Monday, December 27, 2010

Tukang masak terhebat!

Salam...

Aku memang suka makan. Especially menda² yang sedap.(duhh~) Tapi kadang² yang tak sedap pun aku sebat je. Janji kenyang. Tapi masalah dengan aku, makan banyak mana pun badan xboleh naik. Probably kerana metabolisme yang terlampau 'terer' buat masa ni, membakar mende² yang aku makan sebelum sempat melekat menjadi lemak² tepu...huhuh.

Aku xsedar sedari bila start minat tengok cooking show. Nak kata minat memasak, sampai sekarang pun masak sardin xlulus lagi. Tapi ntahla, aku memang tertarik kalau rancangan² memasak ni. Kalau dulu, mase bulan puase seronok sangat tengok show yang buat biskut² raya tu. Barangkali sebab tengah lapar...=p

With the introduction of AFC kat astro (Ch.703) skrg ni makin senang la nak tengok cooking shows, baik yg local mahupun international. But that doesn't ensure more people will be a good cook. Ade yang tengok...pastu amazed...pastu....yang ado!

Here are the list of greatest chefs thru' my eyes:-

9. Gordon Ramsay
Mr. Swear-a-lot
  Dia ni sorang chef aku kureng suke sket tengok. Kalau korang usha Hell's Kitchen, you'll understand why. F-bomb dropped every couple of minutes. Tapi later part of the show, he did show appreciation to those who 'survived' his torture. Talk about 'tough love'.

8. Anthony Bourdain
Mr. Drink-a-lot
Mr. AB ialah host kepada rancangan No Reservations + A Cook's Tour. In the latter show die travel all over the world looking for exotic foods. I'm pretty sure die dah rase snake-blood shots and scorpions, among others. Aku jarang tengok die masak, cume ke'slumber'an die tu yang menarik perhatian aku. The way he sees things, culture and environment sesebuah negara yang die pergi tu. And yes, die kuat minum.

7. Stephan Yan 
Mr.Old-Timer
 Korang kenal tak mamat ni? For those 80's babies mesti pernah dengar rancangan masak 'Wok With Yan'. Aku pun tak ingat dah kat tv berapa. Tapi RTM la. Probably inilah first influence aku minat tengok citer masak² selain Kuali.Hohoho. Aku teringat Mr.Yan buat trick terpotong ibu jari die. Aku punyalah tertipu tatkala itu.

6. Rachael Ray
Mrs.Husky-Voice
 She's famous through her self-title show: Rachael Ray. Aku ade terdengar yang dia ni adalah antara talk show host yang di 'groom' oleh talk show queen, Oprah Winfrey, untuk ganti dia one day. One segment dalam show dia, dia akan masak. Dia selalunya masak spaghetti-based cook pasal dia ni ada darah Itali. Kebanyakan resipinya pun nampak macam simple giler (aku xpernah try pun). Yum O!

5. Anis Nabilah
Ms.Adorable
 Anis Nabilah adalah youngest celebrity chef kat Malaysia. Dari mana dia muncul dan kat mana dia belajar masak aku pun tak tahu. Start kenal dia from rancangan dia 'Icip Icip' (currently airing at channel 703) kat tv3 before out with another show titled 'Rasa-Rasa' kat ntv7. Despite her young age and limited experience, her cooking were believable. hehe. Good enough for me.

4. Robert Irvine
Mr.Beefcake
 Chef Robert Irvine adalah spesis yang berlainan. Di kala ramai chef yang boroi sebab banyak makan, he's one muscular chef! He is well known for his 'Dinner: Impossible' show, di mana he'll be given different tasks on every episode and he has to accomplish within given time with limited resources. Tapi oleh sebab it's a tv show of course he managed to pull it off every time. What really happened behind the camera only God knows. Tapi syok la tengok intensity of the show, macam mana dia plan, uruskan manpower dia, and went berserk once in a while.

