Sunday, February 19, 2012

600 Hari Mencari Cinta

Assalamualaikum...

Another hiatus. Another comeback. Bukan tak nak 'menaip' dah. Tapi agaknya hati tak lagi di sini. Setiap kedatangan dan 'lawatan' tak lagi seseronok dulu.

Time has changed. Man too.

Tapi di hari yang baik ni aku nak berkongsi satu cerita. First and foremost, selamat pengantin baru buat sahabat karib aku, Adib Md. Jusoh bersama pasangan jiwanya, Siti Hajar Yashin.


Orang kata jodoh pertemuan di tangan Allah. Memang betul sangat. Tak kira betapa hebat kita menafikan, macam mana pun kita mengelak, love will find its way to unite two souls.

Cerita cinta Adib dan Hajar panjang ranjaunya. Kalau dibuat novel mau best seller. Kalau dibuat filem mau box office. Kalau dicerita di kedai kopi orang akan cakap tipu...

Ada drama. Ada air mata. Ada marah. Ada senyum. Ada rindu. Dan bahagia. Dan aku kira elemen-elemen yang lengkap inilah harus Adib dan Hajar 'usha' kembali untuk hubungan yang mendatang, yang bisa menguatkan dan menambah sayang di hati masing-masing.

600 hari (genap) adalah tempoh waktu Adib berperang dengan situasi dan perasaan untuk mendapatkan suri hatinya, Hajar. Aku tahu pun sebab aku kebetulan berada di tengah-tengah cerita ni. Menjadi sumber Adib melampiaskan segala yang terbuku di hati, menceritakan kekalutannya dan akhirnya berkongsi kegembiraan.

600 hari bukan sekejap. Kalau tak sabar, mau pecah. Kalau tak tenang, mau jatuh. Tapi aku sentiasa yakin, ada hikmah di sebalik kejadian. Kita tak pernah minta yang buruk, tapi kadang-kadang terjadi juga. Itu semua ketentuan. Sebagai orang Islam, sebahagian dari rukun Iman kita percaya pada qada' dan qadar. Pasti ada sebab musabab terjadi sesuatu. Sama ada untuk kebaikan akan datang atau sebagai kifarah dosa kita di masa dahulu.

In a way, I feel glad that Adib has found the love of his life. Asalnya kami dah merancang untuk menamatkan zaman bujang setelah menyaksikan geng kami, Bagak melangkah terlebih dahulu ke jinjang pelamin. So, dalam tahun 2010, dengan semangat membara, kami ikut kursus pra-perkahwinan. Seriously talk, once you join such course, the eagerness to get married become stronger. Mungkin disebabkan kerana ustaz-ustaz dok cerita pasal keindahan-keindahan yang datang dengannya dan kenapa kita harus kahwin (bila dah cukup syarat).

Tapi panas kadang-kadang tak sampai ke petang. Tengok-tengok ada ribut di tengah hari. Apa nak buat. Walaupun sijil dah dapat, perancangan dah dibuat, duit dah keluar dan perasaan membuak-buak, kalau Allah kata belum masanya, maka kita harus redha.

Sifatnya Dia penyayang terhadap hamba-hambaNya.

600 hari kemudian, tanggal 27 haribulan Januari, 2012 Adib selamat diijab kabulkan dengan Hajar. Alhamdulillah. Maka segala kegelisahan, perasaan tak menentu dan resah berakhir tatkala saksi-saksi berkata SAH! Terpancar kelegaan di wajah Adib sewaktu Hajar sah menjadi miliknya. Maunye tidak, sayang giler kot. (hehehe)

To Adib and Hajar, there's no word could describe my happiness to see you guys finally be together, safe and sound in each other's arms. Once more, love has prevail. Semoga kalian sentiasa diberikan kesabaran dalam melayari kehidupan berumahtangga, dimurahkan rezeki dan dikurniakan 'juniors' yang sihat dan comel.

Dan tolong juga doakan si bujang ini akan menjejak langkah kalian! Geng karok dah takde woo =p~


All the best, brother~

p/s: "Have patience with all things, but chiefly have patience with yourself. Do not lose courage in considering you own imperfections but instantly set about remedying them - every day begin the task anew."


  

2 comments:

ceklala said...

tuan tanah blog ni bile lagi?hehe

cik abbit said...

semoga berbhagia hingga ke akhir hayat mereka