Tuesday, April 12, 2011

Picnic! At The Beach (distant cousin to Panic! At The Disco)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas berkesempatan bersama keluarga ke Kuantan dengan tujuan utama menghantar adik ke satu temuduga. Tujuan tidak-utama-tapi-berada-dalam-agenda pulak ialah mandi laut...sambil piknik la. Lama rasanya tak merasa air masin laut. Lama tak merasa mata merah, tertelan air laut, kulit tanned dan poket seluar penuh pasir. Itu semua simptom normal post-mandi laut.

Alhamdulillah tercapai hajat kerana cuaca dan masa mengizinkan. Kami lepak di Pantai Sepat selepas shopping bahan2 makan/minum dan kerusi lipat. Angin laut kat sana bukan lagi sepoi2 bahasa....tapi angin 50km/h! Ok, probably aku hanya exaggerating di situ. But it was breezy all the way. I've seen cleaner beaches, tapi kira ok la kat sana daripada takde.

Big Boss behind the wheel~
Ke mana kite? Moh ke Kuantan~

The main purpose sebelum mengulor~

The passangers: sorang bosan, sorang excited~
Me, being part-time Colossus (X-men) stand in!
Spotted masa beli kerusi lipat. Bantal golek LV. Ada bran?~
Siap belaka, baru boleh ke pantai. Amik gambar pokok kelapak dulu~
Makan dulu sebelum terjun ke laut~
Makanan normal tepi laut; OTAK-OTAK~
Ok,nampak hangus,tapi isi dalam just fine. Presenting; SATA~
Big Boss + Mem Besar sedang bersantai~
First 'taste' of the beach~
Bagi feel lebih sikit dengan kemasukan pokok rhu~
Dugong2 jadian terdampar. Dugong sulung di belakang kamera~
They tried to build a sandcastle but i guess....
Pearly white...
Another scenery dari angle pokok kelapa bengkok~
Barisan bot nelayan. Tak keje aritu. Weekend kan =)
Orang tua pun teringin main pasir. Tgk apa aku sempat buat b4 balik~
Masa untuk balik. Plaza tol Gambang 5.55pm~
Demikianlah kisah rehlah kami ke Kuantan. Walaupun sekejap, cukup menggembirakan! On the way back, singgah di pasar malam Paya Pulai, Temerloh. Terserempak dengan ex-schoolmate.

"Hai..." dia tegur dulu. 

"Hai...saya (cakap dengan awek kena guna saya baru sopan =p~) dengar awak dah kawen. Betul?"

"A'ah. Dah tiga dah..." (bukan laki 3org, anak ye...) 

"Oooo...." ...dan perbualan sampai situ je sebab orang belakang dah marah kami block jalan dorang~

Jadi, motif aku keluar topik dan sampaikan cerita tu? Entah, mohon simpati, perhaps?!

Last, but not least.....


.....dalam kemeriahan dan kegembiraan, yang tersayang masakan bisa dilupakan. A self-made poscard for you!

Hingga pengembaraan yang lain. Take care.

4 comments:

SaMSouL said...

asip, tu pokok rhu ler...bkn pain...hehe...

AlonGarcia said...

monsieur,
oh sorry.i stand corrected.it is pokok rhu.thanks~

efa fairuz said...

jumpa siapa kat pasar malam? hehe

AlonGarcia said...

efa,
bkn budak sktl.geng mase form 6 dulu.