Tuesday, August 03, 2010

Langkah Pertama~

Assalamualaikum w.b.t....

Sebenarnya dah lama aku buka blog ni. Ibaratnya, majlis pecah tanah dah lama sudah tapi bangunan tak naik-naik! Hehe. Cuma sekarang la terasa macam terinspirasi untuk berkongsi cerita dan rasa dalam wadah ini selepas membaca bebarapa blog dari orang-orang yang aku kenali.

Kalau diikutkan, blog is really not my thing. Berdilema dengan diri sendiri kisah hidup mana yang boleh dan tak boleh dikongsi, nak guna bahasa rasmi @ pasar? nak guna bahasa Melayu @ bahasa Inggeris? Sudahnya, dek kerana minat mengarang, aku ketepikan semua persoalan itu dan aku akan buatla macam mana pun ikut acuan sendiri dan mood aku. Jadi,korang layankan aje, OK?!

Kalau ikutkan antara topik yang sedap aku nak sentuh, first and foremost of course pasal my beloved sport, the so-called beautiful game: FOOTBALL. Khususnya berkenaan Liverpool FC. Kemudian, sedikit pasal kehidupan. Love story ke, turun naik situasi hidup, moment of truth et cetera.

Cukuplah mukadimahnya. OK, boleh start boring sekarang =p Tengokla macam mana. Kalau tak mula, kita tak tahu kan. Mana tahu this is a start of something big, larger than life?! Who knows...

Later...~

1 comment:

mawar said...

"welcome to the world of bloggers my fren... "