Sunday, February 13, 2011

Untitled

Assalamualaikum...

Di masa-masa keadaan menjadi sukar, dan aku mendapati diri terperangkap dan mencari jalan keluar yang xjumpe. Rasa macam susah sangat, penat sangat. Seolah-olah semua jari sedang menunding kepada aku dan aku cuba lari dari kenyataan ini for the sake of running away from the problem. Tidak bijak.


Dan tanpa diminta, berbagai pula soalan membenak dalam kepala. Mengapa yang lain boleh, hidup teratur, maju melangkah, berevolusi, sedangkan aku masih menakuk di ruangan yang sama? Kekadang, moving backward...really. Sedihnya melihat kemajuan yang lain mempamerkan kegembiraan dalam senyuman yang asli serta menari menuruti kebanggaan mereka tapi aku struggling to prove myself to the loved ones, let alone the world!


Di masa yang tenang dan lebih rasional, aku pasti ini tidak lebih dari sekadar hiccups, ketentuan Qada' dan Qadar yang telah tersurat buatku, demi proses kehidupan yang kehadapan, agar aku belajar dari sini, agar aku mengambil antipati dari kepahitan ini menjadi punca kesedaran dan rendah diri tatkala dijulang melangit dan everything is on your side. Really?


Macam lagu U2, 'stuck in the moment'(u can't get out), that could conclude my predicament. Mencari seribu alasan untuk justify apa yang berlaku. 90% bermula denganku, dan 10% lagi ku sandarkan pada persekitaran. Tak mungkin aku sanggup menelan semua pertanggungjawapan ini seorang. Boleh hilang waras! Lemas!

 
Aku mencari dan melihat inspirasi dalam berbagai bentuk dan jenis. Kadang kala semua lagu yang kedengaran berlambangkan jalan hidupku. Hanya kebetulan. Mendengar kenyataan dan luahan hati seseorang yang mirip frustration aku. Hanya kebetulan. Nasihat dari yang lebih makan garam dan rakan-rakan yang bersimpati. Terima kasih. Walau hanya dari sebuah buku yang menceritakan tentang kesedihan dan bagaimana untuk melenyapkannya. Begitu terdesak, No?!


Aku mengerti dan faham sepenuhnya bahawa hidup ini ade jatuh bangunnya, resam roda, ade kala di atas, kala jengking, di bawah. (duhh~) Itu kenyataan klise. Dah selalu dengar dan diulang-ulang. Tapi sebab betul kan, orang ulang la. Manusia mudah lupa. Terutama orang Melayu macam aku.


It's no denying aku menerima setiap detik takdir hidupku sebagaimana terjadi, meski terdetik dalam hati andainya aku mampu ubah dan menyempurnakannya dalam cara yang lain. No chance! Rasanya apa yang tertulis xperlulah difikir lagi. Kelak merana badan dan mental. Dalam mengumpul segenap kekuatan yang masih berbaki sementara masih mencari inspirasi untuk terus berusehe dan bernafas, aku merancang dan melangkah untuk episod yang depan. Apa lagi yang menunggu agaknya?



Ibarat sungai ini, begitulah diri ini. Tenang di permukaan, tapi lebat dengan persoalan, dilema, perjuangan dan bermacam lagi di dalam hatinya. Ibarat sungai juga, aliran dan hidupnya perlu terus. Tidak kira betapa hopeless. Tak kira betapa hina dan gagal. Kerna resam manusia berfikir itu, berikhtiar. Maka, aku turutkan apa yang benar. Sambil berharap agar nasib dan takdir akan mengunjur ke arah aku dalam bentuk yang lebih hebat dan baik.

Ini bukanlah lelaki yang mencari simpati. Tidak pula bercerita dan menangis tentang kesusahan dan putus asa.

Bukan.

Aku hanya memberi perspektif dari bawah sini. Agar kau yang di atas sana beringat dan bersyukur...

=)

5 comments:

atifabdullah said...

I'm with you brother...no matter what happens..in Allah we believe..InsyaAllah we'll find our way...united we stand and we'll never walk alone..hehe..take care along!

AlonGarcia said...

merci beaucoup!

Miss Aidan said...

belajarlah drpd kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan. setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya menjadi pohon yang besar. mari kita jadi manusia yang tak kalah dengan keadaan dan suasana. seperti ikan dilautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

all the best to u.

May Allah leads u to the path that can brings you to the top of the world.... Amin...

Syahizwa's said...

baru saya faham! sobbss2

AlonGarcia said...

aidan,
thanks for the wonderful perspective.

syahizwa,
it makes sense now kan?!