Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah.....Hujan Baby!

Assalamualaikum...

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Di permulaan 10 Zulhijjah 1433H ni, aku nak mulakan dengan sesuatu yang baik. Syukur ke hadrat Allah, dengan keizinan dan Inayah-Nya, kami telah menerima seorang ahli keluarga baru....


My sister safely gave birth to a baby girl named Alya Zafeerah Aizuddeen, tanggal 29 September yang lalu. Everyone at home memang excited giler waiting for this cutie pie since ini adalah cucu pertama mak dan abah.

Tapi disebabkan dia dilahirkan jauh nun di tanah orang, makanya everyone at home, kena tunggu dulu lah sebelum dibenarkan menggomol sesuka hati (boleh kan?!)

Comelness~
 
As for me, kehadiran Alya buat aku naik pangkat jadi Pak Long. Insha Allah ini adalah complimentary title sebelum banyak lagi 'pangkat' untuk digalas selepas dua minggu ni.

Kadang-kadang bila tiba kegembiraan seperti ini, kita mencubit lengan sendiri beberapa kali, mencari kebenaran antara fantasi dan realiti. This is really happening!

Hobi baby = tido~
Isn't she lovely?
The proud parents. Selamat berjaga malam!
Semoga Alya akan membesar dengan sihat, riang ceria dan menjadi orang yang berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara, okay. Cepat-cepat balik Malaysia. Kaum kerabat di sini menantikan kepulangan kamu!

...................................................................................................

Alya ada kakak sedara. Nama dia Ayra.

Nama lain dia = pipi labuh =p
Nur Ain Umairah  ialah anak kepada cousin aku, Jep & Fifah, kebetulan juga menyambut kehadiran cahaya mata yang pertama tanggal Mei lalu.

Boo chak!

Terlalu banyak kecomelan! Hujan baby!

Taraa.

Tuesday, October 23, 2012

Seruku Sudah Sampai (3S)

Assalamualaikum....

"Bila lagi Along? Kawan-kawan dah ramai yang lepas..."

"Tak tahulah. Kalau ada nanti, ada la kot..."



Waktu tu, it seemed so distant. Takde klu. Ntah ada, ntah tidak. Pertanyaan seperti di atas, dilayan acuh tak acuh je. Perasaan masa tu.....vague. Rasa nak pun tak, rasa tak nak pun bukan.....

Habis tu?

Merancang ke arah itu, bukan macam beli tiket bas. Beratur je, pastu dapat beli. Kalau tak dapat naik bas, cari tiket keretapi ke, tiket flight ke. Bukan senang macam tu. It comes from within. Satu perasaan yang tidak dapat diungkap lengkap dengan perkataan. Ada sebahagiannya yang hanya boleh difahami dengan merasa sendiri. Betul. Wa tatak bohong punya.

Benarlah. Jodoh pertemuan itu di tangan-Nya. Kadang-kadang sangkaan kita jauh meleset daripada apa yang kelihatan di depan mata.

"Dorang ni dah couple lama. Dah faham isi hati memasing...tak lama lagi kahwin la tu..."
They didn't.

"Mat bunga macam kau ni, mesti first sekali kahwin bila dah besar nanti. Ayat power, awek senang cair..."
He's still single and available to this very day.

"Kau tak tahu ke dorang dah putus tunang. Sebab sorang sokong dacing. sorang lagi sokong bulan..."
They're happily married with two kids, with one more on the way...

How bizarre the way destiny works.  

Kepada yang masih tercari-cari, janganlah terlalu risau. Akan dibukakan jalan sekiranya niat ke arah membina masjid tu ada. Yang penting, caranya kena betul, avenue nya juga kena betul. If you're looking at the wrong place, you'll only find the wrong person. 

In a way, pencarian itu satu perjuangan yang harus kita menangi. Kesian pada pasangan yang sedang menunggu tu. Lama dia tunggu untuk bersama kita. Carilah. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Untung kita, jumpa.

Doakan yang baik-baik untuk aku. Moga-moga penempuhan alam baru ini menjanjikan 1001 kebaikan untuk aku dan pasangan.



Jemput datang =)

Taraa.
 

Monday, June 11, 2012

Selari

Tak mudah
Mencari titik yang indah
Yang bebas dari gundah
Mahupun rebah

Sentiasa ada resah

Tak senang
Melurus yang meyilang
Mencari yang hilang
Mengulit sayang

Sentiasa ada perang

Maka terpulang
Apa yang kau cari
Destinasinya
Atau kembaranya

Titik koheren pasti ada
Yang menyatu dua pendapat
Yang berseli dua adat
Yang bercantum dan sepakat

Perhatikan
Indah nian dalam lainnya
Segar dari perspektifnya
Maju dalam fikirannya
Pasti ada istimewa

Dalam itu
Sit back and relax
Wait for what you gonna get
The world is your oyster
The ground is your starter
Think through
My boo...


