Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Anticipation

Assalamualaikum...

 “Well," said Pooh, "what I like best," and then he had to stop and think. Because although Eating Honey was a very good thing to do, there was a moment just before you began to eat it which was better than when you were, but he didn't know what it was called.....” 
-  A.A. Milne






and.....



"...dalam menanti, ada ruang untuk berfikir. Waktu merancang masa depan, cara merai kegembiraan, menduga kerugian, dan juga memasang impian. Masa menunggu yang lazat..."
- AlonGarcia

Sedang dinikmati.

p/s: anxious.

Thursday, June 23, 2011

Entri ke-100; Antara Tujuan Dan Apa Yang Dah Jadi~

Assalamualaikum...

Entri yang lepas (Meng idam) marked the 100th entry postings since the start of this blog. Walaupun entri pertama bermula pada 2006 tapi aku hanya serius (serius ke?) berblog  bermula pada Ogos 2010. Asalnya terpengaruh dengan adik/sepupu aku yang punya blog sendiri...dan bahagian yang paling mengujakan...mereka ada pengikut (followers). Jadi aku fikir masa tu, nak la jugak! (tuuiii!)

Barangkali aku kehausan perhatian..... =p~

Sebab itu di awalannya banyak entri yang aku sifatkan mungkin lebih bersifat mahukan perhatian dan mencari populariti. Aku akui. Tapi setelah lama, aku dapati tak ada pun 'pengikut' yang hinggap di blog aku. Apehal? Banyak faktor la agaknya tapi the biggest factor aku rasa i wasn't writing as honest as i should. Menulis pun kena jujur ke? Mestilah beb. Karya yang jujur je terkesan di hati, ewah.

Maka sebab itulah agaknya banyak kisah hidup sendiri dan puisi-puisi syok sendiri yang menghiasi laman ini. Yang penting, aku bahagia. Tak perlu bermuka-muka cerita tentang sesuatu yang aku kurang tahu atau tak arif. Harap-harap ia membantu memberi perspektif yang berlainan yang boleh korang manfaatkan. Hope so.

Asalnya memang aku suka menulis. Sejak kecil lagi aku dah diasah untuk mengarang dan menulis. Aku masih ingat dulu-dulu aku selalu ambil buku sekolah yang tak habis guna bila habis sesi sekolah tahunan lalu conteng dan tulis macam-macam. Seawal darjah empat, aku dah ada diari sendiri yang aku tulis dalam satu buku log kecik yang aku catat di depannya 'Peristiwa Yang Menarik'.LOL. Skema habis!

Minat ni berterusan seiring peningkatan usia. Dulu masa zaman sekolah aku rajin tulis surat. Mat jiwang. Mat bunga. You name it. Pen pals memang ramai gila. In fact, aku masih simpan surat-surat yang berkotak-kotak dalam bilik aku. Every year aku akan buka diari dan tulis macam-macam la dalam tu dan kadang-kadang bila aku baca balik, tergelak je aku. Ape bende la yang aku fikir masa zaman tu. Selain itu, aku turut menyumbang cerpen untuk majalah sekolah dan dalam masa yang sama involved dalam menulis artikel untuk essay contest. Pasal masyarakat madani la, remaja berswadaya la, paradoks kemajuan la dsb. Korang tahu apekebendenye?

Bila aku menulis, aku rasa puas. Macam banyak perkara dalam kepala dilafazkan. Seolah-olah bercakap! Dulu aku memang pendiam. Aku tak reti nak berkomunikasi secara efektif. Tapi sekarang dah ok dah semenjak aku banyak bersosial dan masuk persatuan itu ini zaman universiti dulu. Sebab itu menulis agak significant dalam hidup aku.
 
I wish it could lead to something more promising...something more rewarding...but it is not meant to be that way..........yet.