3. Chef Wan
Mr. Pok Pek
 Our very own Redzuawan Ismail a.k.a Chef Wan. Rasanya tak payah la nak explain sangat pasal dia ni as semua orang pun kenal. His strength probably terletak pada mulutnya yang tak reti diam tu + his warm reception towards the audience. Korang tahu apa kerja dia before jadi chef? Akauntan! Mungkin aku belum terlambat...haha~

2. Jamie Oliver
Mr.Thick-Brit-accent
 Respect! This guy is so cool i wish i could work for his company one day. With a modest start, dia sekarang adalah world-renowned chef with ambition. Sebenarnya apa yang buat aku kagum dengan mamat ni, he has so much culinary tricks outta his sleeves. Ada sekali yang aku masih ingat, die masak hard-boiled eggs. Then cara die kupas tu cukup senang. Dia kinda smashed it once, then rolled it over. Terus tanggal kulit. Wowie! (yes,i'm so naive)

1. Mak
Mdm. L.O.V.E
Nothing to beat mom's cooking! Aku rasa itu adalah statement dari anak² seluruh dunia yang sempat merasa masakan ibunda. Sehebat mana pun rasa masakan chef terkemuka bertaraf 5 stars, tiada yang sehebat masakan dengan kasih sayang di dalamnya. Dulu², di zaman sekolah rendah aku, pagi² tu before gi sekolah, baik hanya lempeng, cekodok @ telur goreng, mesti ada juadah untuk aku buat bekal tenaga nak ke sekolah. Mak aku ni, masak apa pun boleh. Baik masakan tradisi mahupun western, semua boleh. & pada aku, nescafe yang mak buat (yeah,aku hantu nescafe!) adalah yang terbaik. Mamak pun xboleh replicate. MAK, you're the best chef!

Later... 

Sunday, December 26, 2010

Tak Bisa Memilihmu

Salam...


"...Maaf ku tak bisa memilih dirimu...Karena kuterhanyut mencintai dia...Inilah salahku yang memberi ruang...Didalam hatiku tuk mencintainya…"


Sayu betul bila dengar lagu ni. Entahla, aku pun xpaham kenapa. Bukan soal tak setia tu yang menjadi perhatian aku, tapi soal pilih-memilih ni.


Pernah tak korang berada dalam situasi ini; korang sibuk mengejar orang lain yang tak layan korang, sementara ada sedang mengejar korang, korang pulak yang tak layan. Akhirnya, mungkinkah kita bergerak dalam putaran yang tak berkesudahan?


Aku xsure, tapi rasanya, kebanyakan single-mingle yang seangkatan dengan aku, mengalami masalah yang sama. Pada firasat aku, ini satu proses, dalam mencari orang yang betul2 meant for us. Tapi dalam firasat yang lagi satu, ini satu kesilapan!


Mak aih, susah betul nak mengorat @ memenangi hati orang yang betul2 kita suka. Sanggup bergolok gadai tapi hasilnya...habuk pun tarak. Dalam masa yang sama, kita berhadapan dengan seseorang yang telefon @ poke kite kat fb hari2 tapi kita lari...kita imitating apa yang diperlakukan pada kita in the first place.


Soal hati adalah yang paling rumit dan kompleks dalam hidup manusia bernyawa. Sangat susah difahami dan dimengerti serupa macam nak ajar add math pada baby baru pandai jalan.


Masalahnya kita xmampu nak menipu perasaan. Kalau tak suka, memang tak suka. Suruh cuba, kita cuba. Tapi masih tak boleh. Aku tak tahu apa halnya kalau kaum wanita. Mungkin korang lebih senang menerima asalkan lelaki itu nampak ikhlas dan bertanggungjawab. Why not tak cuba kan.


Tapi bagi aku, biar betapa susah, biar betapa hopeless, aku inginkan seseorang yang aku betul2 suka untuk didekati instead of orang yang suka aku tapi the feeling not mutual. Agaknya, di sini lah kesedihan dan kesayuan itu berpunca. Aku membayangkan betapa mungkin gadis itu kerap membayangkan saat bahagia bersama aku, mencuba untuk menarik perhatian aku dengan usaha2nya, memandang aku dari kejauhan dan bertanya tentang aku pada orang2 yang wajar, tapi segalanya sia2 kerana ia xberbalas.


...begitulah juga rasanya pada aku, vice versa.


