Thursday, January 20, 2011

Hilangnya sebutir permata

Assalamualaikum w.b.t...

"a brother, a friend, an inspiration..."

Lama aku tangguhkan entri ini. Cuba cari kejelasan, cari ketepatan perasaan. Tapi nampaknya sampai sekarang pun belum jumpa. Xpelah, kalau sempurna pun mungkin itu sebab aku syok sendiri. Coz the last time i was told, nothing is perfect...

Tanggal 18/12/2010 lalu kami telah kehilangan seorang ahli keluarga iaitu seorang sepupu/anak sedara/cucu in the name of Mas Afzal. Arwah memang sudah beberapa tahun melawan sejenis penyakit kanser darah yang digelar Hodgskin's Lymphoma (do click) bermula sewaktu pengajian dia di UK dalam jurusan kedoktoran. Dia telah pun menjalani rawatan kemotrapi di sana tapi malangnya sel2 kanser menyerang kembali selepas dua bulan.

Dan beberapa minggu sebelum dijemput Ilahi, dia dimasukkan ke Hospital Ampang kerana demam dan jangkitan pada paru-paru. Ini berikutan antibodinya yang semakin lemah disebabkan kanser tersebut. Keadaannya turun naik semenjak admitted dan akhirnya pulang ke Rahmatullah pada tarikh tersebut jam 0224, dikebumikan di tanah perkuburan Sg. Marong, Bentong, Pahang pada hari yang sama. (Exit 810,that is)

Down to the memory lane, we literally growing up together when we were young. Aku dan arwah serta dua orang abangnya were best of friends. Of course kadang2 sesekali 'bercakaran' jugak. Aku selalu looking forward to raya sebab itulah masanya nak melepaskan rindu bermain bersama memandangkan umur kami lebih kurang sebaya and mase tu aku cuma ada adik perempuan. So, dengan dorang we could do all sort of 'boys stuff'.

Arwah semasa hayatnya was a very bright student. Among cousins, dia masih memegang rekod SPM terbaik, 10 straights As. Rightly so, he was offered to further his studies in UK. Allah memang sayangkannya. Dalam pada melengkapkan pengajiannya sebagai seorang doktor, dia terlebih dahulu diuji menjadi seorang pesakit. Dan dalam keperitan melalui rawatan kemotrapinya, dia masih terpaksa did revision for his exams. Dan alhamdulillah, dengan usaha dan semangat tidak kenal putus asa, dia berjaya menamatkan pengajiannya dan bergelar seorang doktor.

Tapi malangnya kerana dia tak berkesempatan untuk menabur budi sebagai seorang doktor di tanah tumpah darah. Dia pernah berkhidmat sekejap sewaktu housemanship nya, tapi penyakit kansernya datang kembali, menjejaskan kesihatannya dan membataskan aktiviti hariannya.

Sewaktu hayatnya, arwah had touched many people's hearts. Aku pun kurang tahu. Hanya setelah pemergiannya baru aku tahu betapa ramai orang yang mengenalinya, di kalangan rakan2 dan masyarakat Malaysia di UK sewaktu arwah menetap di sana. Di hari pemergiannya, FB page dan blog arwah dihujani beratus ucapan takziah untuk ahli keluarga. Mengikut yang aku dengar, personaliti arwah yang peramah, senang didekati dan mengutamakan kebajikan orang lain, membuatkannya cukup disenangi oleh orang lain. Selain itu, arwah juga seorang yang warak. Dia adalah contoh terbaik bagi kami sepupu2 yang seangkatan.


Dr.Mas Afzal (duduk,tengah) bersama dengan cucu2 Aki Bentong yang lain - raya terakhir bersama; 1431H

Bila perginya seseorang, kita akan mencari-cari memori yang kita boleh relate dengan yang telah pergi. Begitulah juga aku. Kadang-kadang aku rasa macam mimpi, dan ada masanya aku rasa arwah masih ada bersama kami. Our childhood was very colourful. Bila mana kami berjumpa, memang tak boleh duduk diam. Ada aje aktiviti yang nak dibuat. Aku masih ingat, arwah ada menghadiahkan aku muffler Liverpool FC dari UK. Being the only LFC supporter in the family then, (skrg aku dah berjaya rekrut my youngest brother pulak) so arwah bagi la something as a moral support sebab dia & yang lain support MU!

Hayat arwah mungkin xlama. Pada usia 26 tahun, Allah telah menetapkan ajalnya. Namun, yang pasti, dalam tempoh itu, arwah yang telah meninggalkan satu legasi yang telah menyentuh banyak hati manusia, baik melalui kata-kata, personaliti, tulisan mahupun kebajikan yang telah dilakukannya. A great, meaningful, well-lived 26 years. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin dan rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Esa. Buat fellow bloggers/readers, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, moga menjadi bekalan amalan buatnya di sana.

Ameen.

Dr. Mas Afzal b. Masaruddin : 1984 - 2010

 p/s: 
1) to know him more, do visit his blog: Not A Primrose Path (do click)

2) Dr. Mas Afzal singing nasyid: www.youtube.com/watch?v=zqVNtmAnOpo

...take care~


         

6 comments:

Syahizwa's said...

i was touched. Al-fatihah buat arwah..

Cik A.i.d.a.n said...

Assalammualaikum

Assif,
i know it is hard to accept the reality of losing someone we love so much in our life. but then, Allah always has its own reason for this.

Dia mungkin meninggalkan kamu, tapi realitinya dia sentiasa hidup dekat di hati-hati keluarga kamu yang menyayangi dia.

Doakan yang terbaik.
Kirimkan ayat-ayat Al-Quran buat bekalannya disana.

Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat sepupu kamu buat selama-lamanya.

p/s: tho i dont know him personally, but i do adore him from the first time i read his blog. hope there are things we can learn from him. InsyaAllah

::aLoNGarCia:: said...

syahizwa,
thanks~

aidan,
yup,byk yg boleh diambil iktibar.i wish i could be someone who will inspire others too.not for popularity or name,but for humanity's sake~

Cik A.i.d.a.n said...

yes.
of coz you can.
believe in yourself.

"Allah tidak jadikan kita dengan sia-sia...."

=)

efa fairuz said...

sedih weh baca blog dia..

semoga dia aman di sana..
al-fatihah~

::aLoNGarCia:: said...

thanks efa.al-fatihah~