Saturday, October 30, 2010

Dilemma

The saying goes...

  • " Leave no soldier behind..."
but i'm not in the army...

  • "Together thru' thick and thin..."
am always alone thru' the thin...

but still, this is my comfort zone...where safety resides...

probably this is the time to chart new direction...looking for new horizon...new perspective...

...in DILEMMA indeed~




Sigh~

Thursday, October 28, 2010

Kecomelan

Salam...

Ada apa dengan kecomelan?

Mia Sara Nasuha (Adamaya)
Adakah ia rasa sensasi yang menyegar mata @ semata-mata kelemahan diri yang tidak mampu melihat lebih dari rupa fizikal, dan tidak dari dalamannya, yakni hati?!

Adakah ia sesuatu yang wujud hanya untuk menjadi perbandingan kepada yang tidak dan menyisih hak kepada yang kurang?

Memang fitrah manusia yang mengidamkan keindahan setiap masa. Sama ada kita berhak ke atas keindahan pandangan itu atau tidak, itu suatu perkara yang sering diabaikan. Yang penting, pancaindera mata disajikan dengan nikmat kecomelan itu, lalu berjangkit pula ke hati....cair.

Kenley Collins (Project Runaway V)
Bila dah berjangkit ke hati tu, susahla sikit. Bukan semua kecomelan boleh dimiliki. Biar betapa jiwa meruntun untuk mendapatkan, ada yang hanya untuk ditatap, tidak bisa disentuh. Ada yang dah termiliki. Gigit jari.

Rachel Weisz (Runaway Jury)

 Namun, hidup di dalam dunia yang berputar dan masa yang berjalan, membuatkan kecomelan hilang kerelevanannya di telan masa. Yang indah tak selamanya mekar, yang cantik tak selamanya masyhuk, yang comel tak selamanya kekal...

 Demikian riwayat kecomelan. Nice to see, nice to hold, once taken, forever in your soul. Gunakan akal fikiran, nilaikan dengan harga semasa dan akan datang, di mana untung dan ruginya. Kadang-kadang, kalau kena dengan gayanya, itulah sumber kebahagiaan hakiki... tapi awas andai silap langkahnya, bahana yang menanti.

Fahami.Nikmati.Syukuri.

Apa pun...cuteness rule!


Later...~

Monday, October 25, 2010

Bila Luka Rasa Biasa


B.I.L.A.
aku ini lelaki
yang sering teruji
bila melihat si dia yang menarik hati
tenggelam dengan keayuan
ikutkan diri ingin memiliki
tapi dihalang dek diri yang belum terbukti
ape lagi...usha², main mata, pastu tarik diri...

L.U.K.A.
kadang² hati bulat
cuba juga walau poket tenat
ingin tahu kalau boleh beli cinta
rupa²nya tak ke mana
mereka xnampak kesungguhan
walau plan aku dah cukup mampan
maybe sebab aku xcukup tampan
apa boleh buat
kadang² terlewat, menyatakan niat
dorang bla...
aku terluka...


R.A.S.A.
satu tahap aku dah jemu
ikut suka hati kaulah,labu
mungkin ini suratan
waktu dalam pencarian
supaya dah dapat nanti berbaloi
boleh gi taman tengok ikan kaloi (motif?)
yelah, siapa je yang tahu
perancangan Tuhan yang satu
mungkin DIA nak ajar aku sesuatu
supaya appreciate benda depan mata
macam keluarga, @ sedara mara
sebelum kutumpu pada si dia
yang mampu buat jiwa gelora
setiap masa...


B.I.A.S.A.
tapi, serious tak tipu
BILA LUKA RASA BIASA
lama mana menunggumu
aku akan kekal setia
asalkan orangnya tepat
dan suka makan ikan sepat (motif II?)
i don't want to remain solo
so, please la jangan buat dunno
if u feel the same please show me some signs
coz' i definitely can't read ur mind
lafazkanlah sesuatu
yang bisa buat dalam hati ada taman
sebab bila duduk bersendirian
ku selalu harap ada kamu
untuk berkongsi susah senangku
nak sangat bertemu
tapi awak belum mahu
takpelah,asalkan rasa tu xsurut
sebab bukan hari²
benda macam ni keluar dari mulut
hanya bila awak hilang dari pandangan je...kot?!~


-all rights reserved-

Later...~



Thursday, October 21, 2010

Iklan

Salam...