Bukan apa, aku pernah berangan untuk mengarang novel atau menulis skrip atau jadi lyricist atau apa saja bentuk penulisan kreatif yang boleh mengembangkan minda dan minat aku. Berbakat tu tidaklah, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba kan. Ahadiat Akashah atau John Grisham tak pandai begitu aje. Macam tu juga arwah Loloq, Malique dan M.Nasir. Oh, lupe. Dan awek khayalan aku, Yuna *beaming*


Etika aku dalam berblog, aku cuba untuk tidak perah semua rahsia peribadi di sini. Yang peribadi sangat tak boleh dikongsi, nanti basi. Dan aku bukan artis pun. Lagi satu, aku cubalah untuk tidak jadikan medan ni sebagai 'area lepas geram'. Kalau ada pun yang aku cuba sampaikan, aku lakukan dengan penuh lemah gemalai macam tangan Usop Wilcha.


Jadi, aku berkias.


My poems reflect most of what had happened in my life. There were stories behind every one of them. What could be easier than to dig inspirations, through the real life situation and occasions? Most of films and tele-dramas depicted what had happened in real life coz it is easier for us to relate with. On the other hand, some were made merely on imagination and what-could-have-been. Yeah, i did that too. Coz i daydreamt like alot!


Maaflah atas bahasa yang bercampur-campur, pasar dan short forms di sana sini. Bukan nak rosakkan bahasa atau tak sensitif, tapi aku cuba pastikan penyampaian aku as natural as it can be, casual, macam kita tengah berborak atau aku tengah bercerita pada korang. Tapi bila tiba masa ayat aku berbunga atau 'tebal', try to read between the lines, aite!


Hingga jejari jumpa papan kekunci lagi...





p.s: untuk 100 lagi entri yang mendatang...


Sunday, June 19, 2011

Meng idam

Assalamualaikum...

Masa kecik-kecik dulu aku bukan main suka lagi kalau dapat pergi kedai. Tak kire la kedai runcit ke, supermarket ke (hypermarket belum popular lagi masa tu) atau kedai simpang kat rumah aku ni. Alkisahnya, aku mengidamkan sesuatu dari sana. Kalau tak tora, dingdang, sugus, chikedis, super ring, nini cokelat celup and the list goes endless.

The advertisement cos. must've done brilliant, helluva job!

Tapi selalunya my cravings for jajan ni dikawal rapi oleh dua orang menteri di rumah. Maka, tidaklah selalunya dipenuhi. Sampai satu tahap, i made a pledge to myself outta frustration; dah besar nanti aku nak pergi kedai, aku nak beli snacks banyak-banyak, coklat banyak-banyak, fill up all the empty spaces dalam gobok kabinet dan peti ais rumah aku, nak makan sorang-sorang, tak nak bagi orang lain!

I did. minus part banyak-banyak dan fill up all the empty spaces dan makan sorang dan tak bagi orang lain...=p 

Baru-baru ni, teridam sesuatu yang lain. Bukan jajan lagi. Bukan makanan pun. Bukan macam yang hak orang mengandung tu. Tapi yang macam sesuatu yang antik, jarang-jarang dapat. Macam satu impian yang belum tercapai. Macam pucuk dicita, ulam mendatang. Macam-macam.

Mengidam sesuatu yang merah...

pic: credit to smile double seven - azam

p.s: harap tidak berjalan berseorangan...

Friday, April 15, 2011

Jangan Ketawa!

Assalamualaikum.....

Contrary to the title above, there are a lot of reasons for you guys to laugh when you watch the video clips attached below.....enjoy! =)

Happy working!

1. Definitely not for Justin Bieber's die-hard fans (btw, the girl at 3:08 is so hot! =p)



2. Ting Tang Ting Tang Alexander! Definitely will be a classic for time to come...




3. This one is rather short but definitely a sucker punch! Harith and Afdlin rock!




Definitely, maybe. =) *peace*

Wednesday, April 13, 2011

Naiktaraf!

Assalamualaikum...

Dalam hidup, pada satu masa yang sesuai...semua orang nak naiktaraf perkara berkaitan hidup mereka.

Yang gaji ciput....nak gaji segantang

Yang pangkat pegawai....nak jadi pengurus

Yang bawak Wira....nak pakai Inspira

Yang bini sorang....nak tambah lagi...

Ops...~

Jadi, aku pun tak terkecuali. Setakat ni mampu upgrade blog je. Touch up sikit di sana sini dan bermain dengan warna sikit. Sebab sebelum ni warnanya macam 'mendung' je.