Perasaan tak boleh dipaksa-paksa. Itu LOVE 101. Biar ia datang sendiri, biar ia jadi indah, biar ia mutual. Baru syok!! Mungkin juga benda yang indah itu susah untuk datang supaya bila dapat nanti, ia dihargai, bukan buang ikut suka bila dah tak nak. Agaknya juga, ini satu proses mengenali diri sendiri dan memahami sifat kaum (hawa/adam)


Memang dulu, aku akui, aku cukup fussy sampai aku gariskan ciri2 bakal isteri yang mahu aku ada. Antaranya cukup manis, pandai masak, rambut panjang et cetera. Tapi setelah meniti usia, sedikit demi sedikit aku mengakui yang that was not a right thing to do. In a way, i do feel i was actually undermining women. Perempuan juga manusia yang ade flaws.


Tambah parah bila aku cermin diri sendiri. Ha ha ha.


"...kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku..."


Dengan perasaan, datang harapan. Harapan agar perasaan yang suka itu dibalas. So, bile harapan dihancurkan tu yang jadi mental kadang2. To certain extent, ada yang main 'kasar', black magic dsb. (Nauzubillah) Kat sini la rasional kena amik tempat. Bila2 masa aku rasa dihampakan, memang la ada sikit rase down (macam malam ni =p) tapi i try my best to play down the feelings. Kadang2 nak sedapkan hati, i always tell myself, ade wanita yang lebih layak untuk aku. So, aku matikan episod di situ. Tapi oleh kerana aku ni agak kental, bila dah ok sikit, aku teruskan dengan usaha baru hinggalah dikecewakan lagi. The process goes on and on sampai cincin di jari...=)


Bagi aku 'Tak Bisa Memilihmu' bukan soal disloyalty yang jadi fokus...tapi soal kesabaran, soal determination and hope, untuk memiliki juga apa yang mula2 xdapat tu. Mungkin mula2 ni tak mau, tapi harap2 dengan taktik yang betul, hot button yang betul, 2 hati kan jadi 1.


Adoih, terasa jiwa habis.


Later...~


p/s: Nak try main piano sambil berdiri macam Adi~


  

So Near Yet So Far

Salam...


a phrase that can tell a thousand stories...


Bila sesuatu sudah berada sangat hampir dalam genggaman...tapi dek kerana a turn of event @ misfortune, sesuatu yang pasti @ hampir terjadi tu, tak kesampaian.


Adakah ia nasib @ kerana kurang persediaan yang memungkinkan sesuatu itu tak terealisasi di saat2 akhir?


Bukan ape...aku relate dengan kisah aku hari je huhu...sikit je lagi aku membayangkan aku akan keluar dari kepompong keraguan aku, telefon dan borak2 dengan die. Tapi bila masa dah sampai, dia xangkat fon! =x


definitely,she has her own reason...yg aku xdapat nak teka @ speculate.


So, here i am. Back at square one. Eh, xla jugak. Aku boleh develop usaha ini dengan apa yang ada setakat ini. Cuma mungkin jalan kejayaannya,masih samar2.


Dan...mungkin juga, yang menjadi masalah dengan aku, i freak out easily. Belum ape2 dah gelabah. Kena belajar cool,beb. Jadi macam ais. Bukan macam magnesium =p


Esok2...adelah tuah aku...agaknya~


.     .     .     .     .     .     .     .     .     .     .     .   


Juga memegang phrase subjek, AFF Suzuki Cup: could it be the case too for our national football team?


Team Malaysia, tak kire la sukan ape pun, memang popular dengan prestasi crumbling and hancuss when it matter the most. Tapi bila masa tak berharap, masa pandang sebelah mata, masa tu la dorang menang.


Memang aku pun agak teruja la dengan perkembangan team kita. Walaupun setelah dibelasah macam budak tadika oleh indon, they rose from ashes and qualified to final, and beating the defending champion in the process. Kudos to Mr.Rajagopal yang kelihatan memang orang yang betul memacu team bola sepak negara. Aku rasa akan lagi mantap kalau dia 'tag team' dengan Azraai Khor Abdullah. i believed national team can go far.