Kali ni aku nak post something yang ringan sikit. Chill sikit. Apa kes ribut² setiap hari, mbak?!

Kalau aku tengok tv, aku selalu perhatikan iklan² yang selalunya overly exaggerated to promote products. Xkisahla makanan ke, ubat gigi ke, roti kering ke etc. Some of them memang kreatif habis la dan buat aku gelak berkoyan-koyan. 

To date, iklan ceklat yang orang tu makan pastu kepala dorang jadi besar tu, sangatla menggeletek perut aku. Tapi tak kurang juga iklan 'my-product-is-the-best-in-the- world-and-the-rest-just-crap' atau 'produk-sayalah-yang-paling-halal-dalam- dunia' yang sangat amusing.

Bile dah tengok macam tu, aku suka sangat nak ridicule dialog @ iklan tu itself. Iklan yang mana korang kenala teka k. Antaranya:-

Iklan I
Watak A: "Terima kasih kerana buat cadar bau macam mama..."
 How I ridicule it: Terima kasih kerana buat mama bau macam cadar!

Iklan II
Watak B: "Esok nak masak macam ni jugeklah!" (setelah merasa ayam goreng dan bombarded dapur maknye)
How I ridicule it: "Habislah dapur aku esok..."ujar si ibu dalam hati~

Iklan III
Watak C: "BESAR punyeee!" (sambil tunjuk ikan)
How I ridicule it: "BESAR punyeee!" (sambil tunjuk mende lain...ops~)

Iklan IV
Watak D: "Lihatlah perut buncit saya ni..." (sambil mengusap-usap perutnya dan kawan² lain boo layan)
How I ridicule it: Tak hingin!!!

Iklan V
Watak E: "Mana dia C****** ayah?" (sambil mencari dan yang lain² pakat² makan dan comot²kan mulut tanda bergurau mesreee [ikut gaye bob AF])
How I ridicule it: Sorang² kena rotan sebab mencuri...

Iklan VI (iklan budi bahasa)
Sinopsis: Seorang pemuda memandu laju lalu terlanggar sorang pakcik tua yg bawak basikal,dah tu xnak pulak tolong.
Watak F: "Sapa suruh dia lalu tengah jalan. Aku dah la lambat nak jumpa kekasih aku ni..."
How I ridicule it: Jangan harap la ko nak kawen dengan anak dia (later found out yg pakcik dia langgar tu bapak awek dia)

Iklan VII
Watak G: "Kenapa tak 'lat tali lat' saja untuk pilih?" ujar waiter...
How I ridicule it: Yang menang lat tali lat ended up order air suam je untuk semua orang =p

Sebenarnya banyak lagi tapi sebab xde tv kat depan mata ni so tiba² ilham menjadi surut. Nantilah, kalau teringat karang, i'll top up later. Iklan² ni kalau korang selalu tengok tv biasa, boleh la relate. Tapi kalau hari² layan rancangan tv kabel berbayar, maka aku fikir korang akan terkebil-kebil la xpaham.

Later...~

Monday, October 18, 2010

Anfield camp in turmoil...but i still believe~


Salam....

Sayu sikit nak masuk topik ni. Tapi aku x boleh live life in denial, so dengan perasaan yang berat aku cuba kupas la apa yang dah berlaku di Red half of merseyside~~~

Another defeat in the league, and to make it worse, against the bitter rivals in form of Everton left the mighty Reds (not so mighty now) down to second last in the standing. Sedey~

Berita gembira yang ada sekarang hanyalah: 2 makhluk Uncle Sam tu dah takde, dan ironinya digantikan pula oleh 2 makhluk Uncle Sam yang lain??!! What happen to 'Thanks But No Yanks' ??? Yes, they should be given ample time and space to prove themselves that they are absolutely different from Gillet Jr. and Hicks but no one could tell at this point of time.

