Friday, June 03, 2011

Abang Alonso - still missing you...

Assalamualaikum...

Dah lama betul rasa tak tulis pasal bola. Padahal dulu aku ingat separuh dari blog ini akan penuh dengan cerita bola. Rupa-rupanya tak. Mungkin sebab....takpelah, sekarang aku tulis!
 
Musim bola Eropah 2010/11 dah pun officially tamat last week. Dan tahniah la kepada yang menang league title, menang segala jenis cup, dan sebagainya.

Dan untuk peminat Liverpool FC @ LFC macam aku...'tahniah' lah sebab kita takde europe tournament untuk 'dipermainkan' musim depan =P Apa pun, banyak poin positif yang boleh diambil kira. Walaupun, pada awal musim, LFC pernah terperosok di kelompok 'relegation zone', LFC berjaya bangkit kembali dan merekodkan beberapa perubahan yang nyata memberikan kelainan di separuh musim yang kedua:-

1. Kemasukan Kenny Dalglish (KD) menggantikan Roy Hogdson menyaksikan LFC kembali memanjat tangga carta dan akhirnya menghuni tangga ke-6.(missed out on Europa League spot)

2. The year when Lucas Leiva, finally, come good. Selepas beberapa season yang lepas buat supporters sakit hati dan kutuk2, akhirnya Lucas menyaksikan persembahan yang konsisten dan kerap kali juga mengemudi jentera tengah sewaktu ketiadaan S.Gerrard, dengan jayanya. Dibantu dengan relevation of Raul Meireles dan youngster, Jay Spearing, akhirnya LFC boleh bernafas walaupun tanpa kehadiran S.Gerrard yang kerap dilanda masalah kecederaan.  (adoi, apehal ayat aku dah macam ayat majalah bola nih?)

3. The obvious emergence of talents from the academy. Dimulakan dengan kemasukan Jay Spearing dan Jonjo Shelvey di bahagian tengah, ditambah lagi dengan pengenalan kepada Martin Kelly dan John Flanagan di posisi right back. Tidak dilupa, Jack Robinson juga di bahagian pertahanan dan beberapa orang lagi pemain yang diberi kepercayaan oleh KD dimasukkan sebagai pemain simpanan dalam beberapa perlawanan. And we could not wait to see them 'blossoming' next season!

4.  El Pistolero! Nama jolokan bagi pembelian Januari LFC, Luis Alberto Suarez @ Suarez. Scoring on his debut for LFC dan beberapa gol lagi menyusul di perlawanan seterusnya. Tapi kebolehannya mengucar-ngacirkan pertahanan lawan and his trickery riuh diperkatakan membuka peluang buat rakan-rakan sepasukan yang lain seperti Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez menjaringkan gol-gol penting. And he's only 24!

5.  Dengan ketiadaan pertandingan di peringkat Eropah musim depan + kesediaan pemilik baru (Fenway Sports Group) untuk berbelanja besar membeli pemain-pemain berkualiti + promotion kepada pemain-pemain muda yang berjiwa LFC through and through + bimbingan oleh idola dan legenda The Reds, King Kenny = LFC probably has finally found the perfect mould and 'ingredients' to challenge for every domestic cups available next season. I'm buzzing! 

Membaca transfer gossips di ruang-ruang jejaring maya membuatkan aku teruja tapi loya kerana hampir semua pemain dalam dunia dikaitkan dengan perpindahan ke LFC musim depan (mungkin Safee Sali pun ada nanti aku check!). Tapi dalam berteka-teki tu, ada seorang pemain yang kekal dirindui dan dinanti kepulangannya iaitu, Xabi Alonso, yang kini bermain untuk pasukan Real Madrid.

Boleh dikatakan selepas pemergian Alonso, coupled with trouble brewing in the boardroom of LFC, menjadi punca kemerosotan dan kejatuhan LFC. Baru-baru ni Alonso come clean with his true reason why he left LFC for Real Madrid, in an interview.

Agak-agak kenapa? Baca di sini.

Tiada gunanya mengenang yang lepas lama-lama. Tapi Xabi Alonso pastikan akan sentiasa lekat di hati penyokong-penyokong tegar The Reds selepas membantu LFC memenangi Champions League pada tahun 2005 dan menjadi naib juara EPL di musim terakhirnya bersama LFC. Buenas Suerte, Señor Alonso!

Xabi Alonso Dalam Kenangan

Look better and best only in RED!
In action; celebrating a goal!

Seen here with Stevie G, partnership made in LFC!

The BOSS; indeed~

RM in shirt, LFC at heart~

No comments: