Monday, November 29, 2010

Selongkar mp3 ku!

Salam...

Dec is approaching...fast!

Some say we can actually read people thru their preference of music genre...

Ballad...romantic
Rock...brutal
Jazz...sophisticated
Blues...high...huh?!

I say...apa² pun boleh~

Aku simpan mp3 files aku dalam hp. Kira itu jugaklah mp3 player aku. Senang. Length total lagu sekarang dah sampai 1 hari. Agak² muntah jugakla nak dengar semua. Aku banyak simpan lagu² lama yang nak dengar balik & of course lagu² baru. Bila dengar lagu² lama tu, tersingkaplah memori² dulu zaman xde janggut. That's why aku dl jugak walaupun xla dengar sangat pasal dah boring. Saja simpan. Just in case...

Dulu² dengar jugak rock kapak. Boy bands pun dengar. Spice girls pun. Selera berubah mengikut masa. Well, i guess xperlulah malu kot kalau dulu pernah minat dangdut @ lagu jingle Mickey Mouse. More or less, taste from the past tu yang define siapa kita pada hari ini. Aku tahu ramai yang segan mengakui. Peer pressure. Semua nak taste yang cool dan terkini, well accepted by the masses, walaupun jauh di sudut hati kita menipu diri. Bila orang takde, layan dikir barat sampai naik sheikh. Benda ni macam 'guilty pleasure' la. Umpama kurik idung dan geget kuku...gross, tapi buat jugak kan?!

Haha...membebel tak tentu pasal. Sebenarnya just nak share apa ada dalam my most played playlist:-

1)  Hanyut - FT
contender utk ultimate champion AJL 25. Nuff' said.

2) Seadanya Aku - Nubhan
accidentally terdengar somewhere...terus menusuk jiwa.

3) One Last Chance - James Morrison
lagu motivation aku bila feeling down and low...always one last chance to come good!

4) Rag Doll - Maroon 5
slow rock.lagu pasal lelaki yang xsanggup lagi dipermainkan...huh~

5) Munajat Cinta - The Rock
terlambat mengenal lagu ni. tahun lepas dah kuar tapi baru tahun ni sedar. sekali dengar terus hooked up. syok tengok guitarist yang semangat betul layan dalam vc lagu nie. 

6) Menyesal - 6ixth Sense
lagu tentang penyesalan xmenerima cinta yang pernah di'offer'. mengingatkan aku tentang 'hargai orang² di sekeliling anda'.

where u can listen to Mizz Nina sebelum gerak solo, Shaheizy Sam (Adnan Sempit) & Sein Ruffedge (Adamaya) rapping masa dorang dalam group M.O.B. dan Reefa yang rapping laju giler...be my guest!

8) Decode - Paramore
OST Twilight. one of many Paramore's numbers yang aku suka. Hayley Williams rawk!

9) Tiba - FT, Shahir & FBI
dari album special edition Hangatnya Raya Hot.FM. buat tahun ini. aku pun xtahu macam mana boleh terminat.

10) Hanya Kerana Cinta - Anne/Tini Hot.FM, Ayu OIAM, Aril & Hafiz AF
juga dari album yang sama. ballad yang ok.

11) The Queen And I - Gym Class Heroes
 aku suka yang ini lebih dari Cupid's Chokehold. pernah berangan nak rapping macam Travis McCoy. susah hokkeh!~

12) Sweet Holiday - CN Blue
a korean number yang i kinda stumbled upon. dengar² then layan pulak. sentiasa membuatkan aku teringatkan seseorang...

13) Goyang - Ruffedge
bagi aku collaboration Ruffedge dengan Phlowtron ini memang terbaek! full of surprises, lawak and overall a very creative piece from Cat Farish (now with The Fabolous Cats)

14) Di Penjara Janji - Awie
dia punya vokal at his finest. try la bawak masa karaoke. boleh...boleh semput~

15) Pencil Full of Lead - Paolo Nutini
a song that could define my sophisticated taste in music. mamat ni punya lagu somewhat bluesy, soul and folk, a territory that i've never indulged in before. "..best of all, i got my baybee!" 

16) Pulanglah - Aishah
kira macam a must-have every raya. buat hati sayu lebih dari mendengar Dendang Perantau!

17) Miss You Love - Silverchair
lagu 'mellow' rock dari Australian alternative rock band ni. kalau x silap mula dengar masa aku zaman sekolah lagi. 

18) Drowning - BSB
one of many BSBs' songs yang masih melekat...atas sebab² tertentu...huhu~

19) Almost Here - Bryan McFadden & Delta Goodrem
serpihan Westlife yang kuar bawak karier solo yang xberapa menjadi. tapi lagu ni boleh tahan. had me at the 5th second(when the song starts)

20) The Flight of the Bumble Bee - Maksim Mrvica
selalu buat aku berangan someday, outta nowhere, aku boleh main piano macam dia.