Wednesday, June 29, 2011

Thank Yous

Untuk kesayangan-kesayangan ku...


Terima kasih buat Maha Esa yang masih menaungiku... 

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih kerana memanggilku pulang bila aku ketewasan...
Terima kasih kerana menyaraku ketika kuputus kemampuan...

Terima kasih kerana bersabar denganku...
Terima kasih kerana bertanya bila kubuntu...

Terima kasih kerana tidak jemu membantu dan menolong...
Terima kasih kerana kasih sayang itu kepada along...

.     .    .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih kerana tidak putuskan persahabatan ini...
Terima kasih kerana masih hubungi walau kekadang kulari...

Terima kasih kerana sudi mendengar...
Terima kasih kerana berada di sisi dan berlegar...

Terima kasih kerana sudi berkongsi dan menyaran...
Terima kasih kerana kerana kalian kukembali melawan...

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih atas perjalanan ini; darinya kubelajar erti kesusahan...

Terima kasih atas kasih sayang itu; darinya kubelajar tentang keikhlasan...

Terima kasih kerana memberi ku ruang; darinya kubelajar untuk lebih berehsan...

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih jika aku belum mengungkapkannya kepadamu...1.4.3~

   

Saturday, June 18, 2011

Apa Yang Buat Kamu(Perempuan) Seksi Di Mata Kami(Lelaki)

Assalamualaikum...

 

Sekarang aku faham kenapa lelaki dan perempuan tak boleh sepakat dalam banyak perkara, tak sama idea, tak sama taste...

...because men from mars, women from venus. (wekk!)

Tapi ironinya, lelaki tetap cari perempuan, perempuan tetap cinta lelaki, tetap berkahwin sesama mereka dan membina hidup hingga akhir hayat despite all the differences and arguments...

...because opposite, attracts (they say)


...sebab memang dah fitrah manusia yang Tuhan tentukan (we say)

Cukup dengan mukadimah itu, aku di sini nak kongsi sikit apa yang mungkin buat korang (girls) nampak 'seksi' di mata kami (boys).  Seksi yang aku maksudkan di sini bukanla bila girls pakai skirt pendek yang ketat, lebih kepada what makes the boys turn on atau melompat teruja dalam hati. Got it?

Ini bukanlah absolute tapi lebih kepada pandangan peribadi dan menerusi rujukan yang dibuat. So, give and take la ye.

1. Bila korang beritahu apa yang korang nak...straight to the point!

Most of the time, perempuan lebih suka kasi hints pasal apa yang dorang nak instead of using direct words. Aku pun tak tahu ape motif, ape kerelevanannya. Maybe korang takut nak beritahu ke (not!) atau nak rasa macam romantik sikit bila partner korang dapat teka dengan tepat apa yang korang nak? When you guys suddenly being mad or frustrated, we men, are almost definitely cannot read your minds. So, BE DIRECT. Yes, it's sexy...and comforting.

2. Pekerjaan korang.

Sama ada korang seorang jururawat di sebuah hospital awam atau seorang eksekutif akaun di sebuah syarikat swasta bertaraf multinasional, pekerjaan korang melambangkan dedikasi, berdiri atas kaki sendiri, kebijaksanaan dan life fulfillment. Dan memang itu sangat seksi okay! With all due respect to housewives (itu juga satu jawatan yang cukup mulia dan equally deserving), a career represents a passion towards something that you love, the ability to shoulder responsibilities and shows the 'creative class' of oneself. Kebolehan berdikari tu tak bermaksud lelaki, terutamanya yang sudah bergelar suami, mengalpakan perihal nafkah atau tanggungan, tapi sekurang-kurangnya memberi sedikit rasa kelegaan bahawa pasangannya mampu survive di kala ketiadaan si lelaki. Taklah juga nampak korang ni needy sangat atau too dependable. Sila bekerjaya!