So,esok final 1st leg. Aku harap menang la. Kalau tak memang arwah la nak menang kat indon. Apa2 pun,nothing is really impossible. Kalau dorang betul2 nak, Rajagopal pun ade master plan yang baekk punye + the boys execute the plan perfectly, nothing will stand against them and our first title.


...masa untuk simpan sekejap jersi2 EPL...=p


Chaiyok2 team rimau...kasi baham!






p/s: makin seronok layan vc CNBlue...isk! =S



Wednesday, December 22, 2010

Sedih...T.T

Salam...

Pernah x korang merasa sedih, terlalu sedih sehingga korang xboleh tidur?

Pernah x korang rase hapless, terlampau hapless sampai rase korangla yang paling malang?

Pernah x korang feel negatif teramat, sampai kucing lalu depan pun rase nak baling?

...dan pernah x, bila itu semua melanda, korang dapati, korang bersendirian...

Tiada telinga yang boleh mendengar...

Tiada bahu untuk tumpang nanges...

Takde teman untuk berkongsi...

Seolah-olah hilang dalam lautan gurun pasir yang panas, tanpa air @ arah untuk cari jalan pulang...

Terbangun sendiri tengah malam...hanya untuk menyusahkan diri lelap kembali...

Termenung jauh dan panjang dalam pemikiran sendiri...

Diam, geming...tatkala yang lain tawa berderai...

Aku...selalu... 

Monday, December 13, 2010

The Buried Life - live life to the fullest chronology

Salam...


Dua minggu lepas aku tertengok satu siri baru kat 8tv titled 'The Buried Life'. Series ni berkenaan 4 orang anak muda Canadian yang merantau seluruh USA dengan bas ungu dorang yang diberi nama 'Penelope'. Misi dorang ialah untuk complete dorang punya list of '100 things to do before you die'. If you wonder, the type of things they did are not normal things like doing laundry or eating KFC of sort. A bit bizarre than that.


Mula², my initial thought, rasa cerita ni mesti citer gila² dan kurang 'pekdah' macam Nitro Circus, Kenny vs Spenny @ Paris Hilton's My New BFF. Tapi as the show progressed aku tertarik la dengan konsep dia. Macam fulfilling your dreams and live life as you wanted. Another plus point, besides working to realize the mission, dorang jugak akan tolong random people yang dorang jumpa to help them fulfill their own dreams.


Setakat ni aku baru berkesempatan tengok 2 episodes. The first one pasal dorang nak sneak in dalam parti kat Playboy Mansion kat LA. 2 orang make up jadi Oompa Loompa dan duduk dalam big cake, dan yang xtahan sekali mana ntah dorang dapat idea, 2 orang lagi menyamar jadi Cristiano Ronaldo and his manager!

Along the way, dorang tunjuk la ade plan yang xjadi and needs back up plan @ reconsideration. Well, that's life kan. Kadang² kita dapat ape yang kita nak, kadang² tak. Tapi selepas dapat accomplish apa yang dorang nak, dorang akan cross the 'thing' from the list, marked as DONE!


Bile aku reflect ape yang dorang buat, aku pasti sangat setiap orang ada impian masing² @ things y'alls wanna achieve sebelum menutup mata. Macam aku jugak. Antaranya mungkin try bungy jump somewhere (Sunway Lagoon baru pasang!), parachuting @ panjat gunung Kinabalu.

Tapi as life progresses, kita melihat sedikit demi sedikit impian² kita tak mampu dicapai lagi kerana ditelan oleh komitmen kepada benda² lain. Orang kata kalau mase bujang OK lagi. Xde terikat dengan sesiapa dan bebas membuat keputusan. Tapi bila dah berkeluarga, pemikiran kita harus berubah dan pada waktu itu, prioriti juga akan berubah. Lebih² lagi kalau dah ada anak². Lama kelamaan, sesuatu yang kita nak buat dulu, dah tak rase nak buat dah.

So, mungkinlah....kerana aku belum lagi berkeluarga, Allah nak bagi aku peluang untuk capai dulu cita-cita dan impian aku. GO OUT AND PLAY! Andai begitulah, nampaknya aku harus buat detailed plans untuk execute apa² yang aku nak?!