Sangat sedey la weii melihatkan team ni macam clueless bertarung di padang, sekali tengok macam nak menang, tapi dua kali tengok memang sengaja nak kalah. I know, team² lain sekarang actually are taking advantage on this uncertainties and issues surrounding the club, dan bila morale dah down, main macam mana pun, mesti susah nak menang.

The saddest thing to see is, even the Captain Marvel (Sir Stevie G)  x boleh nak inspire the team anymore (mungkin kena beli proton inspira). Now that he has to sacrifice his role as supporting striker to Torres with arrival of Joe Cole, the goals from him is hard to come by. Actually, aku kesian kat dia.I know, he would die for that elusive premier league title but i don't know whether he will ever achieve that during his time at Liverpool. Now that he's already hitting the 30ish years of life, time definitely not on his side.

Dejected Gerrard


Another question to ask, adakah Roy Hodgson adalah manager yang mampu to lift the spirit of the squad selepas the worst start in decades ni? Apalagi yang dia boleh buat to work on something and change the situation? I definitely don't question his capability to manage a team as what he did to Fulham was magnificent, but to repair a sinking ship needs  some intervention of miracles! (ewahh sesedap rase aku bermain dgn kata²). Real Roy Hodgson, please stand up...

Also dejected Roy Hodgson
 Whether they want to accept or not, LFC is now truly in crisis and deeply in trouble. Who'll be the saviour? Who'll be held responsible for this catastrophe? Some say Kenny Dalglish , once a pivotal figure during LFC's golden years, is the answer to this mess, but could he turn things around after a period of hiatus? 

Not so dejected Kenny =D~
 Aih, dah terlebih speaking pulak ni. Rasenya LFC kena back to basic. Susun balik team. Kalau dorang kena main negatif sikit sekarang, be it. Defend all the way, pastu look for opportunity to gain on counter attack. Main long ball.Tapi tula masalahnya sekarang, LFC kurang good, long ball passer. Harap Lucas Leiva, short pass pun kantoi huhuh.

Dorang perlukan another out and out striker. Torres tengah down sangat sekarang. I don't think he'll be performing to his best for the time being. Entah² tengah sangap fikir kelab mana nak pergi lepas ni...Ntah la labu~ Teringat-ingat masa dia tengah sangat² on form dulu. Partnership dengan Gerrard masa tu memang sangat delicious la.Aduss...

Backliners sangat poros sekarang. Nampaknya Roy kena beli sorang reliable centreback as Carra dah x boleh nak catch up dengan stronger strikers. His time is up. Mungkin dah tiba masa untuk gantung boot and pergi amik coaching badge je (memandai je...sorry Mr.23). Cadangan aku, Hincik Brede Hangeland. Has great aerial ability and physical strength with elegant technique, passing ability and pace. Lagipun Roy kenal sangat dengan mamat ni. So, sebelum team lain sambar, cepat² bid.

Mr.H,u look nice in Red!
  
Banyak yang perlu dilakukan. Tapi aku percaya, they can bounce back from this hardship. Apa dorang perlukan ialah sedikit (silap....banyak) self-confidence, unity, teamwork and a lil' bit help from the lady luck. Sementara itu, hincik owners (NESV) yang baru, sila la tengok² apa² yang patut dan buat significant investment to the club. Don't ask how much profit the club can give you, but ask yourselves, how to bring this club outta this shambles and to its greatest height.

Sekian la sedikit analisa aku yang tak seberapa. Walaupun mungkin banyak cacat celanya, fakta yang tak tepat @ kurang memahami situasi sebenar, segala pendapat itu aku curahkan adalah untuk pembaikan kelab kesayangan ini. Di sini legasi tercipta, menginspirasi jutaan yang lain, untuk melonjak ke puncak gemilang tersendiri!

Fly high liver bird...YNFA!


 

Friday, October 15, 2010

~Mr.Organizer~

Salam...

