Saturday, June 11, 2011

Mereka Sudah Sampai Seru

Assalamualaikum...

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kaum berdua
Bila dua jasad menjadi satu
Hidup mati jadi bersama
- HMM

Sama seperti indahnya bait-bait pantun di atas, begitulah juga indahnya ikatan-ikatan perkahwinan yang dimetri dan dijanji antara dua jiwa yang saling mengkehendaki. Dan seperti yang telah dipraktikkan sejak beberapa dekad yang lalu, bila musim cuti sekolah, maka undangan ke walimah pun bersusun dan beratur.


Maka banyakla undangan yang telah diterima sedari hujung bulan April lagi, rasmi atau tidak. Trend sekarang, orang jemput pakai facebook je. Jimat kos - kad+setem. Mana taknya, kalau envelope yang bunga2 tu tak salah aku sekali pos dah 80sen. So darab la dengan 500 kad (kalau semua pos la) Belum kahwin, dah bankrap! Tapi terpulang la kan. Bajet masing2. Kalau ada yang rase perlu juga pos, pos. Kalau tak pun, aku fikir undangan dari facebook pun dah cukup rasmi kalau dikira perubahan zaman. Tapi afdal la by hand pada yang wajar. Lebih manis.

Tapi aku di sini bukan nak cakap pasal kos kahwin atau cara jemput, tapi meraikan beberapa pasangan yang telah pun selamat diijabkabulkan dan sekarang telah selamat menjawat 'jawatan' suami dan isteri. Selamat pengantin baru buat korang semua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah selepas ini. Tahniah kerana telah selamat menjumpai pasangan kalian =)

1. Syazwan & Hasana


Hasana atau fondly known as Ana, adalah anak Mak & Pak Andak aku, menamatkan zaman anak daranya dengan pemuda dari Kedah iaitu Mr.Syazwan pada minggu lepas, kira2 bersamaan dengan ulangtahun perkahwinan adik aku yang pertama. Tup tap tup tap dah setahun kan?!Tahniah Ana~

2. Shuq & Linda 


Well, tahun ni seolah-olahnya kebanjiran pulak saing-saing degree dulu yang mendirikan rumahtangga. Dimulakan dengan pasangan ini - Shuq & Linda. We all were classmates and so far memang dorang saje la yang bercinta sesama sendiri haha (bunyi pelik je). Ceritanya bermula di Cherating kot (correct me if im wrong) masa dinner pre-grad senior kami. The rest was, like we all already knew, is history~

3. Ijoy & Umi


Sorang lagi ex-housemate, ex-roomate dan ex-degreemate yang decided to scrap the 'bujang' title. Suhaimi @ Ijoy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Ummi Sa'adah hujung bulan Mei yang lepas. Aku terkilan sikit sebab tak sempat nak datang walimah dorang atas sebab yang tak dapat dielakkan. Anyway Ijoy, may you guys live happily ever after k. Cepat-cepat timang juniors~

4. Azam & Diha 


Juga classmate masa degree years dulu, Nur Izdihar @ Diha telah pun selamat menjadi isteri kepada suami, Mohd Azam. Reception mereka yang aku hadiri telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pada minggu lepas. Memang vogue habis la. Lagi vogue - aiskrim tapai as dessert. Kau ada?Hehe. Selamat berbahagia buat kedua mempelai~

5. Bukhari & Che Badariah


Bukhari @ Cory aku memang regard as one of my best'est' friends. Susah nak cari kawan macam dia. Walau bagaimanapun sangat-sangat terkilan sebab aku gagal menghadirkan diri ke perkahwinan dia bersama pasangan, Che Badariah, atas sebab kekangan masa. Walau apa pun bro, trust me, doa yang baik-baik dari aku akan sentiasa mengiringi perjalanan rumahtangga kalian. Mungkin di kesempatan akan datang, kita akan berjumpa lagi~

6. Asrizal & Dilla


Last but not least, another ikatan suci yang tersimpul adalah antara my childhood friend, Asrizal dan pasangan, Dilla. Aku sempat la menghadirkan diri ke majlis walaupun keseorangan pasal memang dekat sangat dengan rumah. Asrizal ni geng futsal aku kat Seri Kembangan. Tak tahu la bila lagi boleh join lagi. All the best bro OC!~

Begitulah adanya. Mungkin ada lagi jemputan yang lain atau undangan yang aku terlepas pandang. Tapi begitulah adatnya manusia yang punya 1000 kelemahan. Maka segala apa yang terkurang aku kurungkan juga ucapan maaf di sini kerana kurang peka atau terlupa. Sudah pasti lah hari besar masing-masing kita berharap saudara mara dan rakan taulan akan bersama memeriahkan majlis. Tapi seperti apa yang aku telah belajar dari pemerhatian dan pengalaman, janganlah diharapkan kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tak mungkin wujud dalam plan kita kerana ada plan lain yang lebih jitu dan boleh overwrite plan kita iaitu tak lain tak bukan, rancangan Allah Azzawajalla.

...sehingga ke jemputan majlis aqiqah anak-anak korang pulak, tata!

*gambar-gambar dicilok dan diedit dari various sources-mintak halal!

p.s: ketinggalan, ketinggalan dan terus tertinggal.....

2 comments:

S.u.e said...

cepat2 u dah jauh kena tinggal..

AlonGarcia said...

tula...jauh dah ni huhu~