Kalau ada yang tak kena @ menyakitkan mata, mohon komen. Maklumlah, blog ni milik kita bersama kan. (bajet ramai readers T.T)

Aku reka. Kita sama-sama baca. Insha Allah.

 

Tuesday, February 08, 2011

Random thoughts!

  • Tak kira walau macam mana berat 'kesusahan' ini, meski betapa sunyi hati berhadapan, betapa tiada yang mengerti, biar betapa gelisah dan rasa tak berguna, untuk semua salah faham dan hati yang tak bersimpati...aku telah berjanji untuk kekal berdiri, hingga ditakdir jasad dikandung tanah...the least i can do~
  • "Mana-mana pun memang kompetitif, yang pentingnya aok usehe.."-abah
  • Dulu-dulu tiap pagi raya, mesti keluar sarkas kat tv sebab it will bore people to death, thus encourage us more gi lawat relatives/friends. Ironinya sekarang, sarkas di mana-mana. It's very deep if you really understand! 
  • Susah rasa nak lupakan seseorang yang telah mengusik hati ini. Lebih-lebih lagi kalau usaha nak mengorat menemui jalan buntu kerana boo layan. Most of men mungkin anggap 'jangan mengalah selagi xberjaya'.Persistent la konon. As for me, bukan xnak usaha lebih. Di hati kata mari, realiti kata 'cermin diri dulu'. So probably, not now. Jadi, untuk masa ini, gigit jari. 
  • “Your time is limited, don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma, which is living the result of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinion drown your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition, they somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” – Steve Jobs thru' Nysya Feroze
  • Semalam tengok balik 'The Lake House'. Fall in love with the movie all over again! Kate:"Ahh...a comedian. What? You had clowns for breakfast this morning?" (the dialog wasn't exactly like that.Yes,i improvised it)
  • Form is temporary, Class is permanent~ 

Sunday, December 26, 2010

So Near Yet So Far

Salam...


a phrase that can tell a thousand stories...


Bila sesuatu sudah berada sangat hampir dalam genggaman...tapi dek kerana a turn of event @ misfortune, sesuatu yang pasti @ hampir terjadi tu, tak kesampaian.


Adakah ia nasib @ kerana kurang persediaan yang memungkinkan sesuatu itu tak terealisasi di saat2 akhir?


Bukan ape...aku relate dengan kisah aku hari je huhu...sikit je lagi aku membayangkan aku akan keluar dari kepompong keraguan aku, telefon dan borak2 dengan die. Tapi bila masa dah sampai, dia xangkat fon! =x


definitely,she has her own reason...yg aku xdapat nak teka @ speculate.


So, here i am. Back at square one. Eh, xla jugak. Aku boleh develop usaha ini dengan apa yang ada setakat ini. Cuma mungkin jalan kejayaannya,masih samar2.


Dan...mungkin juga, yang menjadi masalah dengan aku, i freak out easily. Belum ape2 dah gelabah. Kena belajar cool,beb. Jadi macam ais. Bukan macam magnesium =p


Esok2...adelah tuah aku...agaknya~


.     .     .     .     .     .     .     .     .     .     .     .   


Juga memegang phrase subjek, AFF Suzuki Cup: could it be the case too for our national football team?


Team Malaysia, tak kire la sukan ape pun, memang popular dengan prestasi crumbling and hancuss when it matter the most. Tapi bila masa tak berharap, masa pandang sebelah mata, masa tu la dorang menang.


Memang aku pun agak teruja la dengan perkembangan team kita. Walaupun setelah dibelasah macam budak tadika oleh indon, they rose from ashes and qualified to final, and beating the defending champion in the process. Kudos to Mr.Rajagopal yang kelihatan memang orang yang betul memacu team bola sepak negara. Aku rasa akan lagi mantap kalau dia 'tag team' dengan Azraai Khor Abdullah. i believed national team can go far.


So,esok final 1st leg. Aku harap menang la. Kalau tak memang arwah la nak menang kat indon. Apa2 pun,nothing is really impossible. Kalau dorang betul2 nak, Rajagopal pun ade master plan yang baekk punye + the boys execute the plan perfectly, nothing will stand against them and our first title.