Title yang ala-ala cukup sinonim dengan aku dulu. Bukan nak berbangga, hanya sekadar nak berkongsi pahit manis je.

Sifat ni membuak sedari aku habis sekolah. Dek kerana ketidakupayaan aku pegang apa² jawatan penting dalam persatuan time sekolah dulu membuatkan aku tekad 'giler' nak membuktikan diri. The 'first taste' made me trembled and confused. Aku dulu, jenis yang xreti nak contain my thoughts. Apa yang terfikir, terus jotted down, terus nak buat. Slowly, i learn the ropes and get used to the role.

Long story made short, kire bolehla aku tersenyum bila ingat²kan event² yang pernah aku organised and made them into reality.

Tidak berhenti di situ, plan hang-outs bersama kawan² pun aku yang akan cetuskan. Kebanyakannyalah. Baik bersama ex-tadika mates (yes, i still keep in touch with some of them) sampailah kepada kawan² degree. Most of them,just a simple get-together session, makan² dan borak².

But time of late, aku somehow macam dah resigned from this unofficial post. Aku dah tak lagi plan macam² dan dah tak teruja nak fikirkan apa². Does it come from a sense of frustation? Maybe. Or aku memang dah malas? Mungkin jugak.

Biarlah aku simpan jawapannya sendiri (ewahh...mcm ada je yang sibuk nak tahu) tapi yang aku tahu, aku suka dengan role itu kerana aku tahu, aku sayangkan kawan² aku. Walaupun kadang² bila dah ramai² tu aku lebih banyak senyap sebab aku jenis yang tak banyak topik, namun melihat pada raut² wajah yang gembira berjumpa dengan kawan² lama, is just priceless!

Dan kini bila semakin ramai yang berkeluarga dan menukar status dari S ke M, maka makin sukarlah nak berjumpa. Tapi takpe. Kenangan manis, pahit, masin bersama akan membawa kita kembali berjumpa. Kalau x esok, lusa. Kalau x lusa, tulat. Kalau x tulat.....

p/s: tengah fikir² nak bawak adik² bercanda di Sunway Lagoon hujung tahun nie. (mode: badak berendam) =p~

Later...~

Wednesday, October 13, 2010

Making a move

Terkesima dengan pertanyaan mak minggu lepas...

*apakah jenis pertanyaan itu aku biarkan misteri di sini (tiada kena mengena dgn makhluk halus)

Aku tahu...itu bukan pertanyaan kosong. Dia risau dengan anak bujang dia yang sorang ni...

Aku pun risau sebenarnya. Bila lagi nak mula. Bila lagi nak melangkah. Takkan nak tengok orang lain je maju.

Lantas hari ni, aku adalah buat research sikit, tengok² apa yang patut dan mula pasang angan² dan plan seterusnya.

I wish for a smooth sailing~~~

Later~

Melangkah menerusi kehidupan

" Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone..."
- BYT; Counting Crows - 
Salam...

Last saturday, after everything was sorted out and finally the visa have been approved, my sister akhirnya selamat berangkat ke tanah orang, UK untuk menyertai suaminya di sana + sambung pengajiannya di peringkat sarjana.

Rasa macam surreal sangat coz i know for this time she'll be away for indefinite period dan tak tahu lagi lah bila akan bersua muka. Bandar L tu bukan seberang jalan, nak datang melawat senang². Walaupun sebelum ni bukannya tak pernah duduk jauh. We've been apart since aku masuk asrama. Tapi yelah, sekurang-kurangnya still in reachable distance. Bandar L,jauh.

She was my first friend as far as i could remember. Yelah, dulu masa kecik² kat mana nak cari geng. Bukan masuk sekolah lagi pun. So, dielah kawan makan 'istimewa' (kerak² pisang goreng yang mak buat - we called it that way), kawan gaduh (which always end up dgn dia menangis - aku tak dipanggil penyakat for nothing!) & kawan 'cakap²' before tido (kitaorang sort of did 'summary of the day')

As time passed by, especially bila kami menginjak ke usia keremajaan, we were not so close anymore. Yelah, she got her own life to mind, begitulah juga aku. But from time to time, we did write letters just to tanya khabar and exchange stories.

