Assalamualaikum,
Baru tadi berkesempatan berbual panjang dengan sahabat baik. Menceritakan masalah hidup yang sedang melanda dan bertukar pendapat. Betapa proses itu satu 'healing process' yang sangat berkesan. Terasa beban di dada berkurangan sikit.
Dalam hidup ni, kita akan jumpa ramai kawan. Dan berjenis-jenis pulak tu. Dan percayalah, kawan² yang berada bersama-sama kita di waktu susahlah adalah kawan yang sebenar. Sahabat, to be exact. Sahabat yang sentiasa memberikan sokongan, membantu bila kita bermasalah, mengutarakan jalan keluar, yang berkongsi kegembiraan dan tak pula judge kita sewenang-wenangnya.
Aku bersyukur, walaupun tak ramai, aku ada sekurang-kurangnya seorang kawan baik yang boleh aku percayai. Kawan yang boleh simpan rahsia dan boleh share citer² menarik dengan aku.
Tak lama dulu, dia ada masalah. Masalah yang cukup hebat dan benar² menguji dia sebagai seorang insan. Alhamdulillah, waktu itu aku rasa aku telah melaksanakan tugas aku sebagai seorang sahabat dan kini, bila tiba hari aku, aku didengari.
Dalam berkawan, aku cukup hargai kawan² di sekeliling. Tak hairan kalau aku masih lagi contact kawan² sejauh zaman tadika lagi sehinggalah kawan kerja sekarang. Tapi nampaknya kebelakangan ini, aku dapat rasa yang that is not the case anymore. Oleh kerana ramai kawan² yang sibuk dengan komitmen masing², baik dek kerana keluarga @ kerja, dah tak selalu kami keluar dan hang out together.
Kalau dulu, akulah yang paling seronok mengatur rancangan dan tentatif aktiviti yang boleh dilakukan bersama. But now, the excitement is slowly, but surely fading away.
Sudah tiba masanya, aku perbetulkan prioriti aku. Tak mungkin lagi aku biarkan ruang untuk kawan² @ so-called friends yang ada bila kita senang @ gembira. Bukannya nak mengungkit @ membeza-bezakan kawan², tapi kekadang aku geram bila mereka sendiri yang menjauh bila aku dilanda masalah.
Lantak.
Dalam masa yang sama, aku masih lagi membuka hati pada kawan² baru yang ikhlas berkawan. Pada asasnya aku seseorang yang senang didekati walaupun kelihatan sombong @ serius sebab aku kurang bercakap. Tapi i really do enjoy one-to-one conversation and i could be pretty chatty too.
Treat me right, and i'll treat you double right~
Take care.
3 comments:
Pada asasnya aku seseorang yang senang didekati walaupun kelihatan sombong @ serius sebab aku kurang bercakap. ----> omg! i have to admit this is sooo true... ngeeee~ *no offence ya!*
i always want to be ur fren. or maybe, one of ur fren..
aidan,
really?most of people said i was like that..
syahizwa,
tqvm.
Post a Comment