Wednesday, June 29, 2011

Thank Yous

Untuk kesayangan-kesayangan ku...


Terima kasih buat Maha Esa yang masih menaungiku... 

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih kerana memanggilku pulang bila aku ketewasan...
Terima kasih kerana menyaraku ketika kuputus kemampuan...

Terima kasih kerana bersabar denganku...
Terima kasih kerana bertanya bila kubuntu...

Terima kasih kerana tidak jemu membantu dan menolong...
Terima kasih kerana kasih sayang itu kepada along...

.     .    .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih kerana tidak putuskan persahabatan ini...
Terima kasih kerana masih hubungi walau kekadang kulari...

Terima kasih kerana sudi mendengar...
Terima kasih kerana berada di sisi dan berlegar...

Terima kasih kerana sudi berkongsi dan menyaran...
Terima kasih kerana kerana kalian kukembali melawan...

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih atas perjalanan ini; darinya kubelajar erti kesusahan...

Terima kasih atas kasih sayang itu; darinya kubelajar tentang keikhlasan...

Terima kasih kerana memberi ku ruang; darinya kubelajar untuk lebih berehsan...

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .

Terima kasih jika aku belum mengungkapkannya kepadamu...1.4.3~

   

1 comment:

cherie said...

sip, g tgk gerrard x ??