As the eldest, aku sayang semua adik² aku, walau sikit mana attention aku beri pada diaorang, walau banyak mana aku gaduh dengan diaorang, walau nampak macam tak sayang. Sebab aku dah tengok dorang membesar before my own bare eyes, buatkan susu botol dorang, basuh b***k (haha~) dan cubit + tumbuk sikit². Itu adat adik-beradik.

As for Miss S (now Mrs.A), i hope you'll be happy with the new life you'll lead. Duduk di tempat orang jaga diri. Good luck with your studies. Semoga segalanya akan berjalan seperti yang dirancang dan dikehendaki, insha Allah.

p/s: kepingin anak sedara =p 

Friday, October 08, 2010

Cerita pendek

Salam...

Last weekend, on sunday, had the opportunity to go on road trip with some familiar faces to Kuantan to attend a friend's wedding. Walaupun balik tu aku demam, sangat berbaloi. Travel dengan kawan², switch drivers, layan CD Faizal Tahir, singgah pulak lawat kawan lama. Seronok tengok perkembangan masing². Guys,we should do this more often!!!How about round the semenanjung in 7 days?! hehehe.

Aku memang suka berjalan. Apatah lagi ke tempat² yang belum pernah pergi. Tapi tula, selalunya, halangan terbesar, takde geng nak ikut. Bosanla ronda sorang². Bilakah agaknya...?

Later...~

p/s: kan aku dah cakap, cerita pendek...

Thursday, October 07, 2010

Senarai Impian (a.k.a Wish List)

Salam...

It's OCTOBER! Dan bila saja tiba bulan ini, aku akan rasa semacam. Nak kata seronok, bukan. Nak kata sedih, tidak juga. Sesuatu perasaan yang belum mampu aku rungkaikan. Tapi, it has everything to do with EXIT 810 itself.

To those yang belum maklum, pada bulan ini, beberapa dekad lepas, aku telah dilahirkan. Pada 8 Oktober.Exit 810 satu.

Exit 810 dua. Kebetulan pula, if korang lalu satu highway 'veteran' di sebelah timur tanahair, perhatikan simpang susur 810 @ Exit 810. Ia menuju ke tempat kelahiran aku. Maka, secara harfiahnya, Exit 810 adalah asalanku. Tidaklah asal aku menaip blog. Tapi to make it extra special, i named it that way.

Kalau dulu, masa birthday anniversary, memang aku sentiasa menantikan apakah agaknya hadiah dari abah dan mak (siblings included). Tapi sekarang, zaman itu dah berlalu. Paling kuat pun, just tunggu wishes from friends and family. Walaupun begitu, it doesn't stop me from coming out with this 'wish list'. Tiada niat untuk meminta. Tapi rezeki kita siapa tahu kan. Hanya sedikit sebagai memenuhi keinginan peribadi...




the jersey,not the man!



 Memang kelihatannya materialistik belaka. Tapi aku meletakkannya sebagai satu perjuangan, memenuhi impian kecil supaya aku mampu pula untuk bermimpi sesuatu yang lebih besar! Seandainya benda² sekecil ini, mampu memberikan aku keyakinan diri dan lebih kematangan untuk hari esok, why not?!

Namun selain itu, aku punya hajat² lain yang jauh lebih penting daripada benda² di atas...

  • teman sejiwa yang setia di sisi
  • nikmat hidup berkeluarga
  • kestabilan ekonomi dan emosi
  • kebahagiaan hakiki; dunia/akhirat

Biasalah, manusia takkan puas dengan apa yang ada. Andai tercapai semua yang di atas pun, tak mungkin aku akan puas. Pasti ada lagi yang hendak dicapai dan diinginkan. Aku harapkan dalam aku mengejar apa yang menjadi idaman tu, tidaklah sampai aku melupakan apa yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Sebelum ayat aku bertambah belit², baik aku berhenti dulu. Kepala tengah busy download 'features' untuk umur baru! Peace~

Later...