Thursday, September 02, 2010

Menjelang raya...

Kurang 10 hari lagi umat Islam akan merayakan Eid Fitr 1431H. Kalau takde aral, insha Allah kita akan merayakan Aidilfitri pada 10hb September ini.

Masih ada kesempatan nak memanfaatkan Ramadhan,mudah-mudahan rutin 'jadi baik' bulan ni akan diteruskan pada bulan² berikutnya.

As for me, persiapan raya tahun ni ala kadar jela, sama aje macam tahun-tahun lepas. Takde la nak splurge lebih-lebih sebab aku pun bukan berduit sangat (lol!)...cukup untuk beli baju baru,beli kuih raya sikit, huluq² duit raya pada sesiapa yang berkenaan cukuplah. Keterujaan untuk beraya, seperti yang telah lama aku sedari mutakhir ini,dah berkurangan berbanding masa zaman budak-budak dulu. Walaupun dulu letih puasenya lain macam,tapi kalau part nak raya, hati berbunga-bunga. Firstly, of course memikirkan berapa banyak kutipan cukai angpow dari mak abah dan saudara mara. Secondly, mercun. Enough said.

Tapi walau macam mana pun berkurangan kegembiraan ini, i urge my fellow readers berayalah juga. Aku pernah dengar somewhere, raya ni a symbol of celebrating a victory daripada hawa nafsu dan syaitan nirrajim. Jadi as normally perceived by the masses, after all the hard works, sweat, blood and tears, a moment of victory must be placed properly. So, janganla bantai layan PS je dari pagi ke malam.

Berakhirnya Ramadhan ni,akan ada beberapa perkara yang aku akan rindu...rasanyalah. Selain daripada kelebihan Ramadhan itu sendiri,that is:-

1) Bazaar Ramadhan - esp. kat TTDI. Mana nak dapat lagi gerai² beratur panjang dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan sedia untuk di slurpp. i'm gonna miss  puding caramel the most kot walaupun sepanjang puasa ni baru sekali je pun beli.huh!

2) Bangun sahur - tahun ni lain sikit rasa sebab agak senang bangun sahur. Rasa cam lepak je. Buka TV, layan Nur Kasih, sambil makan kurma,roti planta and milo (hidangan rasmi sahur orang bujang). Lepas orang azan Subuh, siap² gi kerja la.

3) Shopping raye - this is the only time of the year(boleh kata la) aku mengeluarkan duit untuk baju-baju baru sepanjang tahun. I rarely spend money on clothes sebab aku jenis selesa dengan apa yang ada. Cuma kadang² la ada masa terasa nak membeli aku sebatkan aje. Tahun nie dapat jeans brand kegemaran dan perfectly fitted me.Pueh hati den!

4) Jejak Rasul - if you guys tak follow Jejak Rasul tahun ni rugilah as they did something unthinkable on this year edition by visiting Palestine. Dorang mengkaji asal usul Bani Israel dan macam mana terbentuknya kaum Yahudi dan laknatullah fahaman Zionist. Kewl weh!

Begitulah adanya. Ramadhan datang dan pergi. Insha Allah panjang umur tahun depan berjumpa lagi. As raya is approaching, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap,sedar @ tidak. Have a bombastic raye!

Later~


1 comment:

Syahizwa's said...
This comment has been removed by the author.