Assalamualaikum...
Aku ade satu pe'el (bukan kupas) yang mana aku suka tengok @ buat sesuatu dengan cara yang tersusun, teratur, tertib...dan apa2 lagi perkataan yang sewaktu dengannya...
Kalau sepah-tak boleh. Kalau tunggang terbalik-tak cantik. Kalau senget-tak senang.
But i'm not a perfectionist...
Agaknya sedari kecil dah terbiasa hingga menjadi tabiat yang sukar dikikis. Setengahnya bagus kerana apa-apa aje yang aku buat, mesti nak kemas. mesti nak lengkap. mesti nak nampak cantik. mesti.
Setengah yang satu lagi pula, bila dah mula jadi tak kemas, aku jadi malas. bila dah tak lengkap, jadi frust nonggeng. bila tak cantik...bukan salah aku!
Maka bermula lah misi mendidik diri agar tidak terlalu obses dengan kekemasan dan kecukupan. Ada perkara yang jadi lengkap bila hanya berlebih kurang. Ada usaha yang lebih berbaloi bila tak cukup di sana sini.
Kerna itu, kita diajar dan dialukan tentang.....bersederhana.
Maka posting ini sebenarnya, mendahului topik2 lain yang ingin aku persembahkan. Semenjak hujung tahun lepas, terlalu banyak events yang berlaku dalam hidup, yang terlalu penting untuk tidak diceritakan...tetapi cukup kompleks untuk digambarkan secara lengkap, tepat dan sempurna.
Maka aku sempurnakan dalam satu rangkaian perkataan:-
Chickenpox - hurdles - wedding - honeymoon - induksi - kachiiing - kursus - pindah
Ia mungkin tidak mampu difahami secara tepat hanya dengan membaca rangkai-rangkai itu. Tapi cukuplah agaknya memberi sedikit gambaran dan cerita tentang rencah dan warna hidup yang telah aku lalui dalam beberapa bulan yang lepas. Untuk itu, aku bersyukur padaNya kerana memberi peluang aku merasai nikmat yang tidak tergambar bagiku kira-kira di tahun-tahun kesuraman hidup.
Hari ini, aku korbankan sedikit peraturan dan peri lengkap kekuatan nyala rasa dalam diri. Tapi tak bermakna aku ketepikan terus. Menulis masih nak lurus-lurus. Tak nak bengkok-bengkok. Tak nak salah eja. Tak nak terconteng.Hatta boleh blanko!
Ahh...bukan semua yang teratur dan terancang tu cantik dan lawa...
Try jenayah terancang....tak cantik kan?!
=)
No comments:
Post a Comment