Thursday, April 21, 2011

Berkongsi Kegembiraan

Assalamualaikum...

Menjelang tengah tahun, macam tahun-tahun lepas jugak, bertalu-talu jemputan walimatul urus diterima dari kawan-kawan. Obviously sebab cuti sekolah yang dua minggu tulah. Senang kan sedara mara nak datang menghadiri esp. pada yang duduk jauh-jauh tu. Tapi ada je yang buat weekend biasa. Terpulanglah.

Dan seperti biasa, bila datang moment begini, it's time to self-reflect, 'di mana silapnya menyebabkan aku ketinggalan jauh sangat ni?' 2nd question comes to mind - 'bila pulak turn aku?'

Buat adik-adik yang membaca dan mungkin tidak memahami hakikat keadaan seperti ini, percayalah, when the time comes, bila kawan-kawan dah pakat-pakat kahwin dan anda pula tidak, you'll definitely understand the feeling.

Tapi kali ini, aku cuba memikirkan sesuatu yang berlainan. Mengapa tidak kita berkongsi kegembiraan ini? Kawan-kawan kita dalam debaran untuk melangkah ke satu tahap hidup yang berlainan. Memateri janji untuk hidup bersama dengan insan terpilih yang disayangi. Susahkah untuk kita berkongsi kegembiraan itu?

Asalnya memang susah sebab bukan kita yang rasa. Bukan kita yang bersanding di pelamin.  Bukan kita jugak yang dapat hadiah rice cooker, microwave atau sponsor pakej honeymoon. Tapi aku pasti, kawan-kawan yang nak kahwin ni pasti akan lebih teruja bila kita sama-sama meraikan hari bahagia mereka, dengan kehadiran di kenduri mereka dan senyuman di bibir.

Aku kira agak 'selfish' seandainya yang menjadi 'highlight' di hari bahagia orang adalah perasaan kita yang kehilangan 'kawan lepak' atau rasa ketinggalan di sebabkan kita masih bersendirian. Lebih teruk andai kita menyuarakan hal itu kepada kawan-kawan yang nak berkahwin, seolah-olah tindakan mereka untuk berumahtangga dah jadi satu dosa pula kerana tidak mengambil kira hati kawan yang keseorangan selepas ini.

Apa salahnya, di saat mereka meniti hari menuju hari bahagia, tanyakan tentang persiapan mereka, berikan mereka kata-kata gembira, hidangkan tentang fantasi-fantasi indah hidup berdua atau cukup dengan doakan segala perjalanan majlis akan berjalan lancar. I'm pretty sure, kawan-kawan kita akan merasa overwhelmed dengan sensitiviti kita berkongsi keterujaan mereka. Dan pastinya kita pun mengharapkan yang sama bila tiba masa kita.....=)

Tak terhad pada perkahwinan sahaja, kongsilah kegembiraan untuk semua berita gembira orang lain...seperti ia juga milik kita.

  • bila kawan score better marks dalam exam, dan kita flop~
  • bila kawan dapat naik pangkat, naik gaji atau naik kerjaya, dan kita masih di takuk lama~
  • bila kawan dapat pergi melancong sana sini, dan kita terperuk di rumah~
  • bila kawan dapat zuriat, dan kita masih belum ada rezeki~
  • bila hidup kawan-kawan kelihatan lebih hebat dan gembira daripada kita....
Mengertilah bahawa Tuhan telah merencanakan dan menentukan rezeki, jodoh, ajal, maut kita. Tinggal lagi lambat atau cepat je. Mesti ada hikmah lambat dan cepat sesuatu itu ditentukan. Bersangka baiklah pada Tuhan kerana Dia lebih mengetahui, dan pasti, seandainya kita dibukakan dengan rasional setiap keputusanNya, pasti kita pun takkan membantah barang sedikit pun. (refer kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa / juga kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail)

Apa yang aku kongsikan ni bukanlah ditujukan pada sesiapa, tapi lebih kepada diri sendiri. Kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar yang selama ini kita terlalu kuat memikirkan kekurangan sendiri sampai lupa meraikan kebaikan yang diterima oleh orang lain. Mana tahu, kebaikan yang diterima orang lain itu adalah pembuka kepada kebaikan yang bakal diterima oleh kita. Ye dok?!

Clap your chest, asks the appetite....ngeeeee =p~

Mari lompat kegirangan bersama-sama!

p/s: tengah susun jadual untuk penangan nasi minyak!

2 comments:

Hatipecah said...

nice elaboration though.

"meraikan bersama walaupun hati sendirik gundah gulana..."

Dah dapat kasik kawan-kawan happy pun dah alhamdulillah..

Keep it up ... Keeping in touch dengan semua kawan-kawan is really a good idea. =)

AlonGarcia said...

hanya diri menasihati diri sendiri =)