3. Buat dan suka apa yang korang hendak...be yourself!

Sampah si A adalah harta karun si B. Dalam konteks ini; lelaki yang suka korang pasti mendapati perangai pelik korang adalah sangat adorable! Ok, contohnya macam kalau korang nyanyi off-key atau 'ke laut' tapi still nyanyi like nobody cares, suka pintal-pintal rambut sambil berangan, semangat terlebey tengok bola lebih daripada orang lelaki dsb. Don't pretend to be someone else bila sebenarnya korang tidak begitu. Mungkin dari perangai pelik korang tu la memperlihatkan keunikan korang, specialty dan cuteness! Yes. Take it from me, aku rasa perempuan sangat adorable bila sangat knowledgable pasal bola. Bukan pasal players je, tapi pasal offside trap, stats and nama referee. That really turn me on...careful. Haha~

4. Stail korang

Fitrah manusia juga sukakan sesuatu yang indah, cantik, sedap, nyaman dsb. Maka, begitu juga pada pemakaian korang. It doesn't matter kalau korang tak lah up-to-date sangat pasal fesyen and have limited resources of wardrobe. Asalkan berpakaian kena dengan gaya dan sesuai dengan acara, dah ok dah. Bayangkan kalau kami (lelaki) ajak korang (perempuan) gi kenduri kahwin kawan, pastu korang bantai pakai jumpsuit. Kan tak kena. It's ok to have your own style as long as it is appropriate. Sekarang kan banyak yang bertudung dengan style 'Hana Tajima'. Aku rasa, personally, itu adalah sangat eye-catching. And I love seeing girls wearing pink. Dunno Y.

5. Generally korang garang macam singa...tapi manja macam pussycat bila dengan kami =D

Aku bagi satu situasi. Di pejabat, korang adalah lady boss yang sangat bossy, hot tempered, dan headstrong. Tapi bila di rumah, you are the one yang sambut kami di pintu rumah, bawa masuk briefcase dan kot, buatkan air dan mendambakan kehangatan pelukan dari kami *cuddle snuggle*. Alahai, bagi aku sweet sangat! Aku rasa semua lelaki akan rasa sangat bahagia kalau ini macam. It indicates 1) korang bijak soal hukum hakam*taat* 2) secara psikologi, ego vs. ego tak jadi. So gunalah reverse psychology. Serius, seksi dowh~

Bagi lima jelah. Nanti kalau banyak sangat, jadi meleret dan tak betul pulak. Ini pendapat peribadi sahaja. Betul atau tidak terpulang pada individu. Yang mana boleh jadi panduan, apa salahnya apply. Mana yang rasa tak betul, tekan button DEL tu. No worries.

* diolah dan ditambah dari rujukan yahoo article; 10 Beauty Moves Guys Find Sexy


p.s: the other day nampak Puteri Liyana Sarah kat OU. Memang 'seksi'!

Saturday, June 11, 2011

Mereka Sudah Sampai Seru

Assalamualaikum...

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kaum berdua
Bila dua jasad menjadi satu
Hidup mati jadi bersama
- HMM

Sama seperti indahnya bait-bait pantun di atas, begitulah juga indahnya ikatan-ikatan perkahwinan yang dimetri dan dijanji antara dua jiwa yang saling mengkehendaki. Dan seperti yang telah dipraktikkan sejak beberapa dekad yang lalu, bila musim cuti sekolah, maka undangan ke walimah pun bersusun dan beratur.


Maka banyakla undangan yang telah diterima sedari hujung bulan April lagi, rasmi atau tidak. Trend sekarang, orang jemput pakai facebook je. Jimat kos - kad+setem. Mana taknya, kalau envelope yang bunga2 tu tak salah aku sekali pos dah 80sen. So darab la dengan 500 kad (kalau semua pos la) Belum kahwin, dah bankrap! Tapi terpulang la kan. Bajet masing2. Kalau ada yang rase perlu juga pos, pos. Kalau tak pun, aku fikir undangan dari facebook pun dah cukup rasmi kalau dikira perubahan zaman. Tapi afdal la by hand pada yang wajar. Lebih manis.

Tapi aku di sini bukan nak cakap pasal kos kahwin atau cara jemput, tapi meraikan beberapa pasangan yang telah pun selamat diijabkabulkan dan sekarang telah selamat menjawat 'jawatan' suami dan isteri. Selamat pengantin baru buat korang semua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah selepas ini. Tahniah kerana telah selamat menjumpai pasangan kalian =)

1. Syazwan & Hasana


Hasana atau fondly known as Ana, adalah anak Mak & Pak Andak aku, menamatkan zaman anak daranya dengan pemuda dari Kedah iaitu Mr.Syazwan pada minggu lepas, kira2 bersamaan dengan ulangtahun perkahwinan adik aku yang pertama. Tup tap tup tap dah setahun kan?!Tahniah Ana~

2. Shuq & Linda 


Well, tahun ni seolah-olahnya kebanjiran pulak saing-saing degree dulu yang mendirikan rumahtangga. Dimulakan dengan pasangan ini - Shuq & Linda. We all were classmates and so far memang dorang saje la yang bercinta sesama sendiri haha (bunyi pelik je). Ceritanya bermula di Cherating kot (correct me if im wrong) masa dinner pre-grad senior kami. The rest was, like we all already knew, is history~

3. Ijoy & Umi


Sorang lagi ex-housemate, ex-roomate dan ex-degreemate yang decided to scrap the 'bujang' title. Suhaimi @ Ijoy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ummi Sa'adah hujung bulan Mei yang lepas. Aku terkilan sikit sebab tak sempat nak datang walimah dorang atas sebab yang tak dapat dielakkan. Anyway Ijoy, may you guys live happily ever after k. Cepat-cepat timang juniors~

4. Azam & Diha 


Juga classmate masa degree years dulu, Nur Izdihar @ Diha telah pun selamat menjadi isteri kepada suami, Mohd Azam. Reception mereka yang aku hadiri telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pada minggu lepas. Memang vogue habis la. Lagi vogue - aiskrim tapai as dessert. Kau ada?Hehe. Selamat berbahagia buat kedua mempelai~

5. Bukhari & Che Badariah


Bukhari @ Cory aku memang regard as one of my best'est' friends. Susah nak cari kawan macam dia. Walau bagaimanapun sangat-sangat terkilan sebab aku gagal menghadirkan diri ke perkahwinan dia bersama pasangan, Che Badariah, atas sebab kekangan masa. Walau apa pun bro, trust me, doa yang baik-baik dari aku akan sentiasa mengiringi perjalanan rumahtangga kalian. Mungkin di kesempatan akan datang, kita akan berjumpa lagi~

6. Asrizal & Dilla


Last but not least, another ikatan suci yang tersimpul adalah antara my childhood friend, Asrizal dan pasangan, Dilla. Aku sempat la menghadirkan diri ke majlis walaupun keseorangan pasal memang dekat sangat dengan rumah. Asrizal ni geng futsal aku kat Seri Kembangan. Tak tahu la bila lagi boleh join lagi. All the best bro OC!~

Begitulah adanya. Mungkin ada lagi jemputan yang lain atau undangan yang aku terlepas pandang. Tapi begitulah adatnya manusia yang punya 1000 kelemahan. Maka segala apa yang terkurang aku kurungkan juga ucapan maaf di sini kerana kurang peka atau terlupa. Sudah pasti lah hari besar masing-masing kita berharap saudara mara dan rakan taulan akan bersama memeriahkan majlis. Tapi seperti apa yang aku telah belajar dari pemerhatian dan pengalaman, janganlah diharapkan kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tak mungkin wujud dalam plan kita kerana ada plan lain yang lebih jitu dan boleh overwrite plan kita iaitu tak lain tak bukan, rancangan Allah Azzawajalla.

...sehingga ke jemputan majlis aqiqah anak-anak korang pulak, tata!

*gambar-gambar dicilok dan diedit dari various sources-mintak halal!

p.s: ketinggalan, ketinggalan dan terus tertinggal.....

Tuesday, May 10, 2011

Euphoria

That comes once in a blue moon
That feeling of contentment
And joy. 

Like...

when the team is winning...
when a dream is fulfilled...
when a proposal is accepted...

as for me...every time when you put a smile on that face...
E.U.P.H.O.R.I.A!

Sunday, May 08, 2011

Mak, Minta Maaf Untuk.....

Assalamualaikum...

Untuk MAK, ibu, umi, mama, ma, amma, mother, mom, mommy, maman, madre, moder.....

Maaf mak...
sebab bebankan mak membawa saya dalam kandungan lebih sembilan bulan. Sebab saya, mak mual. Sebab saya mak kena memilih makan. Sebab saya, mak tak larat ke sana sini. Sebab berat. Apa yang saya tahu...

Maaf mak...
bila kesabaran mak teruji di kala membesarkan saya. Bila saya meragam terjaga tengah malam. Bila saya lapar mahukan susu. Bila saya tak mahu tidur. Bila saya menangis tak tahu sebab. Bila sakit saya susah sangat nak makan ubat. Memang saya kurang tahu...

Maaf mak...
bila mak kena bangun awal pagi untuk kejut dan sediakan sarapan untuk saya sebelum ke sekolah. Kena gosok baju sekolah saya. Kena kapur kasut sekolah saya. Kena sedia duit belanja. Kena hantar saya pergi sekolah. Kena panggil dengan cikgu datang sekolah sebab saya nakal. Kena sabar bila saya tak cemerlang dalam peperiksaan. Saya dah tahu sikit, tapi saya tak sedar...

