hang ligan sapa?"

.....serta merta kawan aku rasa seram sejuk~

Kes II 

Ali (nama sebenar) kawan aku, share cerita ni. Zaman sekolah dia duduk hostel. Ada sekali tu, area sekolah dan kawasan perumahan berdekatan kena serangan toyol. Banyak orang hilang duit dan harta benda kena curi dengan makhluk pendek dan hijau tu. Satu malam, entah gila ke ting tong apa, Ali dah pakat dengan kawan-kawan satu dorm nak tengok sendiri toyol macam mana sebab tak pernah tengok. Mana la tahu, duit yang hilang tu bukannya toyol yang bagi hilang, tapi manusia yang bernama pencuri. So, diaorang beli kacang hijau. Dipercayai, toyol ni suka benda-benda macam kacang hijau dan cermin. Boleh buat dia asyik. Malam tu, sebelum tidur, Ali dan geng letak kacang hijau sebiji-sebiji dari pintu masuk sampailah ke hujung dorm. Tutup lampu dan naik katil. Kalau korang pernah duduk hostel, biasanya dalam dorm, katil double decker. So, geng yang dah pakat nak tengok toyol ni dah switch beds dengan kawan-kawan lain duduk katil atas. Nak dapatkan 'better view' katanya. Dalam bosan menunggu tu, lebih kurang pukul 2 pagi, kedengaran pintu dorm dikuak.Tapi tak nampak orang masuk. Akhirnya nampaklah satu lembaga kecik yang tengah kutip kacang hijau yang dorang letak tadi. Dalam takut-takut berani dan berpeluh tu, Ali dan geng dok mengintai dari bawah selimut. Lebih kurang sampai ke tengah dorm, tiba-tiba makhluk tu berhenti.Kedengaran suara kecik..."Katil 1, dua-dua dah tidur...katil 2, yang bawah dah tidur...yang atas belummmm, katil 3, yang atas tu pura-pura tidur...hihihi". Dengar je encek toyol tu cakap macam tu, masing-masing dah tak berani dah sambil membatu. Ali kata, dia tak sedar bila dia terlelap. Tapi bila dia bangun, memang dompet yang dia simpan bawah bantal pun dah kosong. Kacang hijau yang dia atur pun elok-elok makhluk hijau tu kutip sampai katil dia je. Adakah.....

Kes III

Seriously, aku belum pernah (harapnya takkan) encounter benda-benda mistik ni. Terdekat pun yang boleh aku kongsikan, sewaktu mengikuti satu perkhemahan kat satu jeram ni. Suatu hari lebih kurang pukul 2pagi, kami mengadakan 'operasi burung hantu'. Pada yang selalu ikut camping @ team building tau la ape kejadahnya aktiviti ini kan. Kami dibawa turun naik bukit blindfolded dan dibawa ke satu checkpoint. Dari checkpoint tu, kami dikehendaki balik ke tapak perkhemahan sorang demi sorang, dalam kegelapan yang hanya dipancari cahaya bulan yang terang-terang tanah je. Di pendekkan cerita, sampai turn aku, berjalanlah tanpa perasaan sambil dikacau fasilitator2 dengan bunyi-bunyi dan segala bentuk gangguan(yang aku dah tahu memang orang). Tapi gangguan terhebat malam tu, adalah apabila aku terpandang ke arah jeram, yang kira-kira 10 meter ke bawah dari aras jalan, bertenggeknya satu lembaga hitam atas batu. Nak kata fasilitator, kalau aku yang jadi pun, fikir dua kali jugak kalau nak turun jeram sorang-sorang. Lagipun aktiviti di atas, mana sampai ke bawah tu. Menyimpan persoalan itu seorang diri, aku teruskan perjalanan sampai akhirnya selamat sampai ke tapak perkhemahan balik. Sejurus habis aktiviti, aku suarakan kegusaran aku pada rakan sekhemah. Ternyata, bukan aku sorang je yang perasan. Member yang turn lepas aku pun nampak. Yang lebih bizarre, dia mendakwa nampak lembaga tu turun ke dalam jeram. Ahh, sudah! Pagi tu, pada gap masa yang tak beraktiviti, aku dengan rakan tadi try check, tengok balik tempat nampak lembaga bertenggek atas batu tu. Tau ape yang kami jumpe? Kami jumpa tahi. Cehh, ada orang berak! Euwww~


p/s: Bak kata Hj. Zainal Ariffin - jangan biarkan hidup anda dan keluarga diselubungi...misteri! Ngeh...ngeh...ngeh~ 

2 comments:

Hatipecah said...

along!!

hahha.. cerita ketiga tu kelakar duh.... adoi...nak gelak kuat..tp takleh..nnti org igt gila...adei adei~

p/s:tahniah. anda org kedua bikin sy glak sorg2 ari ni..hahahhaaha

AlonGarcia said...

miss dia,
yup2.terima kasih.hehe.