After said and done...bagi aku muzik adalah satu wadah untuk escapism je. Bile² datang waktu kesunyian yang xberpenghujung @ waktu tensi. Definitely not everything. Gone the days bila aku beria salin lirik la, cari biodata singers la. Sekarang dengar untuk leisure sahaja.

Tepuk dada, tanya selera ek~

Later...

p/s: x lambat lagi nak wish good luck untuk sorang adinda yang amik SPM tahun ni. Semoga dapat jawab dengan hebat!Aminn~
 
 

Wednesday, November 24, 2010

Moolah!

Salam...

Moolah = moo·la or moo·lah (m l) n. Slang. Money. [Origin unknown.] moolah [ˈmuːlɑː] n (Economics, Accounting & Finance / Banking & Finance) a slang word for money 

Nak share topik yang educational sket this time. Cerita pasal duit.

Time of late, di waktu diri ni dah dipanjat usia dan mule sedor diri nak menyimpan, baru la aku belajar serba sedikit pasal money management dan menyedari betapa pentingnya ia. Dulu² bukannya mak abah xajar. Walhal, siap ade tabung Nuri (BR) dok isi syiling lebih duit belanje sekolah. Bile dah penuh, abah akan bawak gi bank untuk masuk dalam saving aku & adik². Campur la sekali duit raya RM30 pasal puase penuh dsb. huhu~

So, aku banyak la buat bacaan sket tentang bajet, pengurusan wang peribadi and even visiting AKPK website looking for tips. Sebenarnya banyak cara nak uruskan duit sendiri. Terpulang la macam mana cara masing² yang sesuai dengan hidup, tapi yang penting, diuruskan.

Kat sini aku nak share la sket tentang budgeting yang aku extract dari satu artikel yang pernah aku bace. Untuk bajet, kita kena kelaskan perbelanjaan kita kepada 3 jenis:-

1. Compulsory items: your monthly dues - duit sewa rumah ke, instalment kereta @ insuran.
2. Essential items: ini termasuk seperti expenses on food, clothing, bil telefon & utility bills.
3. Desirables/Entertainment: ini hal² berkenaan dengan hobi, travelling @ desired items mcm perfume CK Free or Beg Tangan Gucci =p~

Bila berbelanja, settlekan yang No. 1 dulu diikuti seterusnya. Then bila dah settle ketiga-tiga items, kalau ada lebih duit, bagi aku! (ikutla sama ada nak belanja family ke, beli tali gitar @ masuk tabung masjid)

Jadi kat mana letaknya saving?Kalau tanya aku, of course aku letak sebagai compulsory item. Tapi jumlah saving aku tu bergantunglah kepada keadaan, masa & situasi. Contohnya, kalau nak raya, aku kurangkanlah sket saving untuk cover bajet raya aku. Tapi yang penting, tetap masuk bank la walaupun sikit coz' pada aku you have to keep the saving momentum going tak kira macam mana pun.

Untuk saving ni, some say 20% from your total gross earnings, some say 50%. Deduction EPF 11% (employee) + 12% (employer) deemed enough tapi to be safe, tambah la lagi personal saving masuk dalam ASB ke, Tabung Haji ke.

Lain-lain yang aku boleh kongsikan:-

  • kalau expenses melebihi earnings - make cutbacks (from No. 3 to No.1)
  • buy with cash, selagi boleh. don't spend money that you don't actually have. talk about credit cards.
  • saving is not enough. try investing.
  • limit visit to malls. prepare list of things to buy. don't spend on impulse.
  • stay healthy. medical bills can be a nightmare.
Hopefully, ape yang aku bebelkan kat atas boleh la sedikit sebanyak menjadi panduan untuk kita. Aku pun tengah bertatih untuk manage financial matters aku. So if you guys ade more tips, do share them here. Sharing is caring!~

Later...

p/s: tengah berkira-kira nak melancong...

Thursday, November 18, 2010

Menyesal

Salam...

Provokatif kan tajuknye...hehe.

Tapi xde apa yang aku tengah sesalkan sekarang. Cume nak berkongsi lagu 'Menyesal' by Sixth Sense band nie (from album '+ - x /'). Aku mula perasan pasal lagu ni bila selalu sangat tertengok iklan slot lestary tv3 cerita 'Asmara' tu, lakonan Shah Jazle + Faezah Elai. So, aku dl la last week and straight layan.

To me, Sixth Sense (S2) ni band yang 'mellow tapi serius'. Don't ask me how i got that to describe them, I just did. Dengan beberapa hits lain seperti Tak Bisa Memilihmu, Tanpa + Khatimah Cinta, S2 has, very much, cemented their credentials as serious musician/band in Malaysia.

