Tuesday, November 16, 2010

Barbican

Salam...

Semalam, tengah-tengah malam boleh pulak terlapar...huh!

So, oleh kerana dah puas buka, tutup peti ais + kabinet kot² magic ade chicken chop ke, prawn olio ke @ nasi kerabu daging bakar (tidak berhasil), maka terpaksala aku membawa haluan ke parking, start kereta & memandu ke arah mutiara damansara mencari kedai mamak feveret. (dulu mamak feveret ialah MAKBUL kat ttdi tapi skrg dah runtuh ganti bangunan lain) 

Setibanye di mamak ingat nak order roti nan cheese tapi ane sorang tu cakap kuah dah habis. Apa barang kalau makan nan xde kuah. So, tukar la order mee goreng mamak je. Sambil tengah tunggu tu, aku terpandang la sebotol air ni yang aku dah dengar beberapa kali dari mulut kawan². Memang adela teringin nak cuba tapi xde kesempatan. So, sebab semalam tengok dalam peti kedai mamak tu banyak je, try la sepam.

Ni la airnya:-

Barbican!

Menurut kawan aku, kedai² Arab banyak la jual air ni. Tak hairan la sebab syarikat yang mengeluarkan air ni, Aujan Industries base kat UAE. So, depa kena la tolong² kaum depa jugak kan.

Setelah merasa air ni, okla. I was not disappointed with the taste. To me, it's not as sweet as typical soft drinks. Dengan rege RM3.50 per bottle, kira okla untuk sekali sekala nak merasa. Kalau selalu-selalu = Mark Zuckerberg pun bankrap!

Tapi yang lebih buat aku excited bila tengok penutup botol tu. Terimbau la saat² zaman sekolah rendah main penutup botol. Ala, korang pun pernah main kan. Kira among the most popular past times la besides main pemadam & tepuk batang aiskrim.Huhu~

Kalau dulu, asal cikgu xmasuk kelas je @ tunggu gap between two classes, sempat sokmo main tutup botol. What a joy,indeed.

Later~

p/s: esok raye haji. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1431h buat semua rakan² muslimin muslimat. Semoga kita mengambil iktibar kisah Nabi Ibrahim - Nabi Ismail. 

1 comment:

Miss Aidan said...

Huhuhuhu...I main batu seremban je dulu..