...masa untuk simpan sekejap jersi2 EPL...=p


Chaiyok2 team rimau...kasi baham!






p/s: makin seronok layan vc CNBlue...isk! =S



Friday, December 03, 2010

I was tagged~

Salam...

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
   
- keredhaan-Nya & restu mak abah.

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
   
- nasi lemak singgit pagi tadi.

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
     
- 1) rumah family. 2) tema: terpulang la pade bakal bini..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
   
- tak.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
     
- forever.

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
   
- ntoh.

7. Novel/ buku/ majalah terakhir dibeli?
   
- i don't read much.

8. Apakah nama penuh korang?
   
- M.A.H.A (figure that out urself)

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
   
- no komen.nanti salah sorang jeles =p

10. Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
       
- Captain Marvel Steven Gerrard.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
     
- a'ah.pakai mesin.

12. Manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
       
- mauritius.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
     
- peluk.

14. Beritahu 3 perkara tentang orang yang beri tag?

      a) ex-junior
      b) ptd
      c) a very keen blogger...betul?

15. Lima 'benda' yang paling disayangi dalam hidup anda?
     
1) family
      2) telefon bimbit saye
      3) cincin stainless steel yg mak belanje
      4) kereta 
      5) my metabolisme

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
       
- torn by natalie imbruglia / menyesal - sixth sense

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
     
- 8/10. xcelebrate.

18. Lima rakan bloggers yang korang nak tag:
     
- to whom this may concern...pliz tag urself~

Later...~ 

Thursday, November 11, 2010

Bday Mak!

Salam...

Rasa macam setahun x post anything...tanda rindu @ tanda jemu???=p~

Tapi xpe...buat insan² merindui penulisanku (more to penaipan kot), i am here to serve!=p~

Saja pilih tarikh ini untuk mark satu tarikh yang sentiasa diingati...hari ulangtahun kelahiran mak saya...(bagi wane baby blue la coz' nampak sket kelembutan kasih sayang seorang ibu...gitu?!)

"Happy birthday mak. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan dan diberkati usia, dilimpahi kurnia hidayah serta taufikNya...di kelilingi anak² yang soleh dan solehah (insha Allah) dan keluarga yang selamanya menyayangi..."

Selalunya kami akan celebrate secara kecil-kecilan di rumah. Tapi memandangkan tahun ni jatuh di tengah minggu, maka mungkin ditangguhkan ke hari raya haji nanti when everybody's home. Cuma kurangla korum this year as kakak jauh di tanah orang. Xpelah, nak buat macam mana. The only constant is change. Change is the only constant. Change alone is unchanging. Go ponder.

.   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .

Sebut pasal perubahan, ade sedikit modification pada wishlist terdahulu (refer this). Ingatkan by year end, dapatla dipenuhi kesemuanya tapi memandangkan ade keperluan lain yang lebih mendesak maka terpaksa la extend period of realisation.

Ni la mende yang mendesak sangat tu:-

A suit
 Alkisahnya this coming December ade Grand Dinner organised by brothers-in-arms Starian 40 sempena 10 years anniversary leaving school dan dipendekkan cerita, dress code: formal evening suit. Pokcik tak pandei makai kemaih2 gini. Selalunye pokcik pakei kain pelikat jek!

Tapi xpelah, since the need has arose now, baik la buat satu. Who knows i might wear it too di hari bahagia?! So, dalam minggu ni, sambil² siapkan kerja di ofis, jenuh (puas) jugala aku dok google serba sedikit pasal suit ni. At least now i know terms macam single breasted, 3 button suit, herringbone, cashmere et cetera. Kalau dulu, ada aku kisah?!

So, probably hujung minggu terdekat ni adalah misi untuk cari tailor mana yang bagus, yang most affordable dan if things go right, tempah sekali la.Wish me luck! 

Later...~

p/s: masih fenin' mencari hadiah bday  untuk bonda.any ideas,guys? 
   

Monday, November 01, 2010

Surprise!

Salam...