Sekadar ingin berkongsi, antara perkara lain yang aku nak cuba capai:- 
  • Visiting the 'sacred' land of The Reds' faithfuls: The Anfield
  • Having a career outside Malaysia
  • Bawak mak mengerjakan haji 
Bila sebut tentang impian, kita ada vast or unlimited resorces called imagination/ideas. Tapi bila sebut pasal execution, to make the idea become reality, we have several constraints. Antaranya duit, masa, komitmen, social expectation etc. So, terpulanglah pada kita nak pasang angan-angan macam mana, tapi rasenya yang penting it's doable, logic & realistic.


Later...


p/s: orang tua pernah berpesan >> "rase seronok yang berlebihan akan mengundang rase sedih" Betullah tu...~

Saturday, December 11, 2010

Menyingkap Memori Kurun Dulu...

Salam...

40's Grand Dinner will start in....

6hrs...5hrs...4hrs...3hrs...2hrs...1hr...

Berdebar pulak rase...it's not like I have to do anything bizarre for the nite...

The feeling just around...probably, to relive past life is not something i do very often...

Hope that everything will go as planned...very well...

Ohh...last Thursday malam...i smiled...senyum yang jenis ear to ear...i did... =)

Later...~ 

Thursday, December 09, 2010

Muvi² yang kena tabik spring! (part 2)

6. Saving Private Ryan

Cerita perang ni mengingatkan aku pada citer² combat yang selalu tayang kat tv2 mase zaman kecik² dulu. Aku xla minat sangat cerita genre ni tapi this is really something. Hasil kerja tangan Spielberg antara yang terhebat dan memang boleh tengok banyak kali. Scene yang aku minat sekali masa marksman Daniel Jackson (played by Barry Pepper) tembak enemy atas tower straight to the eye, thru' the scope. Kalau korang terpinga-pinga sekarang, elok gi tengok sendiri.

7. The Last Samurai

Frankly said, aku memang suke most of citer² yang ada Tom Cruise. Dia ada his own charms and charisma brought into the movies he acted in. Aku suka cerita ni sebab ada injection of culture Samurai yang penuh dengan prinsip. The cinematography was fantastic too. If you like TC's acting, don't forget to check these out too: Jerry Maguire & The Minority Report.

8.  Signs

Besides Sixth Sense, to me, this is another masterpiece from M.Night Shyamalan. Cerita pasal alien jarang nampak serius, lebih kepada nampak takut pasal stigma alien makan orang! Misteri berkenaan crop circles dimanfaatkan dalam cerita ni. The build up from questions to answers dalam cerita ni memang brilliant. Buy,rent,steal,dl~ 

9. The Lake House


Love/Romantic genre not really my cup of tea. Tapi yang ini was an exception. Storyline memang lain dari yang lain and kinda non logical, but still, layan. Cerita pasal pakwe, makwe...yang duduk di rumah yang sama (lake house la) tapi pada waktu yang berbeza. Dorang keep in touch thru' post box depan rumah dorang...huhuh~

10. Friday Night Lights

Sports movies memang selalu inspirational. Selalunya tentang determination, fight back, come back, rise from the ashes thingy. Cerita ni pasal sekumpulan college football players yang terpakse recapture the past glories. So the coach kena build up squad yang boleh menang national championship through adversity and high expectation.

Lebih kurang begitulah my 10 of favourite movies. Banyak lagi cerita yang bagus, mungkin korang setuju @ tidak dengan pendapat aku. Itu tak mengapa sebab masing² ada citarasa masing². And again, movies are just a medium to release stress, nak isi masa lapang, not for you to worship. Berpada-pada.

Later...



Wednesday, December 08, 2010

Muvi² yang kena tabik spring! (part I)

Salam...

Teringat mule² menjejakkan kaki ke panggung wayang. First muvi yang aku tengok kat wayang dulu = Robocop. Masa tu memang excited giler. Maklumla, first time. Tapi masa tu tengok xpaham ape pun. Cume kagum tengok robocop je.