So, enjoy the song, hayati liriknya. (hargai insan² di sekeliling anda,jgn sampai menyesal!)

MENYESAL - SIXTH SENSE 

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

 Later...~

p/s: pernah menyesal...isk~ 

 

Tuesday, November 16, 2010

Barbican

Salam...

Semalam, tengah-tengah malam boleh pulak terlapar...huh!

So, oleh kerana dah puas buka, tutup peti ais + kabinet kot² magic ade chicken chop ke, prawn olio ke @ nasi kerabu daging bakar (tidak berhasil), maka terpaksala aku membawa haluan ke parking, start kereta & memandu ke arah mutiara damansara mencari kedai mamak feveret. (dulu mamak feveret ialah MAKBUL kat ttdi tapi skrg dah runtuh ganti bangunan lain) 

Setibanye di mamak ingat nak order roti nan cheese tapi ane sorang tu cakap kuah dah habis. Apa barang kalau makan nan xde kuah. So, tukar la order mee goreng mamak je. Sambil tengah tunggu tu, aku terpandang la sebotol air ni yang aku dah dengar beberapa kali dari mulut kawan². Memang adela teringin nak cuba tapi xde kesempatan. So, sebab semalam tengok dalam peti kedai mamak tu banyak je, try la sepam.

Ni la airnya:-

Barbican!

Menurut kawan aku, kedai² Arab banyak la jual air ni. Tak hairan la sebab syarikat yang mengeluarkan air ni, Aujan Industries base kat UAE. So, depa kena la tolong² kaum depa jugak kan.

Setelah merasa air ni, okla. I was not disappointed with the taste. To me, it's not as sweet as typical soft drinks. Dengan rege RM3.50 per bottle, kira okla untuk sekali sekala nak merasa. Kalau selalu-selalu = Mark Zuckerberg pun bankrap!

Tapi yang lebih buat aku excited bila tengok penutup botol tu. Terimbau la saat² zaman sekolah rendah main penutup botol. Ala, korang pun pernah main kan. Kira among the most popular past times la besides main pemadam & tepuk batang aiskrim.Huhu~

Kalau dulu, asal cikgu xmasuk kelas je @ tunggu gap between two classes, sempat sokmo main tutup botol. What a joy,indeed.

Later~

p/s: esok raye haji. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1431h buat semua rakan² muslimin muslimat. Semoga kita mengambil iktibar kisah Nabi Ibrahim - Nabi Ismail. 

Thursday, November 11, 2010

Bday Mak!

Salam...

Rasa macam setahun x post anything...tanda rindu @ tanda jemu???=p~

Tapi xpe...buat insan² merindui penulisanku (more to penaipan kot), i am here to serve!=p~

Saja pilih tarikh ini untuk mark satu tarikh yang sentiasa diingati...hari ulangtahun kelahiran mak saya...(bagi wane baby blue la coz' nampak sket kelembutan kasih sayang seorang ibu...gitu?!)

"Happy birthday mak. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan dan diberkati usia, dilimpahi kurnia hidayah serta taufikNya...di kelilingi anak² yang soleh dan solehah (insha Allah) dan keluarga yang selamanya menyayangi..."

Selalunya kami akan celebrate secara kecil-kecilan di rumah. Tapi memandangkan tahun ni jatuh di tengah minggu, maka mungkin ditangguhkan ke hari raya haji nanti when everybody's home. Cuma kurangla korum this year as kakak jauh di tanah orang. Xpelah, nak buat macam mana. The only constant is change. Change is the only constant. Change alone is unchanging. Go ponder.

.   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .

Sebut pasal perubahan, ade sedikit modification pada wishlist terdahulu (refer this). Ingatkan by year end, dapatla dipenuhi kesemuanya tapi memandangkan ade keperluan lain yang lebih mendesak maka terpaksa la extend period of realisation.

Ni la mende yang mendesak sangat tu:-

A suit
 Alkisahnya this coming December ade Grand Dinner organised by brothers-in-arms Starian 40 sempena 10 years anniversary leaving school dan dipendekkan cerita, dress code: formal evening suit. Pokcik tak pandei makai kemaih2 gini. Selalunye pokcik pakei kain pelikat jek!

Tapi xpelah, since the need has arose now, baik la buat satu. Who knows i might wear it too di hari bahagia?! So, dalam minggu ni, sambil² siapkan kerja di ofis, jenuh (puas) jugala aku dok google serba sedikit pasal suit ni. At least now i know terms macam single breasted, 3 button suit, herringbone, cashmere et cetera. Kalau dulu, ada aku kisah?!

