Saturday, June 04, 2011

Yang Terbaik Dari Ladang Bernama Studio

Assalamualaikum...

"Dalam sibuk mencari makna hidup, aku dokumentasikan di sini segala rangsangan pancainderaku buat pedoman..."

Dalam kita sibuk mendengar lagu-lagu Justin Bibir, Lady Gagadoh @ Geli (read: Glee), ada lagu-lagu baru tempatan yang berjaya menangkap halwa telinga aku. Kirenya, taste aku la. Susah sebenarnya nak sekali banyak lagu-lagu yang bagus. Setelah lagu-lagu Faizal Tahir, Yuna, Sixth Sense dan Aizat dah suam, kita hangatkan kembali pendengaran dengan beberapa penyanyi lain.

Lagu pun lain? *Dah tu*!!!

1. Ahmad - Arrora Salwa



Selama ni kita dihidangkan lagu-lagu yang memuja-muji kaum wanita je. Macam Isabella, Laila @ Syakila. Jadi it's kinda unique when a female singer return the favour to sing something about a man. Terhasillah AHMAD. Mengenai seorang lelaki bernama Ahmad yang dia tengah admire, mempunyai perwatakan yang rasanya semua wanita pun nak kot. Pasal penyanyinya pulak, relatively very new in local music industry. Dulu Arrora ni ex-policewoman berpangkat Lans Koperal. Mungkin pernah jadi model jugak kot as ada nampak gambar2 catwalk dia. Back to the song, some might say lagu ni berbaur gatal sikit. Kenapa? Dengarkannya di sini

2. Mata Hati - Nubhan 



Selepas Seadanya Aku, ini lagu Nubhan yang kedua yang menarik telinga aku untuk mendengar. Ciptaan Audi Mok, lagu ni lebih kurang je dengan seadanya aku (pada yang sudah mendengar) tapi beat dia lebih tinggi sikit. Tema sama je la. Cinta yang tak kesampaian. Untuk mendengar sila ke sini.

3. Kisah Hati - Alyah





Alyah adalah penyanyi wanita powerhouse (powerhouse ke?) yang kerap mengeluarkan lagu-lagu bagus kebelakangan ini ketika Siti, Jac, Ning, Dayang dll. nampaknya sedang suam-suam kuku. Selepas Tak Mungkin Kerana Sayang, Realiti Dewi dan Kau Bisu, Alyah kembali lagi dengan another installment, Kisah Hati. Lagu yang cukup mellow, cukup sedih, cukup mendayu kalau orang baru break up tu boleh terjun bangunan agaknya. Aku tak periksa pulak siapa yang buat lagu ni tapi yang nyata memang sedap di dengar la sedari first time aku dengar di radio. Tapi biasanya lagu yang aku cepat suka ni, cepat jugakla jemunya nnti =p~ Check out the VC here.

4. Pokok - Meet Uncle Hussain menampilkan Hazama



Orang kata save the best for last. Dan inilah yang aku rate terbaik among this batch. MUH belum ade vokalis tetap, which I think will be some kind of trademark for them. Furthermore, dorang boleh cari featured vocalist mengikut kesesuaian vokal dengan lagu yang dicipta. How smart is that? Kalau dulu Drama King menampilkan Black Mentor as frontman, sekarang pemilihan Hazama pun cukup tepat dengan konsep dan identiti MUH itu sendiri. Hazama menawarkan feel rock yang cukup minus the 'screaming' part yang sinonim dengan Azlan (former vocalist). 

Dan kalau sentuh tentang liriknya, sangat thought-provoking. Tak dapatlah aku tafsirkan secara tepat mengikut definisi komposer, tapi bagi aku lagu ni tentang kehidupan itself yang penuh dengan dugaan. Sesuatu yang berlaku pasti ada sebab ia terjadi dan kita harus terus melangkah dan mencuba memperjuangkan apa yang kita percaya. Cewahh! Nak tahu makna dan maksud yang tepat kena tanya si empunya lagu la. Try dengar di sini.

Selain semua lagu-lagu tempatan yang dah aku highlight kan di atas, aku selitkan di sini VC satu lagu orang putih dan orang hitam (hitam putih kehidupan!) yang kerap bermain dalam kepala aku lewat ini. Nikmati semuanya! Cheers~



p/s: PENAKUT finally on air since last month. Listened to it last night after 'ngeteh' session till wee hour. Heaven!

3 comments:

Wyna Nubies said...

As Salam,

MATA HATI terbaik! ;D

Miss Dia said...

haha.

Ahmad by Arrora Salwa adalah merupakan lagu yang kerap kali di elakkan utk dgr oleh sy. Stp kali stesen radio memutarkan lagu tu, stp kali itu juga, tgn saya berputar-putar menekan punat stesen radio lain. rasa macam nak sekeh je arrora salwa bila die nyanyi lgu cam tuh. haha

no offence ya! ;)

AlonGarcia said...

wyna,
kipas-susah-mati Nubhan ke ni?yeah, good song~

miss Dia,
yup,bkn semua suke part ahh ahh tu hehe.truly understood~