As for today, aku agak kritikal dengan citer yang aku nak tengok kat cinema. Sebab kadang² tertengok cerita² yang buat aku rase 'huh, xberbaloi langsung'. So, every time rase cam nak tengok citer tertentu, aku bace movie reviews dulu, tanya kawan² yang dah tengok. To that extend. Xpela, duit aku kan.haha.

Basically, i enjoy a movie with difference in the storyline, and with twisted ending. Cerita yang selalu aku gelarkan 'smart movie'. Probably yang membuat kite berfikir @ really surprise us. Contohnya, cerita The Sixth Sense dan Identity. Adakala, a simple movie yang boleh gelak² pun aku layankan jugak. Tengok mood la.  

So, here I came out with list of movies that really moved me.

1. Armageddon

Keterlaluan nak kate this is my favourite movie of all time. Tapi i believed this is the first Hollywood movie yang reduced me to tears. (tak lebat,bergenang je huhu) Of course masa part last encounter Bruce Willis dengan Liv Tyler tu. Tahun yg sama, cerita Deep Impact (starring Tea Leoni, Elijah Wood) bawak theme sama jugak. Meteor nak crash kat bumi.

2. The Shawshank Redemption

Kalau korang belum tengok ini cerita, baik cari dan tengok! Kalau tanya 10 orang, sure 9 orang cakap ini the most genius movie ever. Probably, this is definition of my 'smart movie'. Perfectly executed. 'Nuff said.

3. Rahsia

Aku xpasti sama ada korang tahu citer ni @ x. Tapi pada masa citer ni mula keluar kat tv, aku terasa sangat la seram sejuk. Start mintak teman gi toilet sebab citer ni la. Dalam ni ada nenek kebayan, doll yang dah buang pastu ada balik, budak mati dalam enjin kereta & piano yang main sendiri.

4. Kuch Kuch Hota Hai

Aku teringat first time tengok cerita ni tahun 1998 kat dewan sekolah aku masa malam merdeka. Cerita inilah yang reignited my taste towards Bollywood movies. Start kenal siapa SRK, Kajol, Rani Mukherjee dsb. The rest is history. Tapi sekarang dah kureng dah sket.

5. Home Alone

The film that shot Macaulay Culkin to stardom! Tak pernah bosan kalau tengok cerita ni. Every once in a while, bile tengok citer ni, teringat zaman kecik². Bagi aku cerita ni mendatangkan mood feel-good in me. Rase cam ade soothing effect. Walaupun 'the wet bandits' kena kaw² punya dalam citer ni, tapi it was all for good fun and totally hilarious. The sequel to this movie pun OK jugak. Tapi the third one dah guna pelakon lain and the impact was not so much on me. Dan jangan lupe, check this out too: Richie Rich.  

(to be continued) 

Moolah part. II

Salam...

Sedikit lagi tips pasal saving... 

Korang sedar x every day korang spent singgit @ due hengget on petty things like kacang² @ buah potong. Dan korang keep on spending every working days as if it's your ritual/routine.

The amount memang nampak xbanyak kalau korang spent sekali sekala. Tapi what if hari²? Sebagai contoh la: RM2 on Roti Boy every day after lunch untuk sendal² perut yang xmengenal erti kenyang. Kalau X 5 hari bekerja = RM10. If sebulan,katekan working days, 22 days x RM2 = RM44/month, it is now a fairly significant amount of money for most people. Dan andaikan kite forgo the temptation of Roti Boy dan ganti dgn bekal biskut gula bawak dari rumah, kat situ sahaja kita dah boleh save around RM500!

Untuk tujuan ini, first and foremost you have to identify your own petty expenses. Be it kos beli asam masin kat kedai Ah Chong @ air kotak Dutch Lady perisa coffee kat 7E etc. To do this, write down every expenses you've made for a month or so and then trace back things that you can live without atau kat mane boleh do any cutbacks.

Aku kinda pernah cuba cara ni cuma ia memerlukan disiplin yang maha hebat. As for me, aku tengok berapa banyak aku spend on bfast, lunch & dinner per day. Misal kata, RM10 lah. So, if untuk hari tertentu,aku spend less than RM10, katakan RM6 (sebab malam makan megi & pagi bawak bekal isk...isk...isk) so RM4 yang aku save tu,masuk dalam kotak saving aku. By end of month tengok la berapa banyak boleh save.