"Surprisingly....tak ade!"

mungkin dah ditakdir begini...tak mungkin bisa mengharapkan yang lain...

memang teringin...

lantas kudendangkan WARKAH - BAU buat mengubat hati...

Happy November

Later...~

Thursday, October 28, 2010

Kecomelan

Salam...

Ada apa dengan kecomelan?

Mia Sara Nasuha (Adamaya)
Adakah ia rasa sensasi yang menyegar mata @ semata-mata kelemahan diri yang tidak mampu melihat lebih dari rupa fizikal, dan tidak dari dalamannya, yakni hati?!

Adakah ia sesuatu yang wujud hanya untuk menjadi perbandingan kepada yang tidak dan menyisih hak kepada yang kurang?

Memang fitrah manusia yang mengidamkan keindahan setiap masa. Sama ada kita berhak ke atas keindahan pandangan itu atau tidak, itu suatu perkara yang sering diabaikan. Yang penting, pancaindera mata disajikan dengan nikmat kecomelan itu, lalu berjangkit pula ke hati....cair.

Kenley Collins (Project Runaway V)
Bila dah berjangkit ke hati tu, susahla sikit. Bukan semua kecomelan boleh dimiliki. Biar betapa jiwa meruntun untuk mendapatkan, ada yang hanya untuk ditatap, tidak bisa disentuh. Ada yang dah termiliki. Gigit jari.

Rachel Weisz (Runaway Jury)

 Namun, hidup di dalam dunia yang berputar dan masa yang berjalan, membuatkan kecomelan hilang kerelevanannya di telan masa. Yang indah tak selamanya mekar, yang cantik tak selamanya masyhuk, yang comel tak selamanya kekal...

 Demikian riwayat kecomelan. Nice to see, nice to hold, once taken, forever in your soul. Gunakan akal fikiran, nilaikan dengan harga semasa dan akan datang, di mana untung dan ruginya. Kadang-kadang, kalau kena dengan gayanya, itulah sumber kebahagiaan hakiki... tapi awas andai silap langkahnya, bahana yang menanti.

Fahami.Nikmati.Syukuri.

Apa pun...cuteness rule!


Later...~

Wednesday, August 04, 2010

Mr. Right (if you still in quest,girls!)

Aku terpanggil untuk berkongsi perkara ini lepas terbaca somewhere dalam fb just now. Kepada orang² yang seangkatan dengan aku (single & available to this date,that is), bolehlah dijadikan panduan serba sedikit kan...and to single girls out there, this one specially directed to you guys. Periksa:-

10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Meminjam kata² Prof. Izzi Hot.fm..."renung²kan dan selamat beramal..." =p

p/s: memang sedang memperbaiki diri...

Tuesday, August 03, 2010

Langkah Pertama~

Assalamualaikum w.b.t....

Sebenarnya dah lama aku buka blog ni. Ibaratnya, majlis pecah tanah dah lama sudah tapi bangunan tak naik-naik! Hehe. Cuma sekarang la terasa macam terinspirasi untuk berkongsi cerita dan rasa dalam wadah ini selepas membaca bebarapa blog dari orang-orang yang aku kenali.

Kalau diikutkan, blog is really not my thing. Berdilema dengan diri sendiri kisah hidup mana yang boleh dan tak boleh dikongsi, nak guna bahasa rasmi @ pasar? nak guna bahasa Melayu @ bahasa Inggeris? Sudahnya, dek kerana minat mengarang, aku ketepikan semua persoalan itu dan aku akan buatla macam mana pun ikut acuan sendiri dan mood aku. Jadi,korang layankan aje, OK?!

Kalau ikutkan antara topik yang sedap aku nak sentuh, first and foremost of course pasal my beloved sport, the so-called beautiful game: FOOTBALL. Khususnya berkenaan Liverpool FC. Kemudian, sedikit pasal kehidupan. Love story ke, turun naik situasi hidup, moment of truth et cetera.

Cukuplah mukadimahnya. OK, boleh start boring sekarang =p Tengokla macam mana. Kalau tak mula, kita tak tahu kan. Mana tahu this is a start of something big, larger than life?! Who knows...

Later...~