Maaf mak...
kerana mak menangis untuk melepaskan saya keluar rumah buat pertama kali untuk sambung belajar, mencari erti berdikari. Saya tahu saya banyak silap. Kerana jarang-jarang telefon rumah dan cakap dengan mak. Kerana asyik minta tambah duit elaun. Kerana bila balik cuti saya asyik berkurung, tidur. Kerana saya tak menolong di rumah. Kerana internet dan facebook lebih menarik minat saya. Saya tahu, tapi kurang sedar...

Maaf mak...
kerna harus menghadapi masa remaja saya. Masa hormon saya mula bergolak. Masa saya mula memberontak. Masa saya ikut suka hati nak buat apa. Masa saya tak pernah lekat di rumah dan mula keluar malam. Masa kita menghadapi pertengkaran pertama kita. Masa saya kurang ajar. Saya tahu, saya sedar mak, tapi saya kurang peduli.....

Maaf mak...
saya kurang luangkan masa dengan mak bila saya dah bekerja. Saya lebih sibuk dengan kerja dan lambat pulang ke rumah. Saya lebih suka makan di luar walau mak dah masak dan tunggu saya balik. Saya lebih rajin dengan aktiviti luar saya. Saya lebih banyak bersuka ria dengan kawan-kawan.Saya lebih penuhi keinginan materialistik saya dan tak pernah beri pada mak duit gaji saya. Untuk saya lebih. Untuk mak kurang. Saya peduli tapi saya lupa...diri.

Maaf mak...
saya mula beralasan bila dah berumahtangga. Alasan untuk melebihkan isteri. Alasan tak balik kampung. Alasan tak kirim duit. Alasan tak mahu baby lagi. Alasan keadaan dah tak macam dulu. Alasan untuk ambil mudah kasih sayang mak yang dulu. Saya tahu, sedar diri dan peduli. Tapi saya sombong...diri.

Mak...
ucapan maaf mungkin sangat mudah. Terlalu murah. Tak semenggah. Tak cukup indah.

Dalam meniti kedewasaan ini, saya dah tahu. Saya dah sedar. Dan saya sangat peduli. Izinkan saya menebus kesalahan dan dosa ini. Izinkan saya membalas jasa, budi baik dan penat lelah mak selama ini. Izinkan saya semarakkan rasa sayang yang tidak berpenghujung dalam jiwa ini. Izinkan saya megahkan pada dunia yang saya punya mak yang budiman dan penuh dengan kasih. Dan sayang. Dan cinta. Dan empati. Dan saya.

Izinkan saya untuk terus menjadi anak mak. Kasih bawa ke Jannah!

Lelucon untuk mak...credit: MatLuthfi~



titipan istimewa: Cikgu Roslina =)

Wednesday, March 30, 2011

Boy vs. Girl

Situasi: Couple yang baru putus cinta.
 

Girl

  • "Kenapa you tinggal I? I masih sayang..."
  • "You ni kejam, kejam, kejam! Siap la jantan tak guna..."
  • *Nangis*
  • "You, please I sayang you lagi.Let's get back together again...phlishh~"(mulut muncung, manja2 sikit)
  • "Pulangkan jersi England I belikan untuk you dulu!"
  • *Nangis...lagi*
  • "Nah, ambik balik you punya teddy bear ni, bunga plastik bodoh ni, burung origami satu botol ni, & perfume Incanto yang tak wangi ni (padahal dah tinggal suku)..." (btw, IPod touch ni I simpan- dlm hati) 
  • "I boleh dapat lelaki lagi bagus dari you. You're soooo replaceable hoccay!"
  • *Meraung* sambil koyak2 gambar ex.
  • "Babe, jom teman I pergi shopping. I tengah frust ni. Lagipun I nak beli Incanto. Baru je habis" (padahal...)

Boy


  • "You nak break? Ok. Fine."
  • *blur*
  • *blur lagi*
  • *blur....blur....blur*
  • *memory: delete*
  • *memory: delete*
  • *memory: delete*
  • *memory: delete*
  • *k, dah habis delete* "Beb, main futsal jom malam ni. Bosan aaa..."
  • *kat court futsal,bumped into this hottie* "Hey Lady. You're sooo fine. Mintak no telefon, boleh?" (duhh..~)


*tiada kena mengena dgn yang hidup @ mati.