Tapi satu la pesan aku, don't be a cheapskate...esp. to your own self. Sekali sekala of course OK je to treat yourself some Aunty Anne's pretzels @ Gelato Fruity's pistachio's ice cream. Terpulanglah pada pertimbangan masing².

Selamat mencuba!

Later... 

Update!

Salam...

Menulis (menaip) blog ni macam orang perempuan mengidam. Timingnya pelik². Masa free, xndak tulis. Mase bizi giler...mencurah-curah idea. Samalah macam ibu mengandung yang mintak air tebu fresh pukul 2pagi...

btw, i have nothing against ibu mengandung yang mengidam, let alone to make it a topic of discussion...sebab belum ade kena mengena.

Tak terlambat rasenya nak ucapkan to y'all peeps Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga tahun baru ni akan membawa kita ke arah yang lebih positif dan produktif. Selalunya tahun baru 'berfungsi' sebagai platform to start anew or to start over with a clean slate. Whether anything will be achieved at the end, itu terpulanglah pada tuan empunya badan. As for me, aku adela plan serba sedikit untuk tahun depan. Sama ada akan berlaku @ tidak, Tuhan lah yang menentukan.

So, last Monday as usual, my futsal session a.k.a my therapy went on as normal. Oleh kerana Selasa cuti Maal Hijrah, so i made it a point to go 'berserk' a bit. So, dek kerana itu i suffered some bruises and pains. Selalunya, bila baru² kena xrase sangat. Tunggu sampai bangun tido pagi esoknya, you'll know that u had pushed your body beyond its limit. Itulah yang terjadi. Jadi di pagi tahun baru, aku banyak habiskan masa berbaring-baring di depan tv doing nothing. Konon² dengan harapan sakit² tu boleh elok la.

Sepatutnya semalam berhajat untuk melawat seorang sepupu yang kini terlantar di hospital Ampang akibat pneumonia. Last weekend dah pergi dah and it was heartbreaking to see someone that you're close to terlantar macam tu. Aku 'kurang boleh' mende² macam ni. Dalam dada, sebak. Tapi kat mata xde apa². Aku doakan, dan mintak fellow readers pun doakan jugak supaya dia cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. To know more about his true predicament you could go to his blog: Not The Primrose Path. I'm sure it'll worth your time and mind to read thru' his postings.

.     .     .     .     .     .     .     .     .     .     .     .      

3 days to go!

...and i'm talking about this... 
 

Aku personally memang menunggu saat ini sebab inilah antara very few chances to meet up with my 40's brothers. Diam xdiam dah kurang lebih 10 tahun we left school and this dinner will be perfect for old times' sake. Time to go down the memory lane,babeyh!

Berkenaan ini juga aku masih lagi menunggu untuk sut aku siap. Patutnya last Friday aku dah gi pick up. Tapi bila aku call, xsiap lagi...isk =(

Aku: Hello. Sy mau confirm whether my suit dah boley amik belum. My order No. ****.

Nyonya tailor: Haiya leng cai...mulum redi woo...lu kasi sikit masa lagi,muleh?Bila lu mau pakai?

Aku: La,xsiap lagi ke nyonya. Wa nak pakai minggu depan ni. Sabtu. Jangan cakap xboleh siap pulak. Wa cancel je nanti...

Nyonya tailor: Jangan itu macam la,leng cai...minggu lepan hali labu lu mai angkat la...muleh?

Aku: Haa...yelah²... 

Most of the dialog were overly exaggerated untuk menyedapkan cerita je...heheh. Tapi begitulah, kalau ikut schedule hari ni baru boleh gi pick up. Ntah macam mana la rupenya sut aku tu nanti. Namun aku harap yang baik² saje since I've invested quite a sum of money for it. So, munasabah & munasarawak la untuk expectation aku tu berpadanan dengan jumlah pelaburan.

That's all for now. Take care peeps! 

Later...

p/s: seriously thinking of becoming a student again next year. 
 