So, probably hujung minggu terdekat ni adalah misi untuk cari tailor mana yang bagus, yang most affordable dan if things go right, tempah sekali la.Wish me luck! 

Later...~

p/s: masih fenin' mencari hadiah bday  untuk bonda.any ideas,guys? 
   

Wednesday, November 03, 2010

Waiting For The End

Salam...

One of my favourite bands, Linkin Park dah keluar dengan album baru berjudul A Thousand Suns...

A Thousand Suns

Dari zaman Hybrid Theory lagi aku dah follow band ni. Not only songs' lyrics band ni bersih dari carut-carutan (setakat ni), lagunya pun boleh faham la compared to other rock bands. Well, actually dorang ni not exactly rock band sangat. They sound more like alternative-punk - meets - rock. Camtu la lebey kurang coz' aku xberapa arif ttg. genre muzik.

Aku sekarang bukan jenis yang rajin beli kaset dah. Kalau dulu, ada je album baru, beli. Kadang² album repackaged, special edition pun beli padahal lagu² sama je. So, untuk album terbaru ni aku xbeli kot. Cume aku dah dengar la the first two singles dari radio: The Catalyst & Waiting For The End.  (klik jgn xklik)

I like the second one very much. Try la tengok vc die. Kinda cool. Cam ada bunyi² reggae-ish sket. Ala, Mike Shinoda malu² nak nyanyi. Try la sekali. Bikin Chester terbakar sikit.

Mike Shinoda ni ada band lain. Kire side project la bila LP xde album baru. Namanya Fort Minor. I bought the album back in 2005 kalau xsilap and it sounded not very much different la dengan LP. So, probably Shinoda's influence dalam LP is very much in there. 

Just wanna share. Enjoy the song!

 Later...~

Tuesday, November 02, 2010

50++km untuk 2jam moment of glory~

Salam...

Selalunya Isnin malam aku akan membawa diri ke Seri Kembangan. Bukan lari dari rumah (motif?) tapi layan main futsal!

Walaupun Damansara & Seri Kembangan astaga jauhnya tapi memandangkan aku takde choice lain + rase kecintaan untuk menendang bola, maka kuhadapkan jua sebarang cabaran yang mendatang.

Kitaorang main five-a-side in a normal size futsal court. Kalau xfit memang cepat penat coz stop-start nature & xde masa nak gentel2 @ hold bola lama2. Once bola dah kat kaki, pandai²la nak passing ke, shoot @ bantai rembat opponent...huhu~

So, selalunya kedatangan aku ke sana bersama mixed fortune. Kadang² main seronok. Kadang² tidak. Xseronok tu terjadi on various reasons lah. Kadang² sebab kalah, kadang² sebab tunggu turn nak main lama sangat sebab ramai sangat subs. Another reason: sebab game cancel!

Tapi malam tadi was a good night. My team scored lotsa goals,kinda kenduri la. Tu yang bagus kalau dapat players berkualiti. I mean, you definitely can play even without much skills,but the quality you must have is teamwork. Bermain dalam tempat sempit dan kurang orang (compared to bola sepak biasa) you need to change your role all the time. Not necessarily kena jadi striker all the time. Not really you have to defend all the way. Bila team nak attack, move forward, set yourself free, make spaces, and find way to score. So,bile dah kena attack pulak, go figure! (turun and defend la)

As a futsal player aku paling suke main long ball. Teammate move forward, aku deliver dan pastu pandai² la dia. Setakat ni long ball aku xberapa hebat lagi. Masih dalam proses 'polishing'. But i guess my biggest quality in a team is my mobility and my pace. Berbanding main bola padang, main futsal doesn't need me to sprint too hard. Kire agak² je boleh beat opponent,kire oklah.

Selalunya kalau main, kitaorang xkire sangat pasal scoring sebab main leisurely je (but at certain extent of competitiveness). Maklumlah,yang main ni pun dah hujung² keremajaan. Kalau push too hard karang, takut pancit sangat pulak.

This is kinda an escapade for me. To relive the past glory and make up the unrealised ones. Sebab aku tak ada banyak kenangan manis di padang. Jadi aku ambil apa saja yang aku boleh cipta.Cukuplah =)

Sehingga ke Isnin hadapan....roger and out~

p/s: nak balik, salam² dgn semua, tibe² ade brader ni cakap "baguih mu maen male nie...".Terasa kembang sekembang Seri Kembangan...hins3x~

Later...~

Monday, November 01, 2010

Surprise!

Salam...

"Surprisingly....tak ade!"

mungkin dah ditakdir begini...tak mungkin bisa mengharapkan yang lain...

memang teringin...

lantas kudendangkan WARKAH - BAU buat mengubat hati...

Happy November

Later...~