Thursday, March 17, 2011

Kecek Sore (Cakap Sorang)

Assalamualaikum

Kebelakangan ni aku terperasan yang aku dah developed a taste for cerita2 berat dan 'deep'. Bukan dah xlayan cerita2 lawak bodoh @ action thriller semata-mata, tapi boleh kata semakin 'appreciative' terhadap filem2 yang memerlukan sedikit pemikiran dan melihat pada yang tersirat.

Boleh jadi sebab dah tua semakin berumur?!Entahla...hehe.

Aku berkesempatan menonton cerita ni tak lama dulu...


127 Hours, that is. Pada yang belum berkesempatan menonton, cerita ni berdasarkan kisah sebenar yang dilalui oleh Aron Ralston, seorang adventure enthusiast, yang menghadapi kemalangan sewaktu hiking trip di Blue John Canyon, Utah, USA. Apa yang berlaku, dia terjatuh dan sebelah tangannya tersepit antara batu yang memaksanya memotong tangan tersebut sebagai usaha terakhir untuk kekal hidup!

Dilakonkan oleh James Franco (Spiderman franchises), most of the scenes dilakonkan di tempat yang sama. So it does take some geniuses to elaborate the story at such tight space and with only one character to play with. Step forward, Mr. Director - Danny Boyle (Slumdog Millionaire).

Secara ringkas, sewaktu tersepit tu, menyedari yang dia tak dapat nak lepaskan diri setelah puas berusaha, dia ukir nama, DOB dan waktu jangkaan kematian dia. Dia post pesanan terakhir dia to family members thru' videocam yang dia bawa. Sehinggalah dia mendapat kekuatan untuk terus hidup dan bertindak nekad dengan memisahkan tangannya dari badan. Ape yang motivate dia untuk terus hidup tu?Aaa...itu korang kena tengok sendiri la.

Apa yang jelas, sebab kena berlakon sorang2 of course the character banyak 'kecek sore' atau dalam bahasa ilmiahnya, bermonolog. So, memang susah sikit la nak suka kalau cerita yang satu watak dan cakap sorang2 pulak macam orang gila. Sebelum tengok, you have to prepare yourself to explore the essence of the story, apa yang sebenarnya mesej yang nak disampaikan with the slightest hints.

Tak lama sebelum aku menonton cerita ini, aku pun ada tengok cerita yang membawa genre yang sama iaitu ini...


Sebut betul2...B.U.R.I.E.D. Sebut salah karang, mencarut jadinye. Mak aih, yang ini lagilah sempit venuenya, dalam kubur! Tapi dek terpengaruh dengan reviewer yang penipu, tertengok jugalah. I didn't enjoy myself watching this sebab gelap dan akhirnya the character - SPOILER ALERT: ..................mati.

Satu lagi cerita yang worth a mention berkenaan bermonolog ini adalah lakonan antara-aktor-yang-aku-suka-tengok, Tom Hanks dalam...


Cerita keluaran tahun 2000 ni mengisahkan tentang seorang mamat yang kerja dengan FedEx ni on a plane trip to Malaysia (yes, negara kita) for an assignment, bila mana pesawat tu terhempas dan dia terdampar di sebuah pulau yang tidak diduduki. So sepanjang cerita ni korang akan dapat tengok the character berborak dengan sebiji bola tampar dan survive di pulau itu selama 4 years long. Bermonolog di tahap terulung!

Alang2 dah tunjuk tiga, why not make room for another one?! Yang ini ceritanya tidaklah bermonolog, banyak dialog. Cuma konsepnya tetap berkisar pada satu venue yang satu aje. Lakonan Colin Farrell dalam...

 
Scene cerita ni kebanyakannya dalam phone booth tepi jalan dan watak2 lain je yang kat the street. Mamat ni tak boleh leave the phone booth sebab ada sniper yang akan tembak kalau dia keluar.Dan dalam itu, the sniper sempat juga suruh the main character mengaku yang dia main kayu tiga dengan isterinya, depan isterinya. Sudah!

Apa yang membuat cerita 'kecek sore' ni agak berat pada pendapat aku ialah ia kurang aksi dan lebih kepada isi percakapan itu. So kalau silap garap akan nampak boring habis. Dan kalau ada aksi pun, korang kena tangkap apa maksud tersirat di sebalik perlakuan diaorang tu. Give extra attention to the little things.  

Next destination, Hikayat Merong Mahawangsa! (kecek pelat)

p/s: kekasih yang menjadi kawan baik @ kawan baik yang menjadi kekasih - what say you?

2 comments:

Syahizwa's said...

i tak pernah terpikir pulak..i cume dah tgk cast away je..hmm nice entryg anyway..

p/s : i pun nak tgk HMM. jom? haha

AlonGarcia said...

thanks.jom HMM =)~