Friday, December 03, 2010

I was tagged~

Salam...

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
   
- keredhaan-Nya & restu mak abah.

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
   
- nasi lemak singgit pagi tadi.

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
     
- 1) rumah family. 2) tema: terpulang la pade bakal bini..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
   
- tak.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
     
- forever.

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
   
- ntoh.

7. Novel/ buku/ majalah terakhir dibeli?
   
- i don't read much.

8. Apakah nama penuh korang?
   
- M.A.H.A (figure that out urself)

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
   
- no komen.nanti salah sorang jeles =p

10. Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
       
- Captain Marvel Steven Gerrard.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
     
- a'ah.pakai mesin.

12. Manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
       
- mauritius.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
     
- peluk.

14. Beritahu 3 perkara tentang orang yang beri tag?

      a) ex-junior
      b) ptd
      c) a very keen blogger...betul?

15. Lima 'benda' yang paling disayangi dalam hidup anda?
     
1) family
      2) telefon bimbit saye
      3) cincin stainless steel yg mak belanje
      4) kereta 
      5) my metabolisme

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
       
- torn by natalie imbruglia / menyesal - sixth sense

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
     
- 8/10. xcelebrate.

18. Lima rakan bloggers yang korang nak tag:
     
- to whom this may concern...pliz tag urself~

Later...~ 

Wednesday, December 01, 2010

Jack of all trades, master at none

Salam...

December is here! Masa ni la sesuai nak cakap ayat 'pejam-celik-pejam-celik' tu...hehe. Typical kan. Padahal, to be here now...ade tidak kurang beribu pejam celik.

Boleh la kot nak start plan resolutions tahun baru. Honestly, bila aku tengok² balik apa yang aku dah achieved this year...not much, sigh~ Semoga tahun depan lebih semangat nak achieve everything....yeah!

Mengimbau tahun² yang lalu...aku rate diri aku sederhana sahaja pada semua perkara. I don't know whether that was the way I want to be or that was just me...being average at everything I did. 

Academically, I was good but never among the best...
Sukan...aku boleh main several kind of sports but never really excellent in any...
On leadership...I got things done, but my human skills go down to the drain...
Kerja...err...i suxx at it!

Walaubagaimana pun, despite these shortcomings, I'm pretty content with what I have now. Neither aku jenis yang cepat berpuas hati nor aku dah takde semangat. Probably, coz' i'm just being grateful, memikirkan ada lagi orang yang lebih gagal dan tidak mencapai apa². Lagipun, urusan rezeki ini soal Tuhan. Dia lebih berhak menentukan. Bukan xpernah jealous dengan kawan-kawan yang lebih stable, lebih sempurna hidup mereka dengan dikurniakan peluang merentas negara orang menyambung pelajaran, kerjaya bergaji besar, telah berkahwin dan dah timang anak²...but for every greatness, comes with its' own set of challenges.

Great power comes with great responsibility...ever heard?!

Dulu pernah nak belajar main gitar...tapi aku xfollow up bile mentor aku grad~
Minat masak, nak belajar...konon² to be the next Jamie Oliver...turun dapur pun malas~
Try karang novel...masuk sekerat second page...boring!

Is it just me or some things are meant not to be achieved coz' i'm meant for bigger things?!
Bigger things...hihi...aku gelakkan diri sendiri je la.

Tapi somehow, i believed that, somehow lah, i could achieve everything that i want nanti. I don't know why or how...I just did. But until that day come, probably I have to stay put being your 'average joe'.

This post bukanlah untuk memalukan diri sendiri @ membuka pekung di dada...tapi lebih kepada berkongsi, memberi perspektif dari kaca mata aku, mudah-mudahan mengundang pesanan yang segar, menjadi iktibar mana yang xelok dan memotivasikan aku untuk finally mengejar cita². Yelah, yang bulat xdatang bergolek, yang pipih xsemestinya datang melayang. 

Well, basically...that's 'jack of all trades,master at none'.Chill~

Later...

p/s: Sorang adinda 'amik lesen nak solat jemaah saf depan' cuti sekolah ni. Hehe. Tergelak teringat pengalaman sendiri dulu